Site icon MuslimahHTM News

Dokumen Kementerian Perisikan ‘Israel’ Yang Dibocorkan Mencadangkan Pembersihan Etnik Komprehensif di Gaza

Dokumen Kementerian Perisikan ‘Israel’ Yang Dibocorkan Mencadangkan Pembersihan Etnik Komprehensif di Gaza

 

Dokumen yang dibocorkan oleh Kementerian Perisikan Israel mencadangkan pembersihan etnik kira-kira 2.3 juta rakyat Palestin yang tinggal di Semenanjung Gaza sebagai penyelesaian yang berpotensi untuk perang entiti Yahudi terhadap Hamas.

 

Dokumen itu, bertarikh 13 Oktober, diterbitkan oleh laman web berbahasa Ibrani Sicha Mekomit, dan kerajaan ‘Israel’ telah mengesahkan kesahihannya. Menurut “The Times of Israel,” pegawai kerajaan Israel meremehkan dokumen itu, mengatakan ia hanya mewakili “initial thinking”/ idea awal dan bahawa mereka kini memberi tumpuan kepada usaha perang. Rancangan itu bermula dengan pengusiran rakyat Palestin dari Gaza ke Semenanjung Sinai di Mesir.

 

Mula-mula mereka akan tinggal di bandar khemah sehingga bangunan kekal dibina. Pelan itu juga termasuk buffer zone beberapa kilometer lebar di dalam wilayah Mesir supaya rakyat Palestin tidak boleh tinggal di sempadan.

 

Walaupun pegawai kerajaan entiti Yahudi meremehkan dokumen itu dan kewujudannya tidak bermakna ia adalah dasar yang akan dilaksanakan oleh entiti Yahudi, beberapa bahagian cadangan tetap dilaksanakan. Dokumen itu menyatakan bahawa peringkat pertama rancangan itu adalah untuk memindahkan Semenanjung Gaza Utara, yang telah diarahkan oleh entiti Yahudi, dan memberi tumpuan kepada serangan udara di wilayah utara sebelum melakukan pencerobohan darat.

 

Sumber: Pejabat Berita HT (Berita Antarabangsa 1 November 2023).

#ArmiesToAqsa #FreePalestineWithJihadAndKhilafah

Exit mobile version