Site icon MuslimahHTM News

Cara Mengakhiri Penjajahan Yahudi Zionis

Cara Mengakhiri Penjajahan Yahudi Zionis

 

Status negara Yahudi Zionis di tanah Palestin adalah batil kerana negara haram penjajah ini dilahirkan dan direstui oleh negara-negara besar di dunia seperti England dan Amerika Syarikat. Mengakui kewujudannya adalah haram. Kerana itu, sangat memalukan dan menyedihkan apabila ada negara-negara umat Islam yang ikut mengakuinya.

 

Penjajahan ini hendaklah diakhiri secepat mungkin. Setiap jengkal tanah Palestin wajib dibebaskan dari penjajahan entiti Yahudi sebagai wujud dari pelaksanaan perintah Allah SWT. dan meneruskan isi perjanjian Umariyyah antara Amirul Mukminin Umar Bin Khattab ra. dengan

Pemimpin Gereja Jerusalem, Sofronius.

 

Negara Zionis Itu Lemah!

 

Entiti Yahudi yang sering dianggap sebagai negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat dan canggih itu akhirnya terbukti lemah. Serangan para pejuang Islam pada 7 Oktober telah membongkar fakta bahawa Israel bukanlah negara yang kuat dan hanya naratif palsu ciptaan Barat untuk menakut-nakuti kaum muslim. Sistem pertahanan Iron Dome yang digembar-gemborkan canggih ternyata boleh ditembus oleh para pejuang muslim. Pasukan dan kenderaan ketenteraan mereka yang khabarnya hebat juga dapat dihancurkan. Allah SWT telah memperlihatkan bahawa mudah saja bagi-Nya untuk menghancurkan kaum kuffar.

 

Selain dibelasah secara ketenteraan, ekonomi negara Zionis turut terjejas. Menteri Kewangan Yahudi Bezalel Smotrich berkata negaranya mengalami kerugian akibat perang sekitar AS$246 juta atau lebih kurang RM1 bilion sehari.  Negara ini mengalami defisit bajet sehingga 22.9 bilion shekel atau sekitar 6 bilion dolar AS pada Oktober 2023. Sementara itu, hasil negeri Zionis sepanjang bulan lalu jatuh 15.2%.  Entiti Yahudi menyatakan bahawa mereka telah membelanjakan sekitar US$ 51 bilion atau bersamaan dengan RM 238 bilion (kadar pertukaran RM 4.67 per USD) untuk memerangi Hamas.  Pendek kata, Zionis dalam Palestin diancam muflis!

 

Inilah yang telah difirmankan oleh Allah Taala,

 

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

 

“Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.” [TMQ Al-Anfaal (8): 36]

 

Akhiri Penjajahan

 

Dengan itu, sudah saatnya pendudukan mereka di atas tanah Palestin sebagai negara penjajah diakhiri. Menerima gencatan senjata atau penyelesaian dua negara sebenarnya adalah satu penghinaan kerana ia mengekalkan penjajahan Yahudi Zionis. Tanpa kompromi, halau mereka keluar dari tanah air kaum muslim.

 

Jika umat Islam khususnya pemerintahnya benar-benar mempunyai keikhlasan dan keazaman yang kuat untuk menamatkan penjajahan Yahudi, ia bukanlah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan kerana negara itu adalah parasit yang hidup dengan menghisap bantuan dari negara Barat, dan dari kebaculan pemimpin dunia Arab dan Islam. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh umat Islam untuk menghapuskan penjajahan oleh entiti Yahudi.

 

Pertama, segera batalkan semua perjanjian damai atau hubungan dua hala dengan Zionis dan buang semua wakil/duta dan konsulat mereka dari negara umat Islam. Haram menjalinkan sebarang hubungan dengan negara kafir yang sebenarnya memerangi orang Islam (muhariban fi’lan).  Allah SWT. telah memerintahkan umat untuk memerangi mereka, bukan berdamai dengan mereka.  FirmanNya,

 

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ

 

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.” [TMQ Al-Baqarah (2): 190]

 

Syariat Islam juga melarang kaum muslim bersikap lemah lalu mengajukan perdamaian dengan negara kafir yang memerangi mereka. Firman Allah,

 

فَلَا تَهِنُواْ وَتَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱلسَّلۡمِ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ وَٱللَّهُ مَعَكُمۡ وَلَن يَتِرَكُمۡ أَعۡمَٰلَكُمۡ

 

“Janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.” [TMQ Muhammad (47): 35]

 

Kedua, hentikan segala bentuk kerjasama perisikan dengan negara Zionis, kemudian tutup semua akses darat, laut dan udara baik dari atau ke negara itu.  Jika semua negara umat Islam bersatu untuk melakukan ini, ia akan mengasingkan negara Zionis daripada dunia antarabangsa.  Zionis tidak boleh pergi dan tiada siapa boleh masuk ke wilayah mereka.

 

Ketiga, menghentikan bekalan petroleum.  Negara Zionis mengimport 20,000 tong minyak mentah, dengan 60% datang dari negara umat Islam, seperti Azerbaijan, Kazakhstan, negara Afrika Barat, terutamanya Gabon.  Selain daripada mengembargo bekalan minyak di sana, umat Islam mesti menghentikan laluan perkapalan, baik melalui laut ataupun darat melalui paip penapisan yang merentasi wilayah Islam.  Embargo minyak ini akan melumpuhkan semua aktiviti di negara Yahudi.

