Site icon MuslimahHTM News

Ummu Ammarah binti Sufyan: Muslimah Pencetak Para Khalifah yang Hanya Takut kepada Allah

[TPOM] Ummu Ammarah binti Sufyan: Muslimah Pencetak Para Khalifah yang Hanya Takut kepada Allah

Oleh: Marni Rosmiati

 

Nama lengkap beliau adalah Ummu Ammarah binti Sufyan bin Abdullah bin Rabiah Ats-Tsaqafi. Beliau sosok yang sederhana akan tetapi beliau teladan terbaik dalam perkara ketakwaan, kezuhudan, kejujuran, amanah, tsiqah, dan warak di sepanjang zaman kehidupan manusia. Ummu Ammarah binti Sufyan hidup di masa khalifah Umar bin Khattab. Beliau hidup dibesarkan sebagai anak yatim, dan tinggal bersama ibunya dengan kehidupan yang serba kekurangan. Bagi menafkahi hidupnya sehari-hari, Ummu Ammarah binti Sufyan bersama ibunya menjual susu di pasar. Kehidupan yang keras mendidik Ummu Ammarah binti Sufyan menjadi peribadi yang kuat, tabah, dan menjadikan beliau seorang yang penyabar dalam menghadapi setiap masalah kehidupan.

 

Suatu ketika di masa khalifah Umar bin Khattab, terdapat sebahagian penjual susu yang mencampur barang jualannya (susu) dengan air. Kaum muslimin pun mengadukan keadaan tersebut kepada khalifah Umar bin Khattab. Akhirnya khalifah Umar bin Khattab menerima aduan tersebut dan terus menghantar salah seorang muawinnya (pembantunya) untuk mengingatkan kepada para penjual susu agar tidak melakukan penipuan yakni dengan mencampurkan susu dengan air.

 

Utusan khalifah Umar bin Khattab tersebut masuk ke dalam pasar kemudian menyeru, “Wahai para penjual susu, kalian jangan mencampur susu dengan air, kerana itu bererti kalian telah menipu kaum muslimin. Sesungguhnya siapa saja yang melakukan hal itu maka dia akan dihukum oleh Amirul Mukminin dengan hukuman yang berat!”

 

Suatu malam khalifah Umar bin Khattab melakukan tinjauan bersama pembantunya yang bernama Aslam untuk melihat secara langsung keadaan umat. Kebiasaannya, tinjauan ini dilakukan khalifah Umar bin Khattab dengan tujuan agar beliau dapat mengetahui fakta sebenar yang dialami oleh umat. Pada malam itu setelah khalifah Umar berkeliling cukup lama, beliau memutuskan untuk beristirehat sejenak di luar sebuah rumah yang sangat sederhana. Tidak ada seorang pun yang menyedari akan kehadiran khalifah Umar bin Khattab di tempat tersebut termasuk tuan rumah tersebut.

 

Tiba-tiba khalifah Umar bin Khattab mendengar suara seorang perempuan dari dalam rumah tersebut, “Bangunlah puteriku, sekarang masa untuk kita mencampur susu dengan air.”

Puterinya menjawab, “Ibu, adakah engkau tidak mendengar tentang peringatan yang diumumkan hari ini dari Amirul Mukminin?”

lbunya bertanya, “Peringatan tentang apa?”

Puterinya menjawab, “Dia menyuruh seseorang untuk menyerukan bahawa setiap penjual susu dilarang mencampur susu dengan air.”

“Puteriku, campurlah susu itu dengan air. Sesungguhnya kamu sekarang ini berada di tempat yang tak mungkin dilihat oleh Umar, apalagi oleh utusan Umar yang mengumumkan peraturan itu.”

“Demi Allah, apakah aku akan mentaatinya di hadapan orang banyak tetapi kemudian memaksiatinya ketika aku sendirian. Sesungguhnya Umar memang tidak melihat kita, tetapi Pemelihara Amirul Mukminin itu pasti melihat.”

 

Tatkala Khalifah Umar bin Khattab mendengar kata-kata perempuan itu, dia terpegun, hatinya bergetar. Dia sangat mengagumi sikap warak dan perasaaan selalu diawasi Allah yang dimiliki oleh puteri dari ibu penghuni rumah itu.

 

Khalifah Umar bin Khattab berkata kepada pembantunya, “Aslam, tandailah pintu rumah ini dan kenalilah tempat ini.”

 

Kemudian, Khalifah Umar bin Khattab meninggalkan tempat itu. Keesokan harinya, Khalifah Umar bin Khattab berkata kepada Aslam, “Aslam, pergilah kamu ke tempat kita beristirehat malam tadi. Cari tahu siapa yang mengucapkan kata-kata yang penuh keyakinan kepada Allah itu dan siapa yang diajak bicara. Cari tahu juga adakah mereka berdua mempunyai suami.”

