Site icon MuslimahHTM News

Usaha Mewujudkan Linkungan Politik yang Kondusif bagi Anak (4)

[TPOM] Usaha Mewujudkan Linkungan Politik yang Kondusif bagi Anak (4)

 

Ibu bapa hendaklah berusaha sedaya mungkin dalam mengusahakan agar terwujudnya persekitaran politik yang kondusif bagi anak-anak. Antara usaha tersebut ialah:

 

  1. Ibu bapa hendaklah berjalan bersama dalam visi politik pendidikan anak.

Apakah ertinya jika ibu bapa menyediakan kelengkapan fasiliti bagi pendidikan anak serta meluangkan masa yang ada untuk anak jika ibu bapa sendiri tidak mempunyai visi yang jelas dalam proses pendidikan anak. Ibu bapa perlu memainkan peranan sepenuhnya dalam proses pendidikan anak lebih-lebih lagi jika ibu bapa mendambakan agar terbentuknya syakhsiyyah Islam (keperibadian Islam) dalam diri anak sehingga wujud kesedaran dalam dirinya untuk memimpin umat kelak.

 

Apabila dikatakan ibu sebagai madrasah atau sekolah pertama dan utama bagi anak-anaknya, maka ayah pula adalah penanggung jawab utama akan baik dan buruknya sekolah atau madrasah pertama bagi anak-anaknya tersebut. Kerana ayah adalah qawwam (pemimpin) bagi keluarganya, ár-rijalu qawwamuna ‘ala an-nisaa (An- Nisa [4]: 34).

 

Ibnu Qayyim al-Jauzi juga menyatakan bahawa apabila ada anak yang bermasalah, maka yang sepatutnya dipersalahkan adalah ayahnya. Betapa banyak ibu bapa yang menyengsarakan anaknya, buah hatinya di dunia dan akhirat kerana mereka tidak memperhatikannya, tidak mendidiknya, namun memenuhi syahwat-nya (keinginannya). Sementara mereka menyangka telah memuliakannya, padahal mereka telah merendahkannya. Mereka juga menyangka bahawa mereka  telah menyayanginya, padahal mereka telah menzaliminya.

 

Maka hilanglah bahagiannya pada anak itu di dunia dan akhirat. Jika anda amati kerosakan pada anak-anak, penyebab utamanya adalah ayah (Ibnu Qayyim al-Jauzi, Tuhfatul Maudud li Ahkam al-Maulud, Halaman 133).

 

Siapa yang mengabaikan pendidikan yang bermanfaat untuk anaknya dan membiarkan begitu saja, maka mereka telah melakukan tindakan terburuk terhadap anaknya itu.

 

Kerosakan anak-anak itu kebanyakannya disebabkan oleh ibu bapa yang membiarkan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan dan sunah Din (agama Islam) ini kepada mereka (Tuhfatul Maudud li Ahkam al-Maulud, Halaman 229).

 

 

#thepowerofmother #ibumithali #ibumadrasahpertama #ibupencetakgenerasi

Exit mobile version