Site icon MuslimahHTM News

Belajar dari Ketangguhan Pemuda Palestin

Belajar dari Ketangguhan Pemuda Palestin

Penulis: Shezan A. Gerung

Perang yang sedang berlaku di Palestin kini menyajikan pelbagai kisah yang menyentuh perasaan. Di tengah-tengah peperangan ini juga, muncul sosok-sosok pemuda Islam yang berani. Mereka berjihad menentang penyembelih iaitu entiti Zionis laknatullah.

Boleh jadi mujahid muda ini tidak menyedari keberanian mereka telah mencuri perhatian pemuda Islam lain di pelbagai pelusuk dunia. Malah, semangat juang mereka amat wajar dicontohi dan menjadi role model kepada pemuda Islam hari ini.

Semangat yang ada pada mereka sudah pasti tidak muncul begitu sahaja. Selain suasana di Palestin -terutamanya Gaza- yang kental dengan suasana keimanan, terdapat didikan ibu bapa yang sentiasa mendekatkan semangat jihad yang mereka warisi daripada kisah Rasulullah SAW. dan para sahabat.

Pemuda Palestin sangat menyedari bahawa tanah tempat tinggal mereka adalah kawasan yang penuh keberkatan. Tanah mereka adalah tanah para Nabi, tempat Rasulullah SAW. memulakan perjalanan semasa Israk Mikraj dan merupakan kiblat pertama bagi umat Islam. Pemuda di Palestin juga memahami bahawa tanah mereka telah menulis kisah tentang penentangan terhadap orang kafir.

Itulah sebabnya mereka terus melancarkan penentangan terhadap entiti Zionis. Selain tidak redha dengan tanah suci Palestin yang diduduki oleh Zionis, mereka juga enggan menyerah kalah sehingga ke titisan darah terakhir. Inilah karakter sebenar pemuda Islam. Sepanjang sejarah tamadun, Islam telah mewarisi kisah-kisah pejuang Islam yang tangguh dan berani.

Belajar dari para Sahabat

Di sebalik potret pemuda masa kini yang hedonistik dan liberal, pemuda di Palestin menampilkan sosok pemuda yang berbeza. Begitulah ketika Islam menjadi pedoman hidup. Jika kita mendalami kisah-kisah para sahabat, pasti kita akan kagum dan cemburu pada masa yang sama.

Semangat mereka berkobar-kobar dan keinginan mereka untuk mendapatkan gelaran syahid sangat membara. Mati di medan perang adalah keinginan tertinggi yang dianggap aneh oleh orang kafir. Ketika kaum kafir menuju ke medan perang dengan penuh ketakutan, umat Islam malah sebenarnya maju menyambut kematian. Bahkan para sahabat bersedih ketika perang berakhir tetapi mereka belum syahid. Masya-Allah.

Malah, ada juga kaum kafir yang lari dari medan perang kerana takut mati. Seperti tentera Yahudi yang hari ini nampak berani kerana kekuatan teknologi semata. Pasti, mereka tidak mempunyai banyak keberanian ketika memerangi para mujahid.

Pada zaman Rasulullah SAW., selain mempunyai semangat jihad yang membara, para sahabat juga tidak teragak-agak untuk meninggalkan kehidupan stabil yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. Demi Islam, mereka sanggup meninggalkan segala kemewahan dunia. Salah seorang di antara mereka ialah Mus’ab bin Umair.

Beliau ialah seorang pemuda yang kaya-raya, kacak, dan terbiasa hidup dalam kesenangan duniawi. Dia merupakan salah seorang di antara pemuda yang tampan dan kaya-raya di Kota Mekah. Kemudian apabila Islam datang, dia “menjual” dunianya untuk kebahagiaan abadi di akhirat.

Abu Hurairah meriwayatkan, “Setelah Perang Uhud selesai, Rasulullah SAW. mencari sahabat-sahabatnya yang gugur. Apabila melihat jasad Mus’ab bin Umair yang syahid dengan keadaan yang menyedihkan, beliau berhenti lalu mendoakan kebaikan untuknya.

Setelah itu, beliau SAW. berkata kepada jasad Mus’ab, “Sesungguhnya, aku melihatmu ketika di Mekah, tidak ada seorang pun yang lebih baik pakaiannya dan kemas penampilannya daripada engkau. Dan sekarang, rambutmu kusut dan (pakaianmu) kain burdah (jubah daripada bulu biri-biri).”

Tidak ada sehelai pun kain kafan untuk menutupi jasadnya kecuali sehelai burdah. Jika diletakkan di atas kepalanya, terbukalah kedua kakinya. Sebaliknya, jika ditutup ke kakinya, terbukalah kepalanya. Kemudian, Rasulullah SAW. bersabda, “Tutuplah bahagian kepalanya dan tutuplah kakinya dengan rumput idzkhir.” Masya-Allah.

Jika hari ini para idola pemuda pemudi berdasarkan rupa dan populariti, jauh berbeza dengan generasi muslim Palestin. Kesetiaan mereka kepada Allah SWT. telah mengagumkan penduduk bumi dan langit. Nama mereka mewangi sepanjang sejarah.

Oleh itu, sekali lagi kita patut belajar dari pemuda Palestin. Selain dapat mengembalikan karakter pemuda Islam yang berani, mereka juga layak menjadi inspirasi kepada pemuda Islam yang lain. Jadi, apakah rahsianya agar menjadi yang pemuda tangguh dan berani?

Rahsia Keimanan Generasi Syuhada

Islam sememangnya telah melahirkan ramai generasi tangguh. Keimanan adalah kunci ketangguhan mereka. Asas keimanan yang mereka miliki inilah yang menjadikan mereka sosok yang unik. Mereka membesar sebagai sosok pemuda yang sangat takut dan patuh kepada Pencipta.

Islam adalah motivasi hidup mereka. Semangat keimanan yang membara membuat mereka mampu bertahan di tengah-tengah serangan kaum Yahudi. Keimanan juga yang menguatkan keinginan mereka untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah Taala.

Pemuda Palestin melihat dunia dengan iman. Itulah sebabnya, mereka berbondong-bondong merelakan diri mereka sebagai syahid. Bukan sahaja untuk membebaskan Palestin tetapi juga untuk menunjukkan erti keimanan kepada seluruh umat Islam. Ini bermakna bahawa mereka masih mewarisi syariat Islam berkenaan jihad.

Sudah tentu kita tidak cukup untuk menjadi penonton dan pengagum para mujahid di Palestin. Sebagai pemuda Islam, kita juga wajib perbaiki diri. Mempelajari dan memahami syariat Islam adalah perkara utama. Jangan putus asa dalam mempelajari Islam. Teruslah belajar sehingga menemui hakikat keimanan seperti yang dimiliki oleh pemuda di Palestin.

 

Insya-Allah suatu hari nanti, semua pemuda akan bergerak sehingga Islam dan umat Islam bersatu di bawah panji Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah. Allahu Akbar!

Sumber:

[Dunia Remaja] Belajar dari Ketangguhan para Pemuda Palestina

#PemudaPalestin #PemudaIslam #ImanYangMantap #SyahidDiJalanAllah #PemudaBerani

Exit mobile version