[TPOM] Usaha Mewujudkan Linkungan Politik yang Kondusif bagi Anak (5)
Ibu bapa hendaklah berusaha sedaya mungkin dalam mengusahakan agar terwujudnya persekitaran politik yang kondusif bagi anak-anak. Antara usaha tersebut ialah:
- Membina anak dalam kehidupan Jemaah yang tsiqah dalam perjuangan kepepmimpinan umat Muhammad SAW (parti politik).
Adakah anak-anak mampu mewarisi DNA pejuang yang bersedia memimpin umat (berkesedaran politik), di saat ibu bapanya sendiri tidak pernah hadir dalam medan dakwah politik di tengah-tengah umat. Maka, keteladanan dan pembiasaan anak dalam lingkungan medan perjuangan dakwah politik hendaklah dilakukan seawall usia yang mungkin. Ibu bapa hendaklah sedaya upaya mampu mewujudkan dan mencontohkan perbuatan tersebut.
Dalam kitab Dukhul Al-Mujtama’ (karya Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani), dihuraikan bahawa tugas parti politik adalah mengemban pemikiran-pemikiran tertentu tentang kehidupan, yang hal tersebut terepresentasikan dalam sekumpulan mafahim, maqayis, dan qana’ah* (MMQ), untuk disampaikan kepada masyarakat. Dalam kitab-kitabnya yang lain (misalnya at-Tafkir), Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani juga menyebut bahawa pengembanan berbagai pemikiran tertentu tentang kehidupan (yang terepresentasi dalam mafahim, maqayis, dan qana’ah tersebut) adalah dalam konteks perubahan masyarakat menuju terbentukya negara yang mengemban visi politik Islam, yakni Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah. Maka, nilai strategik pemahaman anak akan keterlibatan dirinya pada jemaah yang tsiqah memperjuangkan kepemimpinan umat Muhammad ini adalah untuk mematangkan kesedaran politik anak pada proses-proses yang perlu dilakukannya dalam upaya mengubah masyarakat. Dalam hal ini menyangkut pemikiran (melalui dakwah Islam Politik).
Oleh itu, agar anak-anak terbentuk menjadi seorang yang bersyakhsiyyah Islam dan mempunyai kesedaran politik Islam, hendaklah dibentuk sedari awal usia, serta sudah pastinya seiring sejalan bersama ibu ayah dalam suasana jemaah yang tsiqah dalam perjuangan kepemimpinan Rasulullah SAW.
* Dalam kitab At-Tafkir; Syaikh Taqiyuddin An-Nabhani menyinggung istilah mafahim maqayis dan qana’at (MMQ) dalam konteks berfikir tentang perubahan. Mafahim adalah bentuk jamak dari mafhum, dimaksudkan sebagai persepsi atau konsep.
Maqayis adalah jamak dari miqyas, yang bermaksud standard, kriteria, atau tolok ukur. Sedang qana’at adalah bentuk jamak dari qana’ah, yang boleh dimaksudkan dengan keyakinan, atau penerimaan, atau kepuasan. Pada dasarnya, mafahim, maqayis, dan qana’at adalah pemikiran-pemikiran (al-afkar). Namun ketiganya bukanlah pemikiran mendasar (akidah), melainkan pemikiran-pemikiran cabang yang dibangun dari suatu akidah.
– Cicin Yulianti (Geopolitik Ibu)
#thepowerofmother #generasimuslim #ibumadrasahpertama #kesedaranpolitik

