[Metode Dakwah Al-Quran] Sanggahan terhadap Orang Yahudi (Bahagian 2)
Penulis: Hafidz Shaleh, M.A.
*Sambungan dari Bahagian 1
Terkait orang-orang Yahudi, Allah swt Menurunkan di dalam Al-Quran, di antaranya surah Thaha,
وَهَلْ اَتٰىكَ حَدِيْثُ مُوْسٰى
اِذْ رَاٰ نَارًا فَقَالَ لِاَهْلِهِ امْكُثُوْٓا اِنِّيْٓ اٰنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّيْٓ اٰتِيْكُمْ مِّنْهَا بِقَبَسٍ اَوْ اَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى
“Apakah telah sampai kepadamu kisah Musa? Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada keluarganya, ‘Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit darinya kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu.’”(TMQ Thâha [20]: 9—10).
Allah juga berfirman,
لُعِنَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْۢ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ عَلٰى لِسَانِ دَاوٗدَ وَعِيْسَى ابْنِ مَرْيَمَ
“Telah dilaknat orang-orang kafir dan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam.”(TMQ Al-Mâidah [5]: 78).
لَتَجِدَنَّ اَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِيْنَ اٰمَنُوا الْيَهُوْدَ وَالَّذِيْنَ اَشْرَكُوْاۚ
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (TMQ Al-Mâidah [5]: 82).
Ketika bangsa Arab mendatangi mereka, bertanyakan perihal agama ini kepada mereka, mereka memberikan sejumlah pertanyaan. Mereka berkata, “Tanyakanlah kepadanya (Muhammad) tentang orang yang beriman dan dia meninggalkan kaumnya; tanyakanlah kepadanya tentang orang lelaki yang telah Allah diberi kekuasaan di muka bumi dan diberi jalan untuk menguasai segala sesuatu; tanyakanlah kepadanya tentang ruh. Jika dia memberikan jawapan terhadap ketiga pertanyaan ini, bererti dia bohong.”
Ketika Muhammad SAW ditanya mengenai hal tersebut, tentu beliau akan menunggu wahyu, lalu beliau datang membawa firman Allah,
وَيَسْـَٔلُوْنَكَ عَنِ الرُّوْحِۗ قُلِ الرُّوْحُ مِنْ اَمْرِ رَبِّيْ وَمَآ اُوْتِيْتُمْ مِّنَ الْعِلْمِ اِلَّا قَلِيْلًا
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh (nyawa). Katakanlah, ‘Ruh (nyawa) itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.’” (TMQ Al-Isra’ [17]: 85).
Beliau juga menjawab tentang kisah orang beriman yang meninggalkan kaumnya dalam surah Al-Kahfi,
اَمْ حَسِبْتَ اَنَّ اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ كَانُوْا مِنْ اٰيٰتِنَا عَجَبًا
“Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?” (TMQ Al-Kahfi [18]: 9).
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَاَهُمْ بِالْحَقِّۗ اِنَّهُمْ فِتْيَةٌ اٰمَنُوْا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنٰهُمْ هُدًىۖ
“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (TMQ Al-Kahfi [18]: 13).
Beliau juga menjawab pertanyaan mereka mengenai Dzî al-Qarnayn (Zulkarnain),
وَيَسْـَٔلُوْنَكَ عَنْ ذِى الْقَرْنَيْنِۗ قُلْ سَاَتْلُوْا عَلَيْكُمْ مِّنْهُ ذِكْرًا
اِنَّا مَكَّنَّا لَهٗ فِى الْاَرْضِ وَاٰتَيْنٰهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah, ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya.’ Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.’” (TMQ Al-Kahfi [18]: 83—84).
Al-Quran juga telah mengisahkan kisah ashabul kahfi secara menyeluruh dan menunjukkan jumlah mereka, berapa lama mereka menetap di dalam gua, sebagaimana Al-Quran mengisahkan kepada mereka kisah Dzî al-Qarnain; dia telah sampai ke tempat terbit dan terbenamnya matahari, serta sampainya dia di antara dua buah gunung, dan apa yang dilakukannya terhadap kaum itu.
