Site icon MuslimahHTM News

[Metode Dakwah Al-Quran] Sanggahan terhadap Orang Yahudi (Bahagian 1/2)

[Metode Dakwah Al-Quran] Sanggahan terhadap Orang Yahudi (Bahagian 1/2)

Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.

 

Meski di Mekah tidak ada orang Yahudi dan Nasrani, tetapi ada interaksi atau komunikasi antara kaum musyrik dengan ahli kitab. Mereka juga bertetangga dengan ahli kitab di Madinah, Khaibar, atau Najran menjadikan orang-orang Quraisy berhubungan dan banyak mengetahui dengan baik akidah dan mazhab mereka.

 

Sebahagian orang Arab telah memeluk Nasrani dan Yahudi, walaupun Judaisme bukanlah dakwah yang bersifat mengglobal, melainkan dakwah yang bersifat keetnikan, yang hanya dibawa oleh Nabi Musa dan para Nabi Bani Israel setelahnya. Bahkan Nabi Isa hadir untuk Bani Israel saja. Ketika etnik Kan’an bertemu dengan beliau di bumi Palestin, lalu meminta beliau untuk mengajarkan apa yang diajarkan oleh Allah kepadanya, Isa As. menjawab,

 

Aku tidak diutus kepada kalian, tetapi aku hanya diutus untuk etnik (kabilah) Bani Israel yang tersesat.

 

Namun, setelah beliau diangkat ke langit, para pengikut beliau telah meninggalkan agama Yahudi dan mula mendakwahkan apa yang telah mereka pelajari kepada umat manusia. Sebahagian kemudian ada yang beriman. Oleh sebab itu, agama Nasrani telah keluar dari wilayahnya sebagai dakwah yang bersifat keetnikan dan sektarian (menjadi dakwah yang) meliputi seluruh umat manusia.

 

Inilah fakta ketika Islam datang, orang-orang Yahudi ada di Madinah dan Khaibar, dan mereka berharap agar nabi lahir dari kalangan mereka. Mereka pertama kali menyampaikan hal itu kepada penduduk Madinah. Orang Arab pun menghormati mereka, kerana mengetahui bahawa mereka adalah pemilik kitab dan kaum intelektual (ahl al-ilm). Oleh kerana itu, tokoh-tokoh Quraisy pergi ke orang-orang Yahudi untuk menanyakan perihal agama baru ini; padahal ia bukan agama Yahudi dan bukan pula Nasrani.

 

Orang-orang Yahudi itu pun membeķalkan mereka dengan beberapa pengetahuan untuk mereka tanyakan, sebagai ujian dari mereka terhadap Nabi, agar mereka dapat memastikan ajarannya:

 

اَلَّذِيْنَ اٰتَيْنٰهُمُ الْكِتٰبَ يَعْرِفُوْنَهٗ كَمَا يَعْرِفُوْنَ اَبْنَاۤءَهُمْۘ

“Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri.”(TMQ Al-An’âm [6]: 20)

 

Ini dari satu sisi. Dari sisi lain, Islam bukanlah agama yang bersifat keetnikan tertentu, melainkan untuk seluruh umat manusia,

وَمَآ اَرْسَلْنٰكَ اِلَّا كَاۤفَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيْرًا وَّنَذِيْرًا

Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan.” (TMQ Saba’ [34]: 28)

 

Oleh kerana itu, orang-orang Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan konteks dakwah, serta pemikiran, pandangan, dan keyakinan mereka, merupakan sejumlah perkara yang akan diserang oleh Islam:

 

وَلَا تُجَادِلُوْٓا اَهْلَ الْكِتٰبِ اِلَّا بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۖ

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik.” (TMQ Al-Ankabût [29]: 46)

 

Pertarungan pemikiran dengan mereka pun telah dimulai; mereka juga telah mula menyebarkan desas-desus dan penyesatan, sehinggakan mereka perlu menyatakan beriman di pagi hari, sehingga mereka menarik perhatian orang Arab bahawa mereka adalah pencari kebenaran, dan mereka telah meyakini kebenaran yang telah mereka ketahui dengan sikap yang lurus, kemudian mereka mengingkarinya di penghujung hari, dengan alasan bahawa mereka telah mengetahui hal-hal yang boleh membuktikan kebohongan Nabi. Ini bertujuan untuk mendorong orang Arab agar menjauhkan diri dari Nabi serta menimbulkan keraguan terhadap apa yang disampaikannya. Oleh kerana itu, Al-Quran dengan gayanya yang mempesona telah menyerang mereka dengan serangan pemikiran yang kuat, pernah diisytiharkan secara global,

 

قُلْ يٰٓاَهْلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا اِلٰى كَلِمَةٍ سَوَاۤءٍۢ

“Katakanlah, ‘Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu.’” (TMQ. Ali Imrân [3]: 64)

 

Seruan tersebut dengan menggunakan lafaz: Ahl al-Kitab, atau juga firman Allah lain yang bersifat global,

 

لَمْ يَكُنِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ وَالْمُشْرِكِيْنَ مُنْفَكِّيْنَ حَتّٰى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُۙ

Orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata.” (TMQ Al-Bayyinah [98]: 1).

