MENJERNIHKAN PERSOALAN PALESTIN
Tindakan agresif yang kejam dan keji Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin semakin menjadi-jadi. Lebih dari 8100 jiwa terkorban dan lebih dari 20, 242 orang cedera. Serangan entiti Yahudi kini merambah ke Tebing Barat yang telah meragut nyawa 115 orang dan menyebabkan 2,150 orang cedera parah.
Setakat ini para pemimpin Dunia Islam masih membatu. Mereka hanya menjadi harimau podium dan harimau kertas. Menggertak di mimbar dengan cakap besar, tetapi tidak melakukan tindakan nyata dalam menghentikan serangan kaum Zionis.
Derita rakyat Palestin, khususnya kaum Muslim, semakin bertambah dengan bertebaran pandangan umum (public opinion) yang menyudutkan perjuangan dan nasib mereka. Banyak komentar dan pernyataan yang mengaburkan persoalan Palestin yang sebenarnya. Bahkan ada yang sampai hati memfitnah para pejuang Islam.
Menjenayahkan Para Pejuang
Di media sosial sering dibangun narasi yang mengkriminalisasi gerakan perjuangan H4m4s. Narasi tersebut menyebut bahawa penderitaan yang dialami rakyat Palestin hari ini akibat tindakan H4m4s. Katanya, H4m4s lah yang perlu bertanggungjawab atas terbunuhnya ribuan penduduk Palestin, bukan kaum Yahudi Zionis.
Pandangan semacam ini sungguh sesat dan menyesatkan. Selain bertujuan menyalahkan dan menjenayahkan setiap gerakan perlawanan rakyat Palestin, terutama H4m4s, mereka membangun narasi ini untuk mengabsahkan keberadaan entiti Yahudi yang mendakwa diri mereka sebagai pemilik tanah Palestin. Tujuan berikutnya, agar dunia membenarkan keagresifan kejam Zionis Yahudi sebagai ”tindakan mempertahankan diri”. Apa yang dikatakan sebagai ’mempertahankan diri’ bila yang diserang adalah hospital, pasar, prasarana awam dan majoriti mangsanya adalah kanak-kanak serta wanita?
Faktanya kaum Yahudi bukanlah penduduk asal Palestin. Mereka juga bukan pemilik tanah Palestin. Banyak sejarawan dan ahli teologi di luar yang menunjukkan kedustaan dakwaan Yahudi dan Barat bahawa Palestin adalah ’tanah yang dijanjikan’. Pada bulan Oktober 2010 para uskup dari wilayah Timur Tengah berkumpul di Vatikan selama dua minggu. Mereka tidak henti-henti membahas masalah Israel-Palestin yang ditinjau dari perspektif Alkitab. Kesimpulan mereka, Israel tidak boleh menggunakan konsep Alkitab mengenai “tanah yang dijanjikan” atau “orang terpilih” untuk membenarkan pendudukan baru di Yerusalem atau membuat tuntutan ke atas wilayah tersebut. (Republika.co.id, 25/10/2010).
Para pemimpin Barat, media massa mereka dan pengikutnya bermuka dua dengan menuduh perjuangan pembebasan Palestin sebagai tindakan keganasan, dalam masa sama mereka mendukung sekutu mereka Ukraine melawan pencerobohan Rusia. Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah juga membekalkan persenjataan dan bantuan kewangan kepada pemerintah Ukraine agar dapat menangkis serangan Rusia. Sementara dalam tindakan genosid terhadap rakyat Palestin, Barat terus menyudutkan perjuangan rakyat Palestin dan malah membantu Zionis Yahudi.
Fitnah Barat terhadap rakyat Palestin dan H4m4s menunjukkan kemunafikan mereka dan para pendukungnya. Padahal rakyat Palestin telah terusir puluhan tahun dari tanah kelahiran mereka, bahkan mengalami pembantaian demi pembantaian. Inilah kemunafikan dan kebohongan terbesar Barat dan Yahudi. Hanya orang tidak waras saja yang masih tetap mendukung penjajahan dan kekejaman Yahudi di tanah Palestin.
Sebaiknya Berhijrah?
Melihat bertahun-tahun penderitaan rakyat Palestin, ada sebahagian orang yang berpendapat bahawa seharusnya kaum Muslim di Palestin berhijrah dari negeri mereka. Alasannya, dulu juga kaum Muslim tertindas di Mekah, lalu mereka berhijrah ke Madinah.
Ini adalah analogi yang batil dengan tiga alasan.
Pertama: Islam telah memerintahkan kepada kaum Muslim untuk mempertahankan diri dari ancaman terhadap jiwa dan harta mereka. Abu Hurairah ra. menuturkan bahawa pernah ada seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi saw.:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِى قَالَ : فَلاَ تُعْطِهِ مَالَكَ . قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِى قَالَ : قَاتِلْهُ . قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِى قَالَ : فَأَنْتَ شَهِيدٌ . قَالَ أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ : هُوَ فِى النَّارِ
“Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika ada seseorang yang mendatangiku dan ingin merampas hartaku?” Beliau bersabda, “Jangan engkau berikan milikmu kepada dia.” Dia bertanya lagi, “Bagaimana pendapatmu jika dia ingin membunuhku?” Beliau bersabda, “Bunuhlah dia.” Dia bertanya lagi, “Bagaimana jika dia malah membunuhku?” “Engkau mati syahid,” jawab Nabi saw. “Bagaimana jika aku yang membunuh dia?” Dia bertanya kembali. “Dia di Neraka,” jawab Nabi saw. (HR Muslim).
