Site icon MuslimahHTM News

[Metod Dakwah Al-Quran] Iman kepada Malaikat

[Metod Dakwah Al-Quran] Iman kepada Malaikat

 

Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.

 

Iradah Allah Swt. menghendaki untuk menjadikan keimanan kepada malaikat sebagai salah satu rukun akidah. Memang ada yang mengatakan bahawa para malaikat itu merupakan rantai penghubung antara Allah Swt. dengan para nabi. Merekalah yang menyampaikan risalah kepada para nabi. Mereka juga diberi tugas dalam urusan yang tidak terjangkau oleh indra kita.

 

Allah sajalah yang memberitahukan kepada kita tentang para malaikat. Mereka, antara lain ruhul-amin, Jibril; Mikail; malaikat kematian; Raqib dan ‘Atîd sebagaimana yang diberitahukan oleh Al-Quran kepada kita. Hanya saja, kita tidak boleh mengatakan bahawa inilah sebabnya keimanan kepada mereka dijadikan sebagai salah satu rukun utama akidah. Namun, kami perlu katakan bahawa inilah yang dituntut oleh Allah agar kita imani, dan kita hendaklah berpandangan sesuai dengan batas yang dinyatakan oleh nas.

 

Allah Swt. berfirman,

اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ

“Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan), ‘Kami tidak membeza-bezakan seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya.’” (TMQ Al-Baqarah [2]: 285).

 

وَمَنْ يَّكْفُرْ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا ۢ بَعِيْدًا

“Barang siapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.”(TMQ An-Nisa’ [4]: 136).

 

وَلٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَالْمَلٰۤىِٕكَةِ وَالْكِتٰبِ وَالنَّبِيّٖنَ ۚ

“Akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.”(TMQ Al-Baqarah [2]: 177).

 

Pendek kata, saya tegaskan bahawa malaikat telah disebut dalam Al-Quran pada lebih dari tujuh puluh tempat. Ada yang hanya menyebut malaikat dan ada yang menuntut untuk kita imani. Dan ada juga yang menyebut sejumlah aktiviti yang mereka laksanakan,

 

لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَآ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

“Yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (TMQ At-Tahrîm [66]: 6).

 

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ اِلَّا لَدَيْهِ رَقِيْبٌ عَتِيْدٌ

“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”(TMQ Qaf [50]: 18).

 

الَّذِيْنَ تَتَوَفّٰىهُمُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِيْٓ اَنْفُسِهِمْ ۖ

“Yaitu, orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (TMQ An-Nahl [16]: 28).

 

Berdasarkan pada keseluruhan ayat yang menyebut tentang malaikat dan dengan menganalisisnya, kita akan menemukan bahawa kurang lebih separuhnya dinyatakan dalam surah makiyah, sedangkan separuh yang lain dinyatakan dalam surah Madaniah, dalam konteks bahawa akidah merupakan asas baik dan tidaknya individu, sebagaimana asas baik dan tidaknya masyarakat.

 

Ia juga menjadi asas tegaknya negara, kerana (keimanan kepada) malaikat merupakan salah satu rukun dasar akidah, dan dalilnya naqli, kerana kewujudannya tidak dapat dicapai oleh pancaindera. Oleh kerananya, ayat-ayat tentang masalah tersebut telah diulang-ulang sesuai dengan keperluannya. Hal itu membuktikan pentingnya salah satu rukun akidah tersebut. Jadi, malaikat itu merupakan rantai penghubung sekaligus utusan Allah kepada para nabi dan rasul-Nya. Sebagaimana qudrah (ke-Maha Kuasa-an)-Nya telah menghendaki. Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia,

 

شَهِدَ اللّٰهُ اَنَّهٗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۙ وَالْمَلٰۤىِٕكَةُ وَاُولُوا الْعِلْمِ قَاۤىِٕمًاۢ بِالْقِسْطِۗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ. Ali ‘Imrân [3]: 18).

 

Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metode Dakwah Al-Quran

 

Exit mobile version