[Komentar] Pembunuhan Umat Islam Menjadi Hiburan Buat Musuh Islam
Berita:
Pembantaian terhadap umat Islam hari ini sudah memasuki bulan kedua dan pembunuhan telah menjadi lebih parah serta kejam. Pendatang Yahudi yang menghuni kawasan sekitar Palestin duduk di atas bukit Sedrot sambil menjadikan pengeboman rakyat Gaza satu tontonan setiap hari. Tepukan, sorakan secara beramai-ramai sambil menikmati hidangan bertih jagung dan minuman untuk meraikan kematian insan yang tidak bersalah yang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak yang telah dibunuh untuk membuka laluan penjajahan entiti Yahudi.
Komen:
Perbuatan menjijikkan musuh-musuh Islam yang menonton pembunuhan orang-orang beriman sebagai hiburan itu, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Berita dari media sosial oleh pempengaruh dilakukan dengan menari dan menyanyikan lagu-lagu mempromosikan perkauman dan budaya tidak berperikemanusiaan yang dibenci oleh Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh membiasakan diri dengan berita-berita sebegini dan menjadi tidak sensitif, kerana ini adalah salah satu objektif yang diinginkan mereka. “Learned Helplesness” adalah satu konsep psikologi di mana seseorang merasakan dia tidak berdaya untuk melakukan perubahan seterusnya menyebabkan seseorang putus asa, akhirnya menjadi penonton yang pasif terhadap masalah umat. Kita bukanlah seperti mereka yang biasa melihat penderitaan umat sebagai sebuah tontonan. Kita mempunyai objektif yang jelas di mana Allah SWT memerintahkan seruan kepada pihak tentera atas tanggungjawab mereka membebaskan umat dari penindasan. Al-Quran menyebut tentang bangsa yang terkutuk adalah mereka yang mengabaikan perintah Allah SWT dan menjadikan diri mereka sendiri serta ciptaan-Nya sebagai objek penyembahan. Walaubagaimanapun manusia boleh menjadi sebaik-baik umat ketika kita menundukkan segala perasaan dan tindakan di bawah perintah Allah SWT, tanpa memikirkan kesusahan dan kesannya.
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran [3] : 110)
Wahai Umat Islam, janganlah kalian melupakan hari kembalinya kita kepada Allah SWT dan tempat yang kekal abadi iaitu akhirat di mana kita akan dibangkitkan semula bersama dengan orang-orang beriman dan berusahalah untuk mengembalikan Khilafah di atas jalan kenabian.
Ditulis untuk Media Pusat Hizbut Tahrir oleh Imrana Mohammad
Anggota Media Pusat Hizbut Tahrir
#ArmiesToAqsa

