Boikot Yahudi? Mesti Sepenuhnya!
Penulis: Nida Alkhair
Serangan entiti Yahudi terhadap Palestin semakin membabi buta. Hingga Selasa (14-11-2023), warga Palestin yang syahid mencapai 11,180 orang, daripada jumlah itu 4,609 merupakan anak-anak dan 3,100 wanita. Sementara itu, 28,200 orang yang cedera.
Menanggapi kekejian Zionis Yahudi terhadap penduduk Palestin, MUI mengeluarkan Fatwa MUI No. 83/2023 tentang Hukum Dukungan terhadap Perjuangan Palestin yang ditandatangani pada 8 November 2023. MUI dengan tegas memfatwakan bahawa mendukung perjuangan kemerdekaan Palestin atas tindakan keganasan Yahudi hukumnya wajib.
Pada intinya, fatwa tersebut mewajibkan seluruh muslim untuk mendukung sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin dan memboikot seluruh aktiviti yang akan mendukung Israel dalam keganasan militer, baik secara langsung mahupun tidak.
Umat Islam juga diingatkan agar menghindari segala bentuk transaksi jual beli dan penggunaan produk entiti Yahudi atau yang mempunyai hubungan dengan entiti Yahudi, serta yang mendukung penjajahan dan zionisme.
Sejak terjadinya serangan entiti Yahudi terhadap Palestin Oktober lalu, aksi boikot terhadap produk-produk terkait Yahudi telah diserukan di berbagai negeri muslim seluruh dunia.
Tujuan boikot adalah untuk mencegah adanya aliran dana dari pengguna muslim melalui produk pro Yahudi kepada entiti Yahudi. Jika dilakukan secara masif oleh muslim sedunia, diharapkan dapat membantu Palestin.
Banyak umat Islam yang menyambut seruan boikot ini. Masyarakat saling berkongsi senarai produk yang prerlu diboikot, juga berkongsikan produk lain yang dapat menggantikannya. Ini menunjukkan antusiasme umat Islam dalam mendukung pembebasan Palestin.
Rakyat Empati, Pemerintah Mati Hati
Gerakan boikot produk pro Yahudi menunjukkan adanya ghirah perjuangan pada diri umat Islam. Meski jauh di mata, sejatinya Palestin dekat di hati umat. Umat sedang mengamalkan perintah Allah dalam surah Al-Hujurat: 10, “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.”
Oleh kerana itu, umat akhirnya mewujudkan solidariti sesama muslim dengan melakukan aksi boikot. Melalui media sosial, umat Islam juga gencar menyuarakan penolakannya terhadap penjajahan entiti Yahudi di Palestin—meski media Barat kerap membungkam. Umat juga mengumpulkan sumbangan (duit, makanan, ubat-ubat dll) dan berdoa bersama-sama untuk Palestin.
Semua itu memang kapasiti yang boleh dilakukan oleh umat Islam yang merupakan individu-individu awam tanpa kekuasaan mahupun kekuatan. Apalagi umat melihat bahawa penguasa di negeri mereka tidak melakukan pembelaan yang nyata terhadap umat Islam di Palestin.
Sebenarnya, gerakan boikot ini akan lebih efektif jika dilakukan secara menyeluruh oleh negara. Pemerintah sesebuah negara boleh melarang produk-produk pro Yahudi dari beredar di pasaran, juga memutuskan hubungan perdagangan dengan entiti Yahudi tersebut dan negara-negara pendukungnya, seperti Amerika Syarikat. Bukan hanya itu, negara juga boleh memutuskan hubungan diplomatik dengan semua negara yang mendukung Yahudi. Inilah bentuk boikot yang konkrit.
Boikot yang negara lakukan akan efektif melemahkan Yahudi kerana negara memiliki kekuatan politik. Negara mempunyai kekuatan untuk membuat aturan yang memaksa para pengusaha produk dan pengimport produk pro Yahudi agar menghentikan usahanya dan melakukan usaha lain.
Namun, realitinya negara tidak melakukan boikot tersebut, walaupun sebenarnya negara boleh. Keengganan pemerintah memboikot produk pro Yahudi disebabkan kerana negara terjajah secara ekonomi. Negara bergantung pada para kapitalis untuk menjaga kepentingan para pelabur. Negara juga membuat peraturan yang menghamba pada kepentingan oligarki sehingga tidak berani memboikot produk yang pro Yahudi.
Ironinya, pada saat umat Islam di Palestin bersabung nyawa, sebahagian para pemimpin umat Islam justeru bermesraan dengan kapitalis oligarki yang mendanai Yahudi untuk mengebom Palestin.
Jika Islam menjadi dasar sesebuah negara, mereka bukan setakat mampu untuk memboikot produk pro Yahudi, malah boleh menghantar tentera, bukan setakat menjadi penjaga perdamaian, tetapi untuk melakukan jihad fi sabilillah bagi menghapuskan penjajah Zionis Yahudi dan membebaskan Palestin. Banyak negara umat Islam harini yang mempunyai kekuatan tentera, dan mereka mampu untuk melakukan itu semua.