Semuanya itu merupakan perkara yang tidak difahami bangsa Arab, atau mereka sangat sedikit sekali pengetahuannya mengenai perkara tersebut. Ketika Al-Quran menyerang mereka serta menjelaskan sejauh mana kedunguan mereka, Al-Quran menyatakan,
الَّذِيْنَ حُمِّلُوا التَّوْرٰىةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوْهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ اَسْفَارًاۗ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ
“Perumpamaan orang-oramg yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum itu.”(TMQ Al-Jumu’ah [62]: 5).
Dalam surah Al-A’râf, Al-Quran menyebut orang Yahudi dengan kisah mereka, ketika mereka lemah di hadapan Firaun; dia menyembelih anak lelaki mereka, dan merasa malu dengan anak-anak perempuan mereka, juga bagaimana keberhasilan mereka terhadap para pengikut Firaun dan Allah menenggelamkan musuh mereka; semuanya itu sebelum kaki mereka kering; mereka juga membuat dari perhiasan-perhiasan (emas) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara, kemudian mereka sembah, dan berkata, “Inilah Tuhan kalian dan Tuhan Musa.”
وَاتَّخَذَ قَوْمُ مُوْسٰى مِنْۢ بَعْدِهٖ مِنْ حُلِيِّهِمْ عِجْلًا جَسَدًا لَّهٗ خُوَارٌۗ
“Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara…” (TMQ Al-A’raf [7]: 148).
Kisah tentang kaum Nabi Musa pada pembahasan sebelumnya dilanjutkan dengan salah satu cerita mereka yang terperinci, bahkan kisah-kisah mereka, seraya menjelaskan jiwa mereka yang sakit, ketika mereka berkata,
فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْۢبِتُ الْاَرْضُ
“Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 61).
اَتَسْتَبْدِلُوْنَ الَّذِيْ هُوَ اَدْنٰى بِالَّذِيْ هُوَ خَيْرٌ ۗ
“Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?” (TMQ Al-Baqarah [2]: 61).
Sampai penjelasannya kepada kita tentang kisah Nabi Musa memintakan ampunan untuk mereka, dengan firman-Nya,
وَاكْتُبْ لَنَا فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ اِنَّا هُدْنَآ اِلَيْكَۗ قَالَ عَذَابِيْٓ اُصِيْبُ بِهٖ مَنْ اَشَاۤءُۚ وَرَحْمَتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍۗ فَسَاَكْتُبُهَا لِلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكٰوةَ وَالَّذِيْنَ هُمْ بِاٰيٰتِنَا يُؤْمِنُوْنَۚ
اَلَّذِيْنَ يَتَّبِعُوْنَ الرَّسُوْلَ النَّبِيَّ الْاُمِّيَّ الَّذِيْ يَجِدُوْنَهٗ مَكْتُوْبًا عِنْدَهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ وَالْاِنْجِيْلِ
“”Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (TMQ Al-A’raf [7]: 156—157).
اِنَّ هٰذَا الْقُرْاٰنَ يَقُصُّ عَلٰى بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اَكْثَرَ الَّذِيْ هُمْ فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ
“Sesungguhnya Al-Quran ini menjelaskan kepada Bani Israel sebahagian besar dari perkara-perkara yang mereka berselisih tentangnya.” (TMQ An-Naml [27]: 76).
Atau dialog yang menakjubkan antara Nabi Musa as. Dengan Firaun, serta campur tangan seorang lelaki dari keluarga Firaun yang beriman, tetapi menyembunyikan keimanannya dalam surah Al-Mu’min.
وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُوْنِيْٓ اَقْتُلْ مُوْسٰى وَلْيَدْعُ رَبَّهٗ ۚاِنِّيْٓ اَخَافُ اَنْ يُّبَدِّلَ دِيْنَكُمْ اَوْ اَنْ يُّظْهِرَ فِى الْاَرْضِ الْفَسَادَ
وَقَالَ مُوْسٰىٓ اِنِّيْ عُذْتُ بِرَبِّيْ وَرَبِّكُمْ مِّنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لَّا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ
وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤْمِنٌۖ مِّنْ اٰلِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ اِيْمَانَهٗٓ اَتَقْتُلُوْنَ رَجُلًا اَنْ يَّقُوْلَ رَبِّيَ اللّٰهُ
“Dan berkata Firaun (kepada pembesar-pembesarnya), ‘Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi.’ Dan Musa berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab.”Dan seorang lelaki yang beriman di antara pengikut-pengikut Firaun yang menyembunyikan imannya berkata, ‘Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan, ‘Tuhanku ialah Allah.’” (TMQ Ghâfir [40]: 26—28).
