Site icon MuslimahHTM News

Barat Takut Padamu, maka Tunjukkanlah pada Allah Sesuai yang Diredhai-Nya!

Barat Takut Padamu, maka Tunjukkanlah pada Allah Sesuai yang Diredhai-Nya!

Penulis: Dr. Abdullah Nashir

 

Pertama, berkaitan dengan karakteristik dari hubungan AS-Iran, lebih-lebih lagi tentang pernyataan terkait pengiriman tentera. Pernyataan tersebut juga berisi jaminan perlindungan terhadap kapal-kapal laut di kawasan tersebut dari provokasi dan gangguan Iran.

Kedua, krisis yang dialami pemerintah Yahudi di bawah pimpinan Netanyahu.

Ketiga, kebijakan AS yang berkaitan dengan anggapan bahawa China adalah ancaman bagi politik antarabangsa, serta hubungan China dengan jalur perairan tersebut.

Keempat, parti Demokrat AS memerlukan dokumen yang akan dibentang dalam pilihanraya pada 2024 mendatang.

 

Kita akan membahas poin-poin berikut secara terperinci, atas izin Allah.

 

Iran adalah negara yang berada dalam genggaman Amerika, yang melayani kepentingannya di kawasan itu. Terdapat banyak bukti terkait hal ini, seperti yang berlaku di Afganistan, Irak, Yaman, Syria, Lubnan, dan lain-lain. Namun, hakikatnya Iran juga menginginkan terwujudnya kepentingan peribadinya dalam perluasan wilayah yang dianggap sebagai hambatan oleh Amerika dari beberapa aspek, khususnya setelah terjadi penolakan masyarakat tersebut terhadap aksi perluasan wilayah oleh Iran, serta ketidakmampuan Iran dalam membendung perlawanan ini. Disebabkan semua itu, pasukan tentera dikirim dengan tujuan untuk menegaskan dominasi Amerika dan penguasaannya terhadap kekuatan Iran.

 

Di sisi lain, terkait Yahudi dan krisis yang dialami Netanyahu dan pemerintahannya sebagai akibat dari desakan terhadap pemindaan peradilan; serbuan terus-menerus yang ke atas bandar-bandar di Tepi Barat (yang menciptakan perpecahan yang tajam di dalam entiti Yahudi), juga demonstrasi yang sedang berlangsung melawan Netanyahu, semua ini mendorong pemerintah Yahudi untuk mengembangkan projek yang akan mengeluarkannya dari kebuntuan ini dengan melancarkan serangan tentera terhadap Iran dengan dalih mengembangkan program nuklearnya.

 

Tentu saja hal itu ditentang oleh Amerika secara pasti kerana dapat menggugat wilayah tersebut dan menghambat projek Amerika di wilayah dominasinya itu. Hal ini disahkan oleh hubungan yang tegang antara Biden dan Netanyahu sebagai akibat dari sikap keras kepala orang Yahudi dan tidak diundangnya mereka untuk mengunjungi Amerika.

 

Dengan demikian, Amerika mengirimkan pesan kepada orang Yahudi bahawa Iran berada di bawah perlindungannya kerana Iran bertugas untuk merealisasikan projek Amerika di kawasan tersebut. Kita juga tidak seharusnya melupakan kesepakatan yang berlaku antara Iran dan Arab Saudi dengan tujuan yang sama seperti ini.

 

Semua ini hanya akan tampak bagi para pengamat politik. Ini kerana upaya untuk mencapai lebih dari satu tujuan dalam satu tindakan adalah tindakan politik yang terampil, bahkan memerlukan suatu pertimbangan mendalam dan ketelitian dalam hal hubungan antara masyarakat di kawasan ini dan rejim yang berkuasa.

 

Keterpisahan dan kegelisahan yang meningkat, serta perasaan marah yang memuncak di tengah masyarakat pada Amerika, dapat menggerakkan masyarakat dan dapat pula menggulingkan rejim boneka mereka dan menyapu bersih kehadiran Amerika dan rezim lainnya. Yang demikian itu sesungguhnya tidaklah sukar bagi Allah.

 

Kita telah melihat betapa percikan revolusi yang meletus dari Tunisia menyebar ke negara-negara di kawasan, beserta faktor yang melatarbelakanginya yang hingga kini masih tetap ada (pengaruhnya). Penindasan, penderaan, dan kehinaan yang dialami umat Islam inilah yang menjadi pendorong umat untuk terus meneruskan revolusi-revolusi ini dan peralihannya dari satu titik ke titik yang lain hingga umat buka mata dan sedar bahawa satu-satunya jalan keselamatan mereka, hanyalah Khilafah yang sesuai dengan metod kenabian.

 

Oleh kerana itu, kami mengatakan, memang benar Amerika telah mengirimkan tentera dan membangun pangkalan tenteranya di Iran. Semua itu menunjukkan amaran Amerika kepada siapa pun yang menentangnya. Akan tetapi, pada saat yang sama, Amerika hidup dalam ketakutan demi ketakutan. Amerika takut jika masyarakat di kawasan serantau itu akan bersatu dengan tentera Islam, yang merupakan ahlul quwwah dan nushrah.

 

Amerika juga takut akan kehadiran kepemimpinan politik yang murni dan soleh—seperti Syeikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasythah—ketika nantinya akan mengumumkan berdirinya Khilafah Rasyidah kedua sesuai metod kenabian yang akan mengusir para ejen dan tuan mereka, juga memaksa Amerika dan Barat untuk angkat kaki kerana rumah-rumah mereka akan hancur, jika mereka masih memiliki rumah. Khilafah juga akan menyebarkan keadilan dan ketenangan bagi umat di seluruh dunia.

 

 

Oleh kerana itu, kami menyeru saudara-saudara kami, tentera kaum muslim, untuk memanfaatkan kesempatan ini, khususnya kerana hal ini disertai dengan konflik-konflik yang terjadi di antara negara-negara Barat.

 

Dengan demikian, merupakan sebuah anugerah dari Allah kepada Anda, untuk meletakkan tangan Anda di atas tangan parti ideologi Islam dalam rangka memberikan pertolongan, lalu mengumumkan Khilafah kedua yang sesuai dengan metod kenabian yang akan menyatukan umat Islam dan menyebarkan keadilan serta ketenangan ke seluruh penjuru bumi.

 

Negara-negara Barat takut padamu, maka tunjukkan pada Allah apa yang Dia sukai darimu, dan biarkan orang yang bersaing sibuk untuk bersaing.

 

Sumber artikel: Media Muslim Timur Tengah

 

#isusemasa #palestin #freealquds #savepalestine #savepalestinewithjihad

 

Exit mobile version