Firman Allah SWT., “Persiapkanlah untuk (menghadapi) mereka apa yang kamu mampu, berupa kekuatan (yang kamu miliki) dan pasukan berkuda. Dengannya (persiapan itu) kamu membuat gentar musuh Allah, musuh kamu, dan orang-orang selain mereka.” (TMQ Al-Anfal: 60).
Sayangnya, pemerintah umat Islam hari ini seolah telah mati hati. Memang kelihatan mereka hadir pada aksi bela Palestin, tetapi mereka tidak menggunakan kekuasaannya untuk membela Palestin. Pembelaan mereka berhenti pada memberikan doa dan sumbangan derma, tindakan yang termasuk dalam kapasiti rakyat, bukan kapasiti sebagai seorang pemimpin yang berkuasa.
Bungkam kerana Nasionalisme
Para pemimpin muslim saat ini hanya boleh mengecam di berbagai forum, padahal yang diperlukan untuk membebaskan Palestin adalah tindakan ketenteraan, bukan sekadar memberikan kecaman. Jika hanya mengecam Zionis, negara-negara non-muslim juga melakukannya.
Kita boleh melihat AS secara penuhnya mendukung Yahudi. Dewan Perwakilan Rakyat AS, pada Khamis (2-11-2023) telah bersetuju dengan pakej bantuan ketenteraan bernilai 14.3 miliar US dolar untuk Yahudi. (Antara News, 3-11-2023). Namun, tidak ada satu pun negeri-negeri muslim yang memberikan bantuan ketenteraan pada Palestin. Bantuan yang ada hanya berupa logistik dan kain kafan.
Bungkamnya para penguasa muslim ini terjadi kerana mereka telah terjajah oleh nasionalisme. Idea ini dihembuskan oleh penjajah Barat ke dunia Islam untuk memecahbelah wilayah Khilafah Uthmaniyah menjadi lebih dari 50 buah negara bangsa pada awal abad ke-20.
Nasionalisme juga yang kini membelenggu negeri-negeri muslim sehingga tidak acuh pada penderitaan umat Islam di negeri yang lainnya, seperti penderitaan muslim Palestin, Uighur, Rohingya, dan sebagainya.
Akibat nasionalisme juga, umat Islam terkontang kanting laksana buih di lautan. Umat Islam juga menjadi santapan Barat tanpa ada pelindung. Keadaan ini tidak pernah terjadi ketika umat Islam masih bersatu di bawah institusi Khilafah Islamiyah.
Sang Junnah
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seorang imam itu (laksana) perisai. Dia akan dijadikan perisai dan orang akan berperang di belakangnya, dan digunakan sebagai perisai. Jika dia memerintahkan takwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan adil, maka dengannya dia akan mendapatkan pahala. Namun, jika dia memerintahkan yang lain, maka dia juga akan mendapatkan dosa/azab kerananya.” (HR Bukhari dan Muslim).
Daulah Islam, sejak masa Rasulullah saw. telah merancang pembebasan wilayah Palestin (Al-Quds) dari penjajahan Romawi. Pembebasan itu terealisasi pada masa Khalifah Umar bin Khattab secara damai setelah beliau mengirimkan pasukan ke Al-Quds. Khilafah kembali membebaskan Al-Quds, setelah sempat dikuasai pasukan salib, dengan mengirimkan pasukan di bawah komando Salahuddin al-Ayyubi pada 1187.
Kini, Al-Quds kembali terjajah setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyah sebagai sang junnah (perisai) pada 1924. Kini umat Islam tidak boleh berharap pada negara-negara bangsa—meski jumlahnya banyak—untuk mengirim pasukan membebaskan Palestin. Umat juga tidak boleh berharap pada organisasi antarabangsa, seperti PBB dan OIC, yang terbukti mandul.
Umat saat ini hanya boleh melakukan aksi boikot sebagai bentuk keberpihakan pada Palestin dan perlawanan terhadap Yahudi. Namun, boikot bukanlah solusi hakiki. Solusi hakiki atas penjajahan Yahudi adalah jihad fi sabilillah untuk mengalahkan entiti Yahudi.
Satu-satunya institusi yang akan menggelorakan jihad membebaskan Palestin adalah Khilafah. Sejarah telah membuktikannya. Oleh kerananya, tidak cukup hanya boikot, umat juga perlu bangkit dan berusaha mewujudkan kembali institusi Khilafah ini secara nyata dengan memberikan dukungan politik terhadap Daulah Khilafah sang pembebas Palestin. Wallahualam bissawab.
*Diterjemah dan diolah
#ArmiesToAqsa #AlAqsaStorm #TegakKhilafah #FreePalestine #KhilafahSolusiTunggal