 

Mendapatkan perintah dari khalifah, Aslam pun berangkat menunaikan perintah Amirul Mukminin. Dia pergi ke tempat itu. Dia dapati ada seorang perempuan tua dan puterinya yang bernama Ummu Ammarah. Dia juga mendapatkan keterangan bahawa mereka berdua tidak mempunyai suami.

 

Aslam kembali dan melaporkan informasi yang dia perolehi kepada khalifah Umar bin Khattab. Khalifah Umar bin Khattab memanggil anak-anaknya, lalu berkata, “Adakah ada di antara kalian yang ingin menikahi seorang perempuan? Andaikata bapa kalian masih berminat untuk menikahi wanita maka tiada seorang pun yang dapat mendahuluiku meminang perempuan itu.”

Abdullah bin Umar berkata, “Saya sudah beristeri.”

Abdurrahman, saudaranya, berkata, “Saya juga sudah mempunyai isteri.”

Anak ketiga Umar bin Khattab, yakni Ashim, berkata, “Wahai ayahanda, saya belum beristeri. Nikahkanlah saya.”

 

Khalifah Umar bin Khattab akhirnya mengutus seseorang untuk meminang gadis itu lantas menikahkannya dengan Ashim. Pernikahan yang agung dan penuh berkah tersebut dilaksanakan dengan penuh kesederhanaan, kerana meskipun Umar bin Khattab saat itu merupakan seorang khalifah, beliau amat sederhana dan beliau tidak pernah menggunakan jawatannya untuk kepentingan peribadi.

 

Hasil pernikahan Ashim bin Umar dan Ummu Ammarah binti Sufyan, lahirlah dua anak perempuan yang bernama Hafsah dan Laila. Laila lebih dikenali dengan nama Ummu Ashim binti Ashim bin Umar bin Khattab. Masa kanak-kanaknya diwarnai dengan suasana ketakwaan yang diwariskan oleh kedua orang tuanya.

 

Ummu Ashim binti Ashim bin Umar bin Khattab tumbuh sebagai wanita yang cinta pada kebaikan, kejujuran, dan senang menuntut ilmu. Di bawah bimbingan ayahnya, dia juga menjadi sosok yang cerdas dan pintar, sehingga akhirnya dia menjadi seorang perawi hadis. Buah tidak jatuh jauh dari pohonnya, begitulah gambaran sifat Ummu Ashim bin Ashim bin Umar bin Khattab sama persis dengan ibunya iaitu Ummu Ammarah binti Sufyan yang solehah, zuhud, dan warak.

 

Ummu Ammarah dinilai oleh khalifah Umar bin Khattab sebagai seorang wanita yang dianjurkan oleh Nabi SAW, “Carilah wanita yang terbaik untuk persemaian benih kalian dan nikahilah wanita-wanita yang sekufu!”

 

Dari semua sifat-sifat terpuji yang dimiliki Ummu Ammarah inilah Umar bin Khattab berkeyakinan bahawa wanita mulia ini akan melahirkan generasi yang mempunyai sifat dan karakter yang terpuji. Anak yang memiliki sifat mulia seperti ibunya, iaitu Ummu Ashim binti Ashim bin Umar bin Khattab.

 

Ummu Ashim binti Ashim bin Umar bin Khattab atau Laila kemudian menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan penerus Kekhilafahan Bani Umayyah. Hasil pernikahan ini lahirlah seorang anak yang bernama Umar bin Abdul Aziz yang dikenali sebagai seorang khalifah yang zuhud, warak, dan bertakwa yang hanya takut kepada Allah, sebagaimana neneknnya iaitu Ummu Ammarah. Bahkan dijuluki Khulafaur Rasyidin yang kelima. Di masa Umar bin Abdul Aziz meskipun masa pemerintahannya hanya sebentar, akan tetapi umat Islam benar-benar ada pada puncak kesejahteraan dan kegemilangan. Sehinggakan di masa itu tidak ada orang yang menerima zakat.

 

Demikianlah pentingnya peranan seorang ibu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin hebat di masa akan datang. Generasi terbaik lahir dari para ibu terbaik sejak dari rahimnya. Maka, wahai muslimah mulailah menjadi Ummu Ammarah binti Sufyan, seorang penjual susu yang sederhana tapi mampu mencetak anak keturunannya menjadi para khalifah yang disegani dan berjaya membawa Islam pada peradaban yang gemilang. Hal ini tidak lain kerana Ummu Ammarah binti Sufyan sentiasa menyelimuti diri dengan ketakwaan, kezuhudan, dan kewarakan sehingga mampu mencetak generasi pemimpin yang hanya takut kepada Allah, bersedia menjalankan hukum Allah, dicintai oleh orang-orang yang soleh, dan ditakuti oleh orang-orang yang zalim. Wallahu a’lam bishshawab

 

#thepowerofmother #ibumithali #muslimahinspirasi #ibumadrasahpertama #ibupencetakgenerasi

Exit mobile version