Site icon MuslimahHTM News

Keutamaan Membaca, Mempelajari dan Mengamalkan Al-Quran

[Nafsiyah] Keutamaan Membaca, Mempelajari dan Mengamalkan Al-Quran

Penulis: Ustaz Arief B. Iskandar

 

Al-Quran merupakan pedoman hidup setiap muslim yang juga merupakan kitab yang dapat menghidupkan jiwa dan menenangkan hati. Al-Quran mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dengan izin Allah SWT. Sesiapa yang bercakap tentang al-Quran akan dipercayai, mengamalkan al-Quran akan berbahagia, yang memutuskan hukum dengan al-Quran pasti akan berlaku adil dan siapa yang berdakwah dengan al-Quran bermakna dia telah menunjukkan jalan yang lurus kepada manusia.

 

Al-Quran adalah sebaik-baik bekalan bagi setiap muslim. Melalui al-Quran, hati akan menjadi lapang. Melalui al-Quran juga, dunia akan menjadi hina bagi para aktivisnya ketika berada di jalan Allah SWT. Dia akan sentiasa bercakap benar dan tidak takut dengan kritikan.

 

Oleh itu, membaca, mempelajari dan mengamalkan al-Quran adalah keutamaan. Mengenai keutamaan belajar dan mengajar al-Quran, Rasulullah SAW bersabda,

“Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.” [HR Al-Bukhari].

 

Kemudian mengenai keutamaan membaca al-Quran, Rasulullah SAW juga bersabda,

 

“Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, maka dia akan mendapatkan satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas sepuluh kali ganda. Saya tidak mengatakan “Alif Lam Mim” itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” [HR At-Tirmidzi].

  

Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa  taat kepada Allah  dan bagi yang membaca al-Quran, namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya, maka untuknya itu dua ganjaran. [HR Muslim]

 

Rasulullah SAW bersabda,

“Kelak (akhirat) akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran nanti, “Bacalah dan naiklah serta tartilan sebagaimana engkau di dunia mentartilnya kerana kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”[HR Abu Daud dan At-Tirmidzi]

 

Sumber: ariefbiskandar

Exit mobile version