[Nafsiyah] Celaan terhadap Sikap Bohong
Penulis: Ibnu al-Jauzi
Berbohong adalah sikap yang lahir dari hawa nafsu. Salah satu sebab yang mendorong orang untuk berbohong ialah kecintaan manusia kepada kedudukan. Dia akan memilih peranan memberi maklumat yang difikirkannya lebih mulia daripada menerima maklumat.
Ubat penyakit ini adalah dengan meyakini seksaan Allah SWT bagi seorang pembohong. Dia juga mesti percaya bahawa satu hari pembohongannya akan terbongkar sehingga aib dirinya akan terbuka. Dia akan menanggung rasa malu dan kehinaan daripada manusia serta tidak lagi dipercayai walaupun dia benar.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abdullah, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda,
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا
“Hendaklah kalian selalu berlaku jujur kerana kejujuran membawa kepada kebaikan dan kebaikan mengantarkan seseorang ke syurga. Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan dan kejahatan mengantarkan seseorang ke neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong).” [HR Bukhari]
Ibnu Mas’ud berkata, “Semua sifat dijadikan sikap asas setiap mukmin kecuali khianat dan berbohong.”
Sumber: Ibnu al-Jauzi, Mengobati Jiwa yang Lelah