 

Ketika mendiskusikan masalah tertentu, kadang secara spesifik diarahkan kepada orang Yahudi dengan menyatakan “Ya Bani Israel” (Wahai Bani Israel) atau diarahkan kepada orang-orang yang menyatakan “Inna nashara” (Kami adalah orang-orang Nasrani) sesuai dengan situasi dan keadaannya. Oleh kerana itu, boleh kami katakan bahawa ayat-ayat Al-Quran telah memfokuskan berbagai sanggahan yang relevan kepada masing-masing pihak yang menyerang dakwah, serta apa yang layak untuk membangun hujah memukul berbagai kebohongan yang dimilikinya dan modifikasi ajaran agamanya yang telah dilakukan, serta berbagai pernyataan yang digunakan untuk membangun kebohongan, baik secara global mahupun terperinci.

 

Kisah Nabi Musa as. telah dinyatakan sebagai contoh di dalam lebih dari 20 surah, sedangkan ungkapan “Ya Bani Israel” telah dinyatakan sebanyak 44 kali. Sekali waktu, Allah mengingatkan mereka atas kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, serta bahawa Allah memberikan keunggulan kepada mereka atas seluruh alam yang lain, juga menjelaskan bahawa nabi ini (Muhammad sallallahu alaihi wasallam) juga dinyatakan dalam Taurat mereka; atau menjelaskan kepada mereka mengenai perubahan dan modifikasi yang telah mereka lakukan terhadap agama mereka, serta tindakan mereka membunuh para nabi tanpa alasan yang dibenarkan; atau mengingatkan mereka mengenai bahawa Allah telah menimpakan kenistaan dan kehinaan kepada mereka hingga hari kiamat; bahawa Allah telah menjadikan sebahagian di antara mereka kera, babi, dan para penyembah tagut.

 

Berbagai kisah mereka sejak nenek moyang mereka, Nabi Yaakub as. hingga era ketika mereka diseru kembali juga telah dinyatakan di banyak tempat yang berbeza. Dinyatakan tentang kisah Nabi Musa as. sejak dibuang ibundanya sampai ibundanya diberi ilham agar meletakkannya dalam peti, kemudian melemparkannya ke sungai Nil, kemudian ditemukan keluarga Firaun, supaya menjadi musuh dan ancaman bagi mereka. Bahawa beliau diasuh dan tumbuh dalam asuhan Firaun hingga beliau membunuh orang etnik koptik, lalu keluar dengan ketakutan ke Madyan, serta kehidupannya bersama Nabi Syu’aib as. dan kisahnya mempersunting anak perempuan Nabi Syu’aib; beliau bekerja dengan nabi Syu’aib selama 10 tahun dan kembali ke Mesir; beliau menyaksikan api yang keluar dari pohon, serta seruan Tuhan semesta alam kepadanya. Kemudian beliau dikirim kepada Firaun; beliau lalu meminta kepada Tuhannya agar ditemani oleh saudaranya, Nabi Harun as., serta perdebatan beliau dengan Firaun dan bahagian-bahagian lainnya yang terperinci yang tertulis dalam Kitab Taurat mereka.

 

Sesuatu yang tidak diketahui oleh bangsa Arab dan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah menelaah kitab-kitab mereka secara mendalam; sesuatu yang boleh menjadi bukti kepada mereka dan umat manusia bahawa orang yang membawa informasi-informasi seperti ini, sedangkan dia tidak pernah menelaahnya, bahkan dia tidak pernah mengetahui kitab tersebut atau boleh menulis dengan tangannya, pasti dia telah mendapatkannya dari Zat Yang Maha Tahu.

 

Bahkan lebih dari itu, ayat-ayat tersebut juga telah mengingatkan sebahagian konspirasi yang mereka kemukakan serta perdebatan-perdebatan yang berlangsung di antara mereka; ayat-ayat tadi jelas telah membongkar konspirasi mereka ketika mereka berkata,

 

اٰمِنُوْا بِالَّذِيْٓ اُنْزِلَ عَلَى الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوْٓا اٰخِرَهٗ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَۚ

“Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka orang-orang mukmin kembali kepada kekafiran.”(TMQ. Ali-Imran [3]: 72).

 

Ayat-ayat itulah yang juga menjelaskan kebodohan diskusi yang berlangsung antara orang Yahudi dengan Nasrani; masing-masing mendakwa bahawa Ibrahim as. adalah pemeluk agama Yahudi, sedangkan orang Nasrani mendakwa bahawa Ibrahim as. adalah pemeluk agama Nasrani. Kemudian mereka dibantah oleh ayat-ayat,

 

مَاكَانَ اِبْرٰهِيْمُ يَهُوْدِيًّا وَّلَا نَصْرَانِيًّا وَّلٰكِنْ كَانَ حَنِيْفًا مُّسْلِمًاۗ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

“Ibrahim bukan orang Yahudi dan bukan (pula) orang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri kepada Allah dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.” (TMQ Ali Imran [3]: 67).

 

Ayat tersebut juga menyatakan bahawa Taurat itu belum diturunkan kecuali setelah Ibrahim, dan Injil pun belum diturunkan kecuali setelah Ibrahim; bagaimana mungkin yang dahulu mengikuti yang lahir kemudian hingga mereka menjadi lucu. Walau demikian, mereka tetap dengan sikap dan perlawanan mereka. Al-Quran terus dengan gaya bahasanya yang menakjubkan, menyanggah mereka dan mendebat mereka dalam segala hal.

 

*Bersambung ke bahagian 2/2

 

Sumber: Hafidz Shaleh, M.A., Metode Dakwah Al-Quran

 

Exit mobile version