Site icon MuslimahHTM News

Urgensi Membangun Linkungan (Persekitaran) Politik Anak (3)

[TPOM] Urgensi Membangun Linkungan (Persekitaran) Politik Anak (3)

 

Di era penuh badai fitnah saat ini, tampak sangat jelas bagaimana kebimbangan ibu bapa muslim dalam mendidik anak-anak mereka. Usaha keras ibu bapa dalam mendidik anak-anaknya di rumah sering kali ‘ditindas’, apabila persekitaran pergaulan anak-anak yang heterogen (pelbagai ragam) telah mengganggu gugat prinsip-prinsip cara pandang yang telah ibu bapa tanamkan sebelumnya sejak anak kecil lagi. Terdapat banyak contoh yang boleh kita sebutkan di sini, antaranya anak ulama atau pengemban dakwah yang terjerumus dalam gaya hidup bebas. Ada juga anak-anak yang dididik dengan Islam akhirnya terjebak dengan pengaruh dadah, seks bebas, rokok dan sebagainya. Tak kurang juga anak-anak yang bersekolah agama, tahfiz, turut diuji dengan kehiudpan bebas setelah tamat sekolah. Ilmu pengetahuan yang dipelajari semasa berada di sekolah hanya tinggal sebagai pengetahuan dan bukan menjadi kefahaman, seterusnya gagal mengantarkan diri mereka untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

 

Tren mengikut-ikut budaya, gaya hidup dan pemikiran asing (selain Islam) telah menjadi penyakit menular mematikan yang rentan telah menjangkiti generasi umat ini. Generasi yang diharapkan menjadi problem solver (penyelesai masalah) yang mempunyai kesedaran politik yang baik akhirnya menyelesaikan masalah diri sendiri pun mereka tidak mampu.

 

Generasi umat Islam yang telah Allah janjikan kemuliaannya sebagai generasi terbaik (khairu ummah), justeru menjadi bahagian dari masalah yang umat sedang derita.

 

Dari segi faktor makro, keadaan ini jelas dipengaruhi oleh hilangnya peranan negara. Persekitaran pergaulan dan pendidikan anak-anak dipandu oleh tatanan sistem demokrasi yang berprinsipkan kebebasan (liberal) dan telah menafikan peranan agama dalam mengatur kehidupan (sekular).

 

Oleh sebab itu, dalam ruang lingkup mikro saat ini, peranan ibu bapa telah menjadi sangat penting untuk membina landasan keluhuran syakhsiyyah Islam anak-anak, agar anak-anak bersedia dan kuat dalam menghadapi heterogeniti (kepelbagaian ragam) dalam persekitarannya kelak.

 

–              Cicin Yulianti (Geopolitik Ibu)

 

#thepowerofmother #generasimuslim #ibumadrasahpertama #kesedaranpolitik

Exit mobile version