[Aktiviti] Alhamdulillah, kempen The Power Of Mother (TPOM) turut dilaksanakan di pelbagai pelusuk negara termasuklah daerah di selatan tanah air. Para wanita menyambut baik dan mengakui ibu sangat berperanan dalam membentuk generasi yang hebat.
Malah kempen turut diserikan dengan program Bual Bicara Ilmu buat para ibu dan bakal ibu. Para pembicara mengungkapkan pandangan Islam dalam pendidikan membentuk anak-anak soleh solehah.
Semoga semua hati para wanita yang sempat di santuni sepanjang kempen ini dapat menimbulkan kesedaran fungsi besar dan penuh kemuliaan seorang ibu.
#ThePowerOfMother #opencircle #majlisilmu



