[Aktiviti] Sekitar aktiviti street dakwah oleh aktivis muslimah di sekitar taman rekreasi di Kepong bersempena kempen The Power Of Mother pada 7 Oktober 2023
Dalam berinteraksi bersama masyarakat yang sedang beriadah di sana, para aktivis berkongsi kepada umat bahawa peranan dan kekuatan seorang wanita sangat penting dalam membangun peradaban Islam serta mencetak generasi yang unggul seperti zaman kegemilangan Islam terdahulu.
Dengan membawakan contoh semangat Ibu Imam Syafie dan Ibu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh, para pengunjung yang kami bersua muka sangat menerima dengan baik dan menyokong kempen yang sedang berjalan. Mereka turut me respon dengan berkata pentingnya masyarakat memiliki ilmu untuk menjalankan peranan sebagai anak mahupun ibu.
#ThePowerOfMother #streetdakwah



