Site icon MuslimahHTM News

Dakwah Berjamaah, Bersama Mewujudkan Tegaknya Khilafah

Dakwah Berjamaah, Bersama Mewujudkan Tegaknya Khilafah

Penulis: Ummu Nashir N.S.

Kita faham bahawa menerapkan syariat Islam secara kaffah adalah wajib. Hanya saja, semua ini boleh terwujud jika Negara Islam (Khilafah) telah tegak, institusi yang akan menghilangkan berbagai kenestapaan, meninggikan darjat umat Islam menjadi umat yang mulia, khairu ummah ‘sebaik-baik umat’ yang ada di dunia ini. Oleh kerana itu, ketika Khilafah belum tegak, menjadi kewajipan umat Islam untuk berjuang mewujudkannya.

Sungguh, jalan untuk sampai kepada tujuan itu memang panjang dan