Site icon MuslimahHTM News

[Kenyataan Media] Wahai Tentera Islam! Kemuliaan dan Syurga Sedang Menanti Kalian di Tanah Palestin Yang Diberkati. Mengapa Kalian Tidak Bergegas untuk Meraihnya?

[Kenyataan Media] Wahai Tentera Islam! Kemuliaan dan Syurga Sedang Menanti Kalian di Tanah Palestin Yang Diberkati. Mengapa Kalian Tidak Bergegas untuk Meraihnya?

 

Sudah tiga minggu sejak berlakunya serangan ke atas Gaza, manakala penguasa kaum Muslimin hanya sekadar menjadi penonton dan pengira jumlah yang terkorban. Untuk rekod, ini bukan kali kesepuluh para penguasa ini tidak melakukan apa-apa yang signifikan untuk Palestin, tetapi sudah beratus kali! Betapa khianatnya mereka, tatkala umat Islam mengadakan demonstrasi di mana-mana, malah orang-orang bukan Islam di Barat dan Timur dunia turut berdemonstrasi menyatakan sokongan ke atas Palestin, namun para penguasa ini terus berpeluk tubuh!

Kini, harapan yang tinggal hanyalah pada tentera kaum Muslimin untuk bergerak ke Palestin, seandainya mereka memiliki ketakwaan dan keberanian untuk mengabaikan penguasa mereka yang telah mengkhianati Allah (swt), Rasul-Nya, dan orang-orang beriman. Atas dasar itulah, Hizbut Tahrir / Malaysia (HTM) melakukan demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan usai solat Jumaat pada 27/10/2023, menyeru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berjihad melawan si Yahudi la’natullah, perampas Tanah Palestin yang biadab lagi tidak berperikemanusiaan!

Dalam ucapannya semasa demonstrasi tersebut, Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman menegaskan bahawa ATM bukanlah tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan bukan juga tentera Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), sebaliknya mereka adalah tentera kaum Muslimin, dan tentera Allah (swt). Oleh itu, mereka wajib bergerak apabila kaum Muslimin memanggil mereka, dan mereka wajib bergerak apabila Allah (swt) memerintahkan mereka! Kini, kaum Muslimin di Gaza sedang memanggil mereka, dan Allah (swt) telah lama memerintahkan mereka untuk berjihad melawan musuh-musuh-Nya! Jika tidak sekarang, bilakah lagi masanya untuk mereka berjihad?!

Wahai tentera kaum Muslimin!

Kalian tahu bahawa Allah (swt) telah memuliakan Umar al-Khattab, yang telah membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati melalui jihad, dan Dia (swt) memuliakan pula Salahuddin al-Ayyubi, yang telah membuka semula Palestin daripada pasukan Salib, juga melalui jihad. Justeru, apakah kalian tidak mahu meraih kemuliaan yang sama daripada Tuhan kalian dengan membebaskan Palestin melalui jalan yang sama? Tidakkah kalian nampak bahawa bukan sahaja kemuliaan, bahkan syurga sedang menanti kalian di bumi Palestin? Sungguh, tidak ada lagi kemuliaan dan kemenangan yang lebih tinggi dari itu! Justeru, kenapakah kalian tidak bersegera untuk meraihnya?!

Wahai tentera kaum Muslimin!

Kami menyeru kalian daripada lubuk hati kami, dan kami berharap yang kalian menyaksikan apa yang sedang terjadi di Palestin sekarang, juga dengan lubuk hati kalian. Sekiranya kalian mendengar seruan kami, maka bergegaslah untuk menyelamatkan saudara-saudara kalian, sekali gus membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati. Bergegaslah untuk meraih syurga kalian! Bagaimana pun, jika hati kalian tetap tertutup, kami serahkan urusan kalian kepada Allah (swt) kerana Dialah Sebaik-baik Hakim. Apa pun keputusan kalian, ketahuilah bahawa kami, Hizbut Tahrir, tidak akan pernah berhenti berusaha untuk menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah – perisai umat yang akan menyelamatkannya daripada musuh-musuhnya, dan akan membebaskan tanah-tanahnya dengan segera tatkala ia berdiri sedikit masa lagi, insya Allah.

 

Pejabat Media Hizbut Tahrir Malaysia

Ruj: HTM1445/04

Jumaat, 12 Rabi’ul awal 1445H/27 Oktober 2023

 

Exit mobile version