PARA PENJAGA TERAKHIR TANAH DIBERKATI
Ketika Khilafah Uthmani masih ada, orang-orang Yahudi tidak berani bersikap kurang ajar, bahkan biadab seperti saat ini. Kerana, para Sultan Uthmani, Khalifah kaum Muslim saat itu benar-benar menjaga tanah yang diberkati ini
Ketika Bapa Zionis Internasional, Theodore Hertzl, meminta sepetak tanah di Palestin, bahkan dengan menjerat dengan wang, namun Sultan Abdul Hamid II, dengan tegas menolak. Ini kerana Palestin bukan tanah beliau, tapi tanah umat Islam, yang telah dibebaskan dengan darah dan air mata.
Khilafah Uthmaniyah membangun Benteng Mengelilingi Kota al-Quds, demi menjaga kesuciannya agar tidak ternodai. Bukan hanya benteng yang dibangun, tetapi pasukan khusus ditugaskan untuk menjaganya. Tentera Uthmaniyah yang terakhir bertugas adalah Hasan Ughdarli (93 tahun). Beliau tetap berjaga di Masjidil Aqsa sampai tahun 1982.
Beliau menolak perintah meninggalkan Masjid al-Aqsa dan kembali ke negerinya, Turki, setelah Khilafah Uthmaniyah runtuh, 3/3/24. Alasannya, “Kerana menjaga al-Quds adalah kewajipan di atas titah.” Ketika beliau ditanya, setelah sekian dekad, tetapi setia menjadi penjaga Masjid al-Aqsa, seperti patung yang kukuh tidak bergerak, beliau menjawab:
“Sampaikan kepada mereka, bahawa saya takut Nabi Shalla-Llahu Alaihi wa Sallama sedih, kerana Kiblat Pertama tak ada lagi yang menjaga.” Hasan Ughdarli akhirnya meninggalkan al-Quds bukan untuk kembali ke negerinya, tetapi memenuhi panggilan Rabbnya, kerana tugasnya telah selesai.
Kini tugas menjaga Tanah yang diberkati itu dipikul oleh kaum Muslim di Palestin, Tebing Barat dan Gaza. Mereka bersumpah tak akan pergi, dan meninggalkan sejengkal tanah suci itu, demi melaksanakan wasiat Nabi. Melaksanakan sebaik-baik jihad, iaitu Ribath. Menjaga dan mempertahankan tanah kaum Muslim. Sebaik-baik Ribath di Gaza, Asqalan.
Di sanalah, kelak seluruh kaum Kafir akan bersatu memerangi kaum Muslim. Di sanalah tempat Malhamah Kubra. Di sanalah keimanan mereka diuji. Di sanalah, pertempuran Dajjal dan para pengikutnya, dengan orang Mukmin, umat Nabi Muhammad Shalla-Llahu Alaihi wa Sallama yang terakhir akan terjadi.
Entah bila? Apakah saat ini, hanya Allah yang Maha Tahu..
@ KH HAFIDZ ABDURRAHMAN