Hingga akhir dialog yang berlangsung di antara mereka; antara orang mukmin dari keluarga Firaun dengan Firaun yang biasanya memang membuktikan karakter thagut, diktator, dan orang-orang yang bongkak, meski yang hak telah terbukti, dan dibuktikan dengan argumentasi di hadapan mereka. Di sini ada pancingan ringan, bahawa ini merupakan sikap keterlaluan; ia juga digunakan oleh Allah swt untuk melabelkannya,
اِذْهَبْ اِلٰى فِرْعَوْنَ اِنَّهٗ طَغٰى
“Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas.” (TMQ Thâha [20]: 24).
اِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِى الْاَرْضِۚ وَاِنَّهٗ لَمِنَ الْمُسْرِفِيْنَ
“…kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas.” (TMQ Yûnus [10]: 83).
مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِّنْ اِلٰهٍ غَيْرِيْۚ فَاَوْقِدْ لِيْ يٰهَامٰنُ عَلَى الطِّيْنِ
“Aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku, maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat.” (TMQ Al-Qashash [28]: 38).
Sang tirani dan diktator pemusnah ini ternyata menerima cabaran Nabi Musa as. Sehingga beliau dapat membalas hujah dengan hujah. Para pembantu di sekeliling Firaun juga yakin diri sehingga ketika mereka ditanya Firaun tentang apa yang perlu dilakukan terhadap Musa,
قَالُوْٓا اَرْجِهْ وَاَخَاهُ وَابْعَثْ فِى الْمَدَاۤىِٕنِ حٰشِرِيْنَ
يَأْتُوْكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيْمٍ
“Mereka menjawab, “Tundalah (urusan) dia dan saudaranya dan kirimkanlah ke seluruh negeri orang-orang yang akan mengumpulkan (ahli sihir), mendatangkan semua ahli sihir yang pandai kepadamu.’” (TMQ Asy-Syu’ara’ [26]: 36—37).
Musa as. berkata,
فَلَنَأْتِيَنَّكَ بِسِحْرٍ مِّثْلِهٖ فَاجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ مَوْعِدًا لَّا نُخْلِفُهٗ نَحْنُ وَلَآ اَنْتَ مَكَانًا سُوًى
قَالَ مَوْعِدُكُمْ يَوْمُ الزِّيْنَةِ وَاَنْ يُّحْشَرَ النَّاسُ ضُحًى
“Kalau demikian, sesungguhnya kami juga akan bawakan kepadamu sihir yang seperti itu untuk melawanmu! Maka tentukanlah suatu tempoh pertemuan antara kami denganmu, yang kita bersama tidak akan memungkirinya, di suatu tempat yang sesuai bagi kedua belah pihak”. Nabi Musa menjawab: “Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha”. (TMQ Thâha [20]: 58—59).
Maha Suci Allah, penzalim dan diktator —bahkan siapa pun yang menyandang kediktatoran dan kezaliman—ini adalah manusia yang boleh menerima cabaran, sedangkan para penguasa sekarang, dan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka hidup pada era moden dan maju, ternyata tidak bersedia untuk berdiskusi.
Mereka menolak membantah hujah dengan hujah; kritikannya mereka tujukan terhadap orang yang mencabar mereka dengan tuduhan berkhianat, kemudian dipenjara dan kadang kala dihukum. Manakah yang lebih zalim dan diktator? Jadi, politik bangsa saat ini dibangun dengan menghapus, memotong rezeki dan leher; sedangkan ketika mereka memperoleh kemenangan terhadap orang mukmin, mereka tidak memelihara hubungan kekerabatan terhadapnya dan tidak (pula megendahkan) perjanjian.
Sumber: Hafidz Shaleh, Metode Dakwah Al-Quran

