Site icon MuslimahHTM News

BEBASKAN AL-AQSA, SERUKAN KHILAFAH

BEBASKAN AL-AQSA, SERUKAN KHILAFAH

 

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [TMQ Al-Isra’ (17): 1]

 

1. TOLAK SEMUA RUNDINGAN DENGAN ENTITI YAHUDI

Kita mesti menolak semua rundingan dan perjanjian dengan entiti Yahudi. Kita tidak boleh berkompromi walau dengan hanya menyerahkan seinci tanah Palestin, meskipun terjadinya pertumpahan darah sebagaimana kita saksikan sekarang, kerana penyerahan tanah Palestin merupakan satu bentuk ketundukan kepada penjajah, malah merupakan pengiktirafan kepada penjajahan itu sendiri, yang jelas merupakan sebuah keharaman dalam Islam.

 

2. MUHASABAH EJEN-PENGUASA & MENYERU KEDUTAANMEREKA

Para penguasa dunia Islam yang rata-ratanya merupakan ejen Barat, adalah barisan pertahanan hadapan bagi entiti Yahudi. Tekanan perlu diberikan kepada kedutaan negara kaum Muslimin, khususnya negara-negara Arab, untuk memuhasabah penguasa mereka atas diamnya penguasa tersebut dan atas hubungan baik penguasa tersebut dengan entiti Yahudi.

 

3. MENYERU TENTERA ISLAM UNTUK BERGERAK

Penyelesaian Islami untuk Palestin dan semua tanah yang dijajah) adalah dengan bergeraknya tentera kaum Muslimin bagi membebaskan umat Islam dan tanah kita semua. Dahulu, Sallehuddin al-Ayyubi memahaminya dengan jelas, yang telah mengerahkan segenap usaha untuk membebaskan Palestin. Kewajipan jihad ini terletak di bahu penguasa dan tentera kaum Muslimin. Serulah pasukan tentera kaum Muslimin dengan lantang, agar mereka bergerak, kerana merekalah yang memiliki kemampuan material dan kekuatan untuk menghadapi entiti Yahudi dan membebaskan Palestin.

 

4. BERSAMA DENGAN PERJUANGAN GLOBAL MENEGAKKAN KHILAFAH

Apabila penguasa dan tentera tidak bergerak, harapan hanya tinggal pada Khilafah untuk membebaskan Masjidil Aqsa dan kesemua tanah umat Islam yang sedang dijajah. Kita mesti bersama dalam seruan global untuk mengembalikan semula khiíafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah, mendukung, menyeru dan bergabung dalam usaha mulia ini bersama Hizbut Tahrir.

 

#ArmiesToAqsa
#FreePalestineWithJihadAndKhilafah

 

Exit mobile version