ISRAEL ADALAH BAYANGAN REJIM-REJIM ARAB
Oleh: Abulwafa Romli
Faktanya, kita perlu hilangkan sistem pemerintahan negara-negara Arab lalu digantikan dengan sistem pemerintahan Islam Khilafah, maka negara Israel pasti hilang. Hal ini kerana negara Israel adalah bayangan dari sistem pemerintahan negara-negara Arab.
“إسرائيل” ظل الأنظمة العربية، فإذا زال الشيئ زال ظله
“Negara Israel adalah bayangan dari sistem pemerintahan negara-negara Arab. Ketika benda itu hilang, maka hilanglah bayangannya”.
(Syeikh Taqiyuddin Annabhani)
Maksudnya, selagi rejim-rejim Arab masih berdiri kukuh menerapkan sistem pemerintahan selain Khilafah, maka mustahil negara Israel dapat ditumbangkan dan dilenyapkan dari dunia.
Oleh itu, untuk memerdekakan Palestin dengan kemerdekaan hakiki dan melenyapkan Israel, tidak ada cara lain selain terus berdakwah dan berjuang sehingga khilafah ala Minhajin Nubuwwah benar-benar berdiri tegak.
Meskipun demikian, kewajipan jihad tetap berlaku sehingga hari kiamat, baik dalam keadaan ada Khilafah mahupun tidak.
عن أنس بن مالك قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ثلاث من أصل الإيمان الكف عمن قال لا إله إلا الله ولا نكفره بذنب ولا نخرجه من الإسلام بعمل والجهاد ماض منذ بعثني الله إلى أن يقاتل آخر أمتي الدجال لايبطله جور جائر ولا عدل عادل والإيمان بالأقدار.
(رواه أبو داود في سننه)
Dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perkara termasuk pangkal iman; 1) menahan diri dari orang yang mengucapkan laa ilaaha illallah, tidak mengkafirkannya sebab dosa dan tidak mengeluarkannya dari Islam sebab amal perbuatannya, 2) jihad itu berlaku sejak Allah mengutusku sampai akhir umatku memerangi Dajjal, tidak boleh dibatalkan oleh penyimpangan orang yang menyimpang dan tidak oleh keadilan orang yang adil, 3) dan iman kepada semua qadar”. (HR Abu Daud).
وعن عمران بن حصين قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين على من ناوأهم حتى يقاتل آخرهم المسيح الدجال. رواه أبو داود
Dari Imron bin Hushain berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berhenti sekelompok dari umatku berperang di atas haq, mereka menang atas orang-orang yang memusuhinya, sampai akhirnya umatku memerangi penjajah Dajjal”. (HR Abu Daud)
وعن جابر بن عبد الله يقول: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة. رواه مسلم
Dari Jabir bin Abdullah berkata: Aku mendengar nabi SAW bersabda: “Tidak akan berhenti sekelompok dari umatku berperang di atas haq, mereka menang sampai hari kiamat”.
Dalam hadis-hadis di atas, para Mujahidin itu akan sentiasa menang. Tetapi, kenapa sampai sekarang Israel masih tetap berdiri? Kerana para Mujahidin sentiasa menerima dan bersetuju dengan tawaran gencatan senjata! Kenapa? Kerana mereka kalah dalam perang politik dan perang pemikiran. Kenapa? Kerana Khilafah ala Minhajin Nubuwwah belum berdiri tegak sehingga belum ada Khalifah yang memimpin mereka dalam perang politik dan perang pemikiran.
Dari sini dapat diketahui, bahawa para Khalifah termasuk Al-Mahdi sebagai Khalifah terakhir nanti mestilah seorang mujtahid dan mujaddid yang rasyid (cerdas) dan mahdiy (mendapat petunjuk / adil). Bukan pemimpi berjilid dan berepisod!
Wallahu A’lam bish showwab
Semoga bermanfaat aamiin
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَأَشْغِلِ الظَّالِمِينَ بِالظَّالِمِينَ، وَأَخْرِجْنَا مِنْ بَيْنِهِمْ سَالِمِينَ وَعلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين
#ArmiesToAqsa #KhilafahWillRiseAgain #FreePalestineWithJihadAndKhilafah
#DemokrasiSistemKufur #PolitikIslam #PerangPemikiran #DemokrasiWarisanPenjajah

