Site icon MuslimahHTM News

Berfikir Politik (Bahagian 3/6)

[At-Tafkir] Berfikir Politik (Bahagian 3/6)

Penulis: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani

 

Tiga pemikiran, iaitu idea kepemimpinan, kedaulatan, dan kekuasaan yang dibahas sebelum ini (Bahagian 2) merupakan contoh kesalahan berbagai pemikiran politik yang terdapat pada pembahasan-pembahasan politik Barat. Kesalahan tersebut ada pada berbagai pemikiran politik yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, begitu juga pembahasan-pembahasan politik yang berkaitan dengan berbagai perkara dan peristiwa. Meskipun pada pembahasan-pembahasan politik tersebut ada beberapa kebenaran yang dapat diterima oleh akal, tetapi sebenarnya dipenuhi hal-hal yang bertentangan dengan kebenaran dan dipenuhi kekeliruan.

 

Sebagai contoh ketika mereka menyatakan bahawa politik Britaindibangun atas tiga hal, iaitu hubungan Britaindan Amerika, hubungan Britain dengan Eropah, dan hubungan Britain dengan negara-negara persemakmuran. Perkataan mereka ini adalah benar, kerana merupakan deskripsi atas fakta yang tidak mungkin ada kekeliruan di dalamnya. Namun, ketika mereka bicara tentang politik, Britaindilihat dari sisi sikap Britain terhadap berbagai aliansi, juga sikap Britainterhadap kawan dan lawannya, serta pandangannya terhadap berbagai bangsa dan umat, maka selain terdapat kemunafikan dan penyesatan, perkataannya juga bertentangan dengan fakta dan merupakan kejahatan atas kejadian dan peristiwa.

 

Begitu juga dengan setiap apa yang dikatakan Britain tentang negara mana pun, baik negara Barat ataupun bukan, baik pembicaraan tentang sejarah masa lalu mahupun pembicaraan tentang peristiwa yang sedang berlaku, ataupun kejadian-kejadian yang berlaku di hadapan mereka. Sesungguhnya Britain mempunyai kemahiran dalam menyesatkan orang dan memutarbalikkan fakta. Ini tidak dapat disembunyikan lagi, khususnya bagi orang-orang yang sedar. Oleh kerana itu, berfikir tentang ilmu politik dan pembahasan politik, bagaimanapun keadaannya, tidak boleh dilakukan, kecuali disertai dengan kesedaran dan kehati-hatian.

 

Adapun berfikir politik terhadap berbagai peristiwa dan kejadian yang sedang berlangsung, maka inilah yang memang dimaksudkan dengan kata “berfikir politik” (at-tafkir as-siyasi, political thinking). Berfikir seperti inilah yang akan membuatkan seseorang menjadi ahli politik. Proses berfikir ini memerlukan lima perkara berikut secara bersamaan, iaitu:

 

  1. Berfikir politik memerlukan pemantauan terus-menerus terhadap seluruh peristiwa dan kejadian yang terjadi di dunia, yakni memerlukan pemantauan terhadap semua berita. Namun, dengan adanya kemampuan membezakan berita, dari segi penting tidaknya, dari segi disengaja tidaknya suatu peristiwa dan kejadian, atau penyebaran beritanya, dari segi ringkas panjangnya suatu berita, maka dengan adanya latihan dan seiring perjalanan waktu, proses mengikuti berita ini tidaklah ditujukan untuk seluruh berita, tetapi hanya pada berita yang perlu diketahui untuk kesinambungan pengetahuan.

 

  1. Berfikir politik memerlukan informasi-informasi, meski informasi dasar atau ringkas, mengenai hakikat peristiwa dan kejadian, yakni maksudnya mengenai makna-makna berita, baik informasi geografi, sejarah, pemikiran, atau informasi politik, dan yang seumpamanya, yang dengannya akan dapat difahami fakta peristiwa dan kejadian, atau hakikat makna-makna berita.

 

  1. Dalam berfikir politik, peristiwa tidak boleh dilepaskan dari keadaan-keadaan yang melingkupinya, juga tidak boleh membuat kesimpulan umum darinya. Melepaskan peristiwa dari keadaannya, membuat kesimpulan umum dan analogi komprehensif (al-qiyas asy-syumuli, comprehensive analogy), adalah bahaya dalam memahami berbagai peristiwa dan kejadian, yakni bahaya dalam mengetahui berbagai berita.

 

Peristiwa dan kejadian perlu diambil dengan keadaannya sekaligus, dalam erti suatu peristiwa tidak boleh dipisahkan dengan keadaannya, bagaimanapun juga keadaannya. Selain itu, pengambilan perlu dibatasi pada peristiwa tersebut beserta apa-apa yang terjadi di dalamnya sehingga tidak boleh membuat kesimpulan umum pada seluruh peristiwa yang serupa dengannya, juga tidak boleh dilakukan analogi universal terhadap yang lainnya.

