Site icon MuslimahHTM News

Bagaimana Semangat Islam Melawan Penjajahan?

[Soal Jawab] Bagaimana Semangat Islam Melawan Penjajahan?

Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman

 

Soalan:

Bagaimana semangat perlawanan Islam terhadap penjajahan? Boleh dijelaskan, bentuk-bentuk perlawanan Islam terhadap penjajahan, baik secara fizikalal mahupun non-fizikalal?

 

Jawapan:

Penjajahan di dunia boleh dibahagi menjadi dua. Pertama, penjajahan fizikalal. Kedua, penjajahan non-fizikalal. Penjajahan fizikal dilakukan dengan pendudukan (ihtilaal); dengan menduduki wilayah, menguasai sumberdaya alam, menundukkan sumberdaya manusianya, kemudian mengawal kekuasaan tentera, politik, pemerintahan, ekonomi, sosial, dan sebagainya.

 

Penjajahan non-fizikal dilakukan melalui pemikiran, pendidikan, budaya, dan soft power yang lainnya. Biasanya dilakukan dengan menggunakan strategi dan ejen. Strategi ini merupakan uslub, sedangkan ejen merupakan wasilah-nya. Mereka ditanam di semua sektor; mulai dari sektor politik, pemerintahan, tentera, ekonomi, budaya, agama, undang-undang dan sebagainya.

 

Kerana itu meski secara de jure negeri-negeri kaum Muslim sudah dinyatakan merdeka, secara de facto ternyata masih tetap terjajah. Secara de jure penjajahan fizikal kelihatan tidak ada. Ini kerana mereka telah meninggalkan negeri kaum Muslim. Namun, secara de facto pemikiran, mindset dan cara pandang penjajah itu tetap dipertahankan oleh koloni penjajah ini. Bahkan tidak malu, mereka mengundang penjajah itu untuk menguasai dan mengaut negerinya, dengan menggunakan berbagai istilah yang menipu, “investasi”, atau “negara penderma”, dan sebagainya.

 

Persoalannya, bagaimana semangat perlawanan Islam terhadap segala bentuk penjajahan ini? Jawapannya terletak pada semangat ubudiyah (penghambaan), yang terpahat para kalimat, “Laa Ilaaha illaa-Llaah, Muhammad Rasuulu-Llaah” (Tidak ada yang berhak disembah, dan dijadikan tempat mengabdikan diri, kecuali Allah. Muhammad adalah utusan Allah).

 

Penjajahan, baik fizikal mahupun non-fizikal, sesungguhnya merupakan manifestasi dari isti’baad (perhambaan), iaitu menjadikan manusia sebagai hamba manusia. Kerana itu Islam telah mengharamkan penjajahan. Allah SWT berfirman:

 

إِنَّنِيٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعۡبُدۡنِي ١٤

“Sungguh Aku adalah Allah. Tidak ada tuhan yang lain, selain Aku. Kerana itu sembahlah Aku.” (TMQ Thaha [20]: 14).

 

Imam ath-Thabari menjelaskan:

“Innanii Anaa AlLaah (Sungguh Aku adalah Allah).” Maknanya: Allah menyatakan, “Sungguh Akulah Tuhan Yang berhak disembah.” Tak ada penghambaan kecuali kepada Dia. Tidak ada satu pun tuhan, kecuali Aku. Kerana itu janganlah kalian menyembah yang lain, selain Aku. Sungguh tidak ada yang berhak menjadi tempat menghambakan diri, yang boleh dan layak dijadikan sembahan, selain Aku. “Fa’budnii (Kerana itu sembahlah Aku).” Maknanya: Allah menyatakan, “Murnikanlah ibadah hanya kepada-Ku, bukan sesembahan lain, selain Aku.” [1]

 

Kalimat Tauhid itu telah terpahat di dalam hati setiap orang Islam. Hanya saja, refleksi dari kalimat tauhid itu ada yang kuat, ada yang tidak, bergantung pada kejernihan pemahaman masing-masing. Jika tauhid mereka murni dan jernih, kemudian pemahaman yang terbentuk dari sana juga jernih, maka tauhid itu akan membangkitkan perlawanan mereka. Inilah yang tampak dari kalimat Rub’i bin ‘Amir kepada Rustum:

 

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدّنيا إلى سعتها، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه حتّى نفيء إلى موعود الله

“Allah telah mengirim kami untuk membebaskan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan diri kepada manusia menuju penghambaan diri kepada Allah; dari sempitnya dunia menuju dunia yang luas; dari kezaliman agama-agama yang ada menuju keadilan Islam. Lalu Dia mengirim kami dengan mengemban agama-Nya ini kepada seluruh makhluk-Nya agar kami boleh mengajak mereka memeluknya. Siapa saja yang menerima agama ini, kami pun menerima pengakuannya dan akan membiarkan dirinya. Namun, siapa saja yang tidak mahu, kami pun akan memerangi dirinya sehingga kami boleh memenuhi apa yang telah Allah janjikan.”[2]

