Empat Faktor Pemicu Krisis Mental dikalangan Kanak-kanak di Negara Sekular
(Faktor 4) Kesengsaraan Ekonomi akibat Kapitalisme
Dan yang terakhir keempat, sistem kapitalis sekular telah melahirkan kesulitan ekonomi yang sangat dahsyat bagi individu-individu, jurang kesenjangan dalam kekayaan, dan ketidakmampuan banyak orang untuk memenuhi keperluan asas (termasuk makanan dan tempat tinggal yang sesuai) telah memicu kebimbangan dan depresi, termasuklah di kalangan kanak-kanak.
Laura Bunt, ketua eksekutif Young Minds, mengatakan bahawa angka-angka yang terkait dengan krisis kesihatan mental di kalangan pemuda di England merupakan “indikasi adanya sistem yang rosak.” Sistem yang rosak ini adalah sistem sekular. Sistem ini telah gagal mengurusi generasi muda dan telah gagal mengurusi umat manusia.
Sebagai umat Islam, kita juga perlu bertanyakan beberapa pertanyaan serius mengenai arah yang dituju generasi muda kita, baik di negara Barat mahupun di negeri- negeri Muslim. Mengadopsi sistem liberal sekular tidak menjanjikan apapun selain potensi kemerosotan kesihatan mental anak-anak kita. Tidak ada yang boleh menyelamatkan mereka dari nasib yang memilukan ini kecuali keyakinan, nilai-nilai, gaya hidup, dan sistem Islam, satu-satunya yang memiliki kemampuan untuk mewujudkan kepuasan, ketenteraman, dan kebahagiaan sejati di dalam diri manusia.
(وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ * إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ)
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” [Surah Al-Asr: 1-3]
✍️ Dr. Nazreen Nawaz dalam artikelnya https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/2017-01-28-14-59-33/news-comment/25041.html

