Site icon MuslimahHTM News

Mengelakkan Terlalu Banyak Berfikir (Overthinking)

[Nafsiyah] Mengelakkan Terlalu Banyak Berfikir (Overthinking)

Pengarang: Ibn al-Jauzi

 

Berfikir bertujuan untuk memperbaiki masa lalu dan melihat kemaslahatan masa hadapan. Oleh itu, jika berfikir berlebihan mengenai sesuatu yang tidak mendatangkan kemaslahatan, maka ia adalah satu bentuk kerugian dan boleh memudaratkan badan. Seorang doktor Yunani kuno yang terkenal, Hippocrates (377) berkata, “Dari semasa ke semasa, saintis mesti meninggalkan aktiviti berfikir untuk memastikan tubuh mereka sihat.”

 

Sesungguhnya orang yang berakal tidak boleh berhenti berfikir, tetapi dia mesti berfikir secara realistik. Jika orang awam berfikir bahawa dia ingin menjadi khalifah, mencapai ilmu Imam Syafie dan Abu Hanifah, kemudian ingin menghimpun sikap zuhud Bisyr dan Ma’ruf al-Karkhi, dan ingin menjadi kaya seperti Abdurrahman bin ‘Auf, maka ini adalah pemikiran yang tidak sihat dan rosak, lebih-lebih lagi jika dia hanya berpuas hati dengan berfikir tanpa bertindak.

 

Sesungguhnya orang yang berakal hanya perlu memikirkan kebaikan yang boleh dicapai dengan langkahnya dan dirasai oleh sesama manusia. Dia juga perlu memikirkan tentang perjuangannya untuk menentang kejahatan. Sudah ramai orang durhaka yang memikirkan akibat kemaksiatannya, lalu bertaubat. Sudah ramai raja-raja yang merenung tipu daya dunia kemudian menjadi zuhud.

 

Ibnu Abbas pernah berkata, “Dua rakaat yang sederhana seraya bertafakur adalah lebih baik daripada solat sepanjang malam dengan hati yang lalai.”

 

Ummu al-Darda’ pernah ditanya, “Apakah amalan Abu al-Darda’ yang paling utama?” Beliau menjawab, “Tafakur dan i’tibar.”

 

Pada suatu malam, Malik bin Dinar menghentikan langkahnya menuju solat subuh, lalu dia berkata, “Penghuni neraka sentiasa menunjukkan kepadaku rantai-rantai dan belenggu mereka hingga pagi.”

 

Beberapa orang bijaksana mengatakan, “Dengan sentiasa berfikir, yang buta akan terbuka.”

 

Sumber: Ibn al-Jauzi, Menyembuhkan Jiwa yang Letih

Exit mobile version