 

Peristiwa perlu diambil sebagai suatu peristiwa individual, dan dihukumi sebagai sebuah peristiwa individual. Dengan kata lain, yang dihukumi hanya peristiwa itu saja, bukan selainnya.

 

  1. Berfikir politik memerlukan kemampuan membezakan peristiwa dan kejadian, yakni membeza-bezakan suatu berita dengan jalan menelitinya secara sempurna. Dengan demikian, akan boleh diketahui sumber berita tersebut, tempat dan waktu terjadinya berita, tahap kepercayaannya, situasi dan keadaan yang terdapat di dalamnya, maksud adanya berita atau maksud tersiarnya berita, panjang pendeknya berita, benar dan bohongnya berita, serta hal yang lain termasuk aktiviti penelitian berita.

 

Penelitian inilah yang akan mewujudkan kemampuan membezakan berbagai berita. Kadar kesempurnaan dan kedalaman penelitian ini akan menentukan kadar kemampuan membezakan berita. Tanpa adanya kemampuan membezakan berita, tidak mungkin seseorang boleh mengambil peristiwa atau kejadian tersebut, kerana bererti dia akan menjadi mangsa penyesatan dan kekeliruan. Oleh kerana itu, kemampuan membezakan berita adalah faktor yang sangat penting dalam pengambilan berita, bahkan sekadar untuk mendengarkannya.

 

  1. Dalam berfikir politik perlu ada hubungan berita dengan informasi-informasi, terutamanya hubungan satu berita dengan berita-berita yang lainnya. Hubungan dan kaitan itulah yang akan menghasilkan keputusan yang lebih mendekati kebenaran terhadap suatu berita. Suatu berita yang berkaitan dengan politik antarabangsa boleh dikaitkan dengan politik lokal, atau berhubungan dengan politik lokal kemudian dihubungkan dengan politik antarabangsa.

 

Atau boleh saja suatu berita merupakan berita ekonomi dan dihubungkan dengan ekonomi, padahal sebenarnya termasuk urusan-urusan politik meski dalam bentuk ekonomi, atau merupakan berita yang berkaitan dengan Jerman kemudian dikaitkan dengan politik Jerman, padahal termasuk urusan yang berkaitan dengan Amerika. Namun, apabila suatu berita dihubungkan dengan yang tidak semestinya untuk dihubungkan, pasti akan terjadi kesalahan, jika tidak terdapat penyesatan dan tipu daya.

 

Oleh kerana itu, mengaitkan suatu berita dengan apa-apa yang berhubungan dengannya adalah hal yang sangat penting. Pengaitan tersebut hendaklah dilakukan dengan benar, iaitu dihubungkan untuk memahami dan mengerti, bukan dihubungkan hanya untuk mengetahui. Dengan kata lain, pengaitan itu hendaknya adalah untuk diamalkan, bukan untuk ilmu semata.

 

Lima hal tersebut mesti diwujudkan agar proses berfikir terhadap teks-teks politik—yakni berfikir politik—dapat berlangsung. Tidak boleh dikatakan bahawa kelima hal tersebut terlalu banyak, sulit, serta berat merealisasikannya. Tidak boleh dikatakan demikian, kerana terwujudnya lima hal tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang sulit, kerana yang dimaksud adalah sekadar adanya pengetahuan yang baik tentang kelimanya, bukan pengetahuan yang luas sekali.

 

Hal itu boleh diwujudkan sejalan dengan berlangsungnya waktu, tidak harus sekaligus. Juga kelimanya akan didapatkan dengan jalan mengikuti secara berterusan berbagai berita dan peristiwa, bukan dengan mempelajari dan melakukan kajian ilmiah.

 

Memang benar kajian dan belajar ilmu politik akan banyak membantu kemampuan berfikir politik. Namun, hal itu tidak semestinya ada pada berfikir politik dan pada seorang ahli politik. Jadi, pengetahuan tersebut sebenarnya merupakan penyempurna dan perkara sekunder.

 

Yang terpenting dalam kelima hal tersebut adalah perlu adanya pemantauan berita yang berterusan. Jika itu telah terwujud, empat hal yang lainnya akan terwujud pula secara sendirinya. Yang merupakan hal utama dalam berfikir politik adalah adanya pemantauan terhadap berbagai berita dan peristiwa. Jika ini telah terwujud, berfikir politik akan terwujud juga.

 

Sumber: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Hakikat Berfikir (At-Tafkir)

Exit mobile version