Racun Ketiga Filem BARBIE : Budaya Bersolek (Make Up)
#BarbieToxic
Industri tata rias telah mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam beberapa tahun terakhir, dengan semakin banyaknya pelaburan wanita di seluruh dunia dalam kosmetik. Lonjakan ini merupakan bukti transformasi kecantikan menjadi perniagaan yang berkembang. Data statistik mengungkapkan bahawa pasaran kosmetik global bernilai lebih dari $500 bilion pada tahun 2023, yang menunjukkan impak ekonomi yang besar dari industri ini.
Meningkatnya pengeluaran ini menekankan bahawa bertambahnya obsesi untuk meningkatkan nilai penampilan melalui kosmetik. Barbie, dengan citranya yang glamor dan menekankan pada kecantikan dan fesyen, telah menyumbang dalam membentuk standard ideal kecantikan bagi beberapa generasi. Walaupun sukar untuk menghubungkan seluruh pertumbuhan industri tata rias hanya dengan Barbie, ia jelas turut memainkan peranan penting dalam perkara ini.
Keterkaitan antara estetika Barbie dan dunia tata rias memperkuat gagasan bahawa mempercantikkan penampilan melalui kosmetik bukan hanya merupakan hal yang lumrah, melainkan juga bentuk ekspresi dan pemerkasaan diri. Hasilnya, daya tarik untuk mencipta kembali penampilan Barbie yang bersinar agar dapat menginspirasi gadis-gadis muda untuk menjelajahi dunia tata rias, yang sekaligus berpotensi meningkatkan pengeluaran produk kecantikan seiring bertambahnya usia mereka.
✍🏼 Sumber: Terjemahan artikel Dr. Abdul Baseer (Pakistan) berjudul “Budaya Barbie: Pemerkasaan atau Perhambaan Pemikiran Anak Muda?”