Pendapat itu juga batil kerana bertentangan dengan perintah Allah SWT untuk berjihad melawan orang-orang yang menyerang dan mengusir kaum Muslim dari tempat tinggal mereka. Allah SWT berfirman:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
“Perangilah mereka di mana saja kalian menjumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kalian” (TMQ al-Baqarah [2]: 191).
Kedua: Syariah Islam telah mewajibkan sesama Muslim untuk saling memberikan bantuan kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan. Ketika kaum Muslim di satu negeri tidak cukup kuat untuk mengusir para penjajah , maka kewajipan berjihad ini meluas ke wilayah-wilayah sekitarnya. Kerana itu wajib atas umat Muslim di sekitar Palestin mengerahkan pasukan untuk mengusir entiti Yahudi hingga tuntas. Allah SWT berfirman:
وَإِنْ اسْتَنْصُرُوْكُمْ فِي الدِّيْنِ فَعَلَيْكُمْ النَّصْرُ
“Jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan agama ini maka kalian wajib menolong mereka” (TMQ al-Anfal [8]: 72).
Ketiga: Hijrah yang diwajibkan atas umat ini adalah berpindah dari negara kufur (darul kufur) menuju Negara Islam (Darul Islam). Ini sebagaimana dulu Rasulullah saw. dan kaum Muslim berhijrah dari Mekah yang pada ketika itu adalah darul kufur menuju ke Madinah yang kemudian menjadi Negara Islam (Darul Islam).
Adapun hari ini tidak ada satu pun di antara negeri-negeri Islam yang boleh dikategorikan sebagai Darul Islam, yakni negara yang menerapkan syariah Islam secara kâffah dan keamanannya di tangan kaum Muslim. Negeri-negeri Muslim hari ini adalah institusi politik yang menjalankan ideologi sekularisme-liberalisme dan berwatak kebangsaan/nasionalisme serta hanya sedikit menjalankan hukum-hukum Islam. Mesir, misalnya, bertahun-tahun menutup gerbang Rafah sehingga menyukarkan pengiriman bantuan ke wilayah Gaza. Jordan sebaliknya pula membuka jalan bagi masuknya militer Amerika Syarikat yang membantu entiti Yahudi melancarkan serangan militernya ke Palestin.
Palestin Persoalan Agama
Syubhat lain yang terus diproduksi dalam tragedi Palestin adalah menyebutkan ini bukanlah persoalan agama, tetapi persoalan kemanusiaan. Alasannya, bukan hanya penduduk Muslim yang menjadi korban. Umat Nasrani Palestin juga menjadi sasaran kekejaman Zionis Yahudi.
Bagi kita, umat Muslim, persoalan Palestin adalah persoalan agama, bukan sekadar persoalan kemanusiaan. Banyak alasan mengapa kaum Muslim mesti memandang dan menyelesaikan krisis Palestin sesuai syariah Islam. Di antaranya, majoriti korban genosid oleh entiti Yahudi adalah saudara seiman. Harta dan jiwa mereka terancam bahkan dibunuh oleh kaum Yahudi penjajah. Lalu bagaimana kita tidak mengatakan ini bukan persoalan agama. Padahal Allah SWT telah berfirman:
إِنَّمَا الْمًؤْمِنُوْنَ إِخْوَةٌ
“Sungguh kaum Mukmin itu bersaudara” (TMQ al-Hujurat [49]: 10).
Kemudian Nabi saw. mengingatkan hubungan kasih-sayang sesama Muslim laksana satu tubuh yang mesti saling merasakan penderitaan satu sama lain. Sabda beliau:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan kaum Mukmin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan bahu-membahu adalah seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit maka seluruh anggota tubuh yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak dapat tidur dan demam. “(HR al-Bukhari).
Selanjutnya, tanah Palestin sudah menjadi sebahagian dari wilayah kaum Muslim sejak era Kekhilafahan Umar al-Khattab ra. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Pendeta Sofronius untuk melindungi Palestin dari kehadiran satu orang Yahudi pun di Yerusalem. Permintaan ini datang dari kaum Nasrani Yerusalem kerana sudah merasakan kekejaman Yahudi. Mereka lalu meminta kepada Khalifah Umar al-Khattab ra. untuk mengusir mereka dari Yerusalem. Permintaan ini disepakati oleh beliau. Perjanjian ini masih terus mengikat kaum Muslim sampai Hari Kiamat. Ini sesuai dengan perintah Allah SWT:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ
“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu” (TMQ Al-Maidah [5]: 1).
Nabi Muhammad saw. juga telah mengingatkan umat ini untuk menjaga perjanjian-perjanjian mereka:
وَالْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا
“Kaum Muslim hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati, kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram” (HR al-Bukhari).
Kesimpulannya, janganlah kita tertipu dengan narasi dan pandangan-pandangan yang menjauhkan kita dari agama Allah. Tidak wajar pula kita berulang kali terpedaya oleh tipudaya Barat yang menginginkan krisis Palestin dikembalikan pada PBB. Itu hakikatnya sama dengan menyerahkan nyawa saudara seiman kita untuk kembali disembelih oleh Zionis Yahudi. Sungguh, hanya dengan jihad dan Khilafah persoalan Palestin akan dijawab dan diselesaikan dengan menyeluruh.
WalLâhu a’lam. []
—*—
Hikmah:
Allah SWT berfirman:
وَإِن تُطِعۡ أَكۡثَرَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ
“Jika kamu mengikut kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”. (TMQ al-An’am [6]: 116). []
Sumber: Buletin Kaffah Edisi 317 (19 Rabiul Akhir 1445 H/03 November 2023 M)

