Site icon MuslimahHTM News

HATI WANITA

HATI WANITA

Oleh : KH Hafidz Abdurrahman, MA

 

Musthofa Shadiq ar-Rafii, seorang penulis Mesir, yang karyanya mendapat penghargaan luar biasa, dalam kitabnya, “Wahyu al-Qalam” menggambarkan wanita dengan kalimat yang sangat indah

 

من أجل أنها أنثى قد خلقت لتلد، خلق لها قلب يحمل الهموم، ويلدها، ويربيها

Kerana dia adalah seorang perempuan, dia benar-benar telah diciptakan untuk melahirkan. Dia juga telah diciptakan dengan memiliki hati, yang sanggup memikul beban kesedihan, melahirkan dan menangani kesedihannya

 

من أجل أنها أعدت للأمومة، تتألم دائما في الحياة آلاما فيها معنى انفجار الدم

Kerana dia telah dipersiapkan menjadi ibu, maka dia juga disiapkan selalu mengalami penderitaan dalam hidupnya. Penderitaan yang mengandung makna, “Ledakan darah”

 

من أجل أنها هي التي تزيد الوجود، يزيد هذا الوجود دائما في إحزانها

Kerana dialah yang menjadikan wujud ini lebih bermakna, maka wujud ini akan terus bertambah maknanya dalam perasaan sedihnya

 

وإذا كانت بطبيعتها تقاسي الأم لا يطاق حين تلد فرحها، فكيف بها في الحزن

Jika seorang ibu secara fitrahnya memang selalu menderita, maka ketika melahirkan pun tak tertanggung menampakkan kegembiraan. Lalu, bagaimana ketika dia bersedih?

 

Kerana itu, kata Ar-Rafii, tabiat wanita itu, ada pada fizikalnya (termasuk perasaannya) bukan akalnya. Kerana itu, perempuan menjadi tempat, di mana kehidupan itu dibentuk. Walaupun faktanya, perempuan itu tetaplah memiliki kekurangan, yang hanya boleh disempurnakan dengan kehadiran lelaki, yang tabiat dasarnya itu ada pada akal dan kekuatannya

 

Itulah mengapa, kata Ar-Rafii, bagi lelaki, perempuan itu semakin tampak feminim akan menambah daya keperempuanannya. Sementara, di mata perempuan, seorang lelaki sebaliknya dinilai kurang, ketika kemaskulinannya berlebihan.

 

Begitulah, Allah ciptakan pasangan yang sempurna. Maka

الحياة الحياة، إذا أنت لم تفسدها جاءتك دائما هداياها

Hidup, jika anda tidak merosakannya, maka dia akan selalu memberikan hadiahnya untukmu!

Exit mobile version