 

Keempat, memboikot segala bentuk kerjasama dengan mereka, termasuk aktiviti ekonomi dan kebudayaan, bukan sekadar memboikot produk yang bergabung atau menyumbang kepada negara Zionis.  Bagaimanapun, pemerintah Islam perlu memutuskan hubungan perdagangan, baik eksport mahupun import, dengan mereka.  Langkah ini jauh lebih berkesan dalam memusnahkan ekonomi mereka.

 

Tidak sedikit negara Islam hari ini mempunyai hubungan perdagangan dengan entiti Yahudi.  Indonesia, misalnya, menurut data Badan Pusat Statistik (BPS), dari Januari hingga Oktober 2023 telah mengimport produk bukan minyak dan gas dari Zion1s berjumlah 16.97 juta dolar AS.  Sementara itu, eksport Indonesia ke sana dari Januari hingga Oktober 2023 dicatatkan pada 140.57 juta dolar AS.

 

Kelima, menyekat laluan laut di Mediterranean Timur dan Teluk Aqaba untuk menghalang bekalan senjata ke negeri Yahudi Zionis. Setakat ini, negara Yahudi dan negara Barat khususnya Amerika Syarikat menggunakan laluan laut ini untuk membekalkan senjata yang digunakan untuk tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.  Sekatan ini akan menghentikan bekalan senjata dan akan melemahkan lagi kuasa ketenteraan mereka.

 

Keenam, membuka semua sempadan negara Islam untuk tentera Islam dari mana-mana negara supaya mereka dapat mengepung negara Zion1s dari segenap pelusuk.  Pemerintah negara umat Islam hendaklah menghapuskan sekatan nasionalisme dan membina ukhuwah Islam bagi menghapuskan penjajahan entiti Yahudi di bumi Palestin.

 

Ketujuh, bekerjasama dengan Pakistan untuk menggerakkan dan menggunakan senjata nuklear taktikalnya untuk menghentikan penjajahan dan tindakan pembunuhan beramai-ramai, serta mengancam negara Zionis untuk tidak pernah berfikir untuk menggunakan senjata nuklearnya untuk melakukan pembersihan etnik penduduk Palestin.

 

Kelapan, umat Islam mesti memisahkan perdagangan di pasaran antarabangsa daripada penggunaan dolar sebagai alat pembayaran.  Penggunaan dolar telah mengukuhkan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat, yang merupakan penyokong terbesar entiti Yahudi.  Dengan meninggalkan dolar sebagai alat pembayaran, ia akan melemahkan ekonomi AS yang seterusnya melemahkan entiti Yahudi.

 

Kesembilan, segera mengadakan sidang kemuncak pemimpin dunia Islam untuk meneroka semua pilihan geopolitik untuk memaksa Amerika Syarikat memilih antara melindungi Zionis, kepentingan mereka di Eropah, atau negara-negara Asia Pasifik.  Pada masa ini tumpuan Amerika Syarikat terbahagi antara menyelesaikan konflik Ukraine-Rusia, bersaing dengan China dalam pertikaian mengenai Laut China Selatan di Asia Pasifik dan melindungi entiti Yahudi di Palestin.  Selain daripada mengalihkan perhatian, konflik ini juga menguras ekonomi AS.  Oleh itu, pemimpin Islam boleh mengambil kesempatan daripada syarat ini untuk menekan AS supaya mengurangkan, malah menghapuskan sokongan terhadap entiti Yahudi.

 

Kesepuluh, menjauhi pelbagai peraturan antarabangsa yang sering digunakan oleh negara Barat sesuka hati untuk kepentingan mereka.  Pelbagai peraturan antarabangsa ini membelenggu dan mengebiri umat Islam, tetapi memberi kebebasan kepada negara besar untuk menindas, malah menceroboh negara lain, seperti yang dilakukan oleh AS dan Britain dalam menjalankan operasi ketenteraan di Iraq, Afghanistan dan Libya.

 

Kaum muslim perlu bertindak sesuai dengan hukum Islam, bukan peraturan antarabangsa mana pun, termasuk Declaration of Human Rights/Pengisytiharan Hak Asasi Manusia. Allah SWT. telah berfirman,

 

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ

 

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.” [TMQ Al-Maaidah (5): 50]

 

Wahai umat Islam, Palestin sangat memerlukan pembebasan yang sebenar. Ia tidak cukup hanya dengan merawat yang cedera, mengebumikan orang mati, atau memberi makan kepada orang yang lapar.  Bersatu dan bergerak di bawah satu kepimpinan untuk menghapuskan entiti Yahudi dan menyelamatkan umat Islam di Palestin. Serahkan kesetiaan hanya kepada Allah SWT.. Wallahualam bissawab.

 

—*—

 

Hikmah:

 

Rasulullah SAW. bersabda,

 

إِنَّ اللهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا: يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوْهُ وَلَا تُشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا، وَأَنْ تَعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلَا تَفَرَّقُوْا، وَأَنْ تُنَاصِحُوْا مَنْ وَلَّاهُ اللهُ أَمْرَكُمْ

“Sesungguhnya Allah redha kepada kamu dalam tiga perkara dan membenci kamu dalam tiga perkara.  Dia memberkati kamu jika kamu menyembah-Nya dan tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai, dan berilah nasihat kepada para ulul amri (pemimpin) yang mengurus urusan kamu.” (HR Muslim)

 

Sumber: https://muslimahnews.net/2023/11/25/24986/

 

#ArmiesToAqsa #FreePalestine #FreePalestineWithJihadAndKhilafah

Exit mobile version