Site icon MuslimahHTM News

Racun Filem BARBIE : STANDARD KECANTIKAN PALSU

Toksik Barbie

Racun Pertama Filem BARBIE : STANDARD KECANTIKAN PALSU

#BarbieToxic

 

Kritik utama terhadap Barbie adalah bahawa Barbie mempromosikan standard kecantikan yang tidak realistik dan meneruskan imej feminin yang sempit dan diidealkan. “Barbie Effect” atau “Barbie Syndrome” mengacu pada impak negatif dari bahagian tubuh badan yang berlebihan, serta fokus pada penampilan terhadap citra tubuh dan harga diri kanak-kanak perempuan.

 

Menurut perubatan, hal ini dikenal sebagai dismorfia tubuh−suatu keadaan kesihatan mental tatkala anda tidak dapat berhenti memikirkan satu atau lebih kekurangan atau kecatatan yang ada pada penampilan anda. Berbagai kajian telah menguatkan penemuan ini, salah satunya menemukan dari total 162 kanak-kanak perempuan, dari usia 5 hingga 8 tahun, yang telah diperlihatkan gambar boneka Barbie, boneka berukuran normal, atau tanpa boneka (kawalan dasar) dan kemudian menyelesaikan penilaian imej tubuh.

 

Kanak-kanak perempuan yang terdedah pada Barbie dilaporkan memiliki rasa percaya diri yang lebih rendah dan keinginan yang lebih besar untuk bentuk tubuh yang lebih langsing dibandingkan kanak-kanak perempuan yang terdedah pada paparan jenis boneka lainnya.

 

✍🏼 Sumber: Terjemahan artikel Dr. Abdul Baseer (Pakistan) berjudul “Budaya Barbie: Pemerkasaan atau Perhambaan Pemikiran Anak Muda?”

Exit mobile version