 

Dengan semangat tauhid itu, seorang Muslim akan mempunyai ‘izzah (kehormatan dan kemuliaan). Tidak ada siapapun yang boleh menghina dan menginjak-injak kehormatan-nya. Allah SWT berfirman:

 

وَلِلَّهِ ٱلۡعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَلَٰكِنَّ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ لَا يَعۡلَمُونَ  ٨

“Hanya milik Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukmin kemuliaan itu. Namun, kaum munafik tidak mengetahuinya.” (TMQ al-Munafiqun [63]: 8).

 

Darah, harta dan kehormatan mereka wajib dijaga dan dipertahankan hingga nyawa menjadi taruhannya. Kerana itu Nabi saw. bersabda:

فإنَّ دِمَاءَكُمْ، وأَمْوَالَكُمْ، وأَعْرَاضَكُمْ، وأَبْشَارَكُمْ، علَيْكُم حَرَامٌ، كَحُرْمَةِ يَومِكُمْ هذا، في شَهْرِكُمْ هذا، في بَلَدِكُمْ هذا

“Sungguh darah kalian, harta kalian, kehormatan kalian dan kulit kalian merupakan kesucian bagi kalian, sebagaimana kesucian hari kalian ini, pada bulan kalian ini dan di negeri kalian ini.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

 

Bahkan kaum Muslim yang mati kerana mempertahankan agama, harta dan kehormatannya dinyatakan oleh Nabi saw. sebagai syahid:

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فهوَ شَهيدٌ، ومَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِه فهوَ شَهيدٌ، ومَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فهوَ شَهيدٌ، ومَنْ قُتِلَ دُونَ أهلِهِ فهوَ شَهيدٌ

“Siapa saja yang terbunuh kerana membela hartanya, maka dia syahid. Siapa saja yang terbunuh kerana membela agamanya, maka dia syahid. Siapa saja yang terbunuh kerana membela darahnya, maka dia syahid. Siapa saja yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid.” (HR at-Tirmidzi).

 

Kerana itu Islam telah menetapkan jihad sebagai metod tetap (satu-satunya cara) untuk mengemban dan mempertahankan Islam. Allah berfirman:

 

وَقَٰتِلُوهُمۡ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتۡنَةٞ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ كُلُّهُۥ لِلَّهِۚ ٣٩

“Perangilah mereka [kaum kafir] itu hingga tidak ada lagi fitnah [kekufuran] dan agama ini semuanya menjadi milik Allah.” (TMQ al-Anfal [8]: 39).

 

Jihad adalah mengerahkan seluruh daya dan upaya dalam perang fizikalal melawan kaum kafir untuk menegakkan kalimah Allah, baik dengan harta, pemikiran mahupun yang lain. Jihad, dalam pandangan Islam, ada yang besifat ofensif, seperti penaklukan, dan hukumnya fardhu kifayah. Ada juga yang bersifat defensif, untuk mempertahkankan agama, harta, kehormatan, dan lain-lain, dan hukumnya fardhu ain.

 

Selama kaum Muslim masih mempunyai akidah Islam yang terpahat dengan kuat di dalam jiwanya, dan jernih, sehingga pemahamannya mengkristal di dalam dirinya, maka selama itu mereka tidak akan boleh dijajah. Hanya saja, kaum kafir tahu, bagaimana caranya menjajah dan menguasai kaum Muslim, iaitu menggunakan ejen-ejen mereka, kaum munafik, yang boleh mereka beli. Melalui mulut dan tangan merekalah para penjajah itu akhirnya boleh menguasai dan menjajah negeri-negeri kaum Muslim, seperti saat ini.

 

Kerana itu, Islam satu-satunya kekuatan di muka bumi ini yang tak boleh dikalahkan oleh musuh, khususnya negara-negara kafir penjajah Barat. Kerana kesedaran itulah mereka menaklukkan kaum Muslim dengan menaburkan racun, yang meracuni pemikiran kaum Muslim, sehingga melemahkan kekuatan mereka, termasuk semangat perlawanan Islam yang terpahat di dalam jiwa mereka.

WalLaahu a’lam.

 

Catatan kaki:

1        Ibn Jarir a-Thabari, Tafsir at-Thabari, Q.s. Thaha: 14.

2        Ibn Jarir a-Thabari, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Juz III/520; Ibn Katsir, al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz VII/39.

Exit mobile version