[Syarah Hadis] Ma’al Hadis ash-Syarif: Hanya Khilafah yang Boleh Membebaskan Masjid-Masjid Itu
Dari Abu Dzar RA berkata,
«سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَوَّلِ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ. قُلْتُ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى. قُلْتُ: كَمْ بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: أَرْبَعُونَ عَامًا، ثُمَّ الْأَرْضُ لَكَ مَسْجِدٌ فَحَيْثُمَا أَدْرَكَتْكَ الصَّلَاةُ فَصَلِّ»
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang masjid yang pertama kali dibangun di muka bumi. Baginda menjawab, ‘Masjidilharam.’ Aku bertanya lagi, ‘Kemudian masjid apa?’ Baginda menjawab, ‘Masjidilaqsa.’ Aku bertanya, ‘Berapa jarak (waktu pembinaan) antara kedua-duanya?’ Baginda menjawab, ‘Empat puluh tahun. Kemudian seluruh bumi bagimu adalah masjid sehingga di mana pun kamu mendapati telah masuk waktu solat, maka solatlah.”[HR Muslim].
Wahai saudara tercinta, Allah SWT melebihkan sebahagian tempat di atas sebahagian tempat yang lain dan sebahagian waktu di atas sebahagian waktu yang lain. Allah SWT melebihkan Ramadhan di atas bulan-bulan yang lain, dan melebihkan Lailatulqadar di atas malam-malam yang lain.
Allah SWT juga melebihkan sebahagian masjid di atas masjid-masjid yang lain. Solat di Masjidilharam memiliki keutamaan seperti solat seratus ribu kali, solat di Masjid Nabawi memiliki keutamaan seperti solat seribu kali, dan solat di Masjidilaqsa memiliki keutamaan seperti solat lima ratus kali. Ini adalah urusan Ilahi yang dikehendaki Allah SWT. Allah SWT telah menjelaskan hal ini di dalam KitabNya dan di dalam Sunnah NabiNya SAW.
Wahai kaum muslim, saat ini umat sedang hidup di dalam penderitaan dan penindasan. Umat yang sedang hidup mengetahui bahawa para penguasanya adalah pengkhianat. Mereka telah menjual umat kepada musuh-musuhnya dengan beberapa dirham sahaja. Umat mengetahui bahawa masjid-masjidnya dijajah, sebahagiannya diduduki oleh Yahudi dan sebahagiannya diduduki oleh keluarga Saud.
Hati umat tertekan oleh pahitnya kezaliman dan penindasan. Betapa ramai anak-anak umat yang ingin melaksanakan ibadah haji, tetapi mereka tidak boleh melakukannya. Betapa ramai anak-anak umat yang dilarang sujud kepada Allah SWT di mihrab Masjidilaqsa. Betapa ramai anak-anak umat yang ingin solat dan sujud di ambang pintunya.
Ya, masjid-masjid yang telah dipilih dan diutamakan oleh Allah SWT di atas yang lainnya itu saat ini sedang diduduki sehingga setiap muslim tidak dapat menjangkaunya. Mereka hanya boleh mengesat air matanya yang mengalir deras ketika melihat Masjidilaqsa dinodai oleh kaki-kaki makhluk Allah paling najis setiap pagi; atau hanya boleh mengesat air matanya yang mengalir deras ketika mereka melihat seorang khatib Masjidilharam ketika dia berbicara kepada umat tentang percutian musim panas, sedangkan rakyat di Syam sedang nazak kerana pengeboman dan mati kerana kezaliman.
Wahai kaum muslim, tidak ada yang boleh membebaskan ketiga-tiga masjid itu, juga tidak ada yang boleh membebaskan kaum muslim dari para penguasa mereka yang telah berkhianat kecuali Khilafah Rasyidah kedua, ‘ala minhājin nubuwah!
Ya Allah, segerakan tertegaknya Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah yang akan menyatukan kaum muslim, serta mengakhiri bencana dan malapetaka yang sejauh ini menyelimuti mereka. Ya Allah, terangilah bumi dengan cahayaMu yang mulia. Allahumma amin.
Sumber: muslimahnews.id

