Sabtu, 28 Oktober 2023: Program Tea Talk “Ibu Pencetak Generasi Emas” telah diadakan di Arau, Perlis sebagai acara kemuncak sempena Kempen ‘THE POWER OF MOTHER’.
Menampilkan Nurul Shahida sebagai panelis, beliau telah memotivasikan peserta dengan mencontohkan beberapa sosok ibu tangguh yang telah berjaya mencetak generasi emas seperti al-Khansa, Khaizuran, Huma Hatun dan lain- lain.
Para peserta juga didedahkan dengan masalah dan cabaran ibu dalam mendidik anak- anak pada zaman sekarang serta peranan dan tanggungjawab ibu sebenarnya yang dituntut dalam Islam iaitu sebagai ‘Madrasah Ula’.
Selesai program, para peserta mengambil peluang bergambar secara beramai- ramai serta menikmati sedikit juadah makan petang sambil bermesra bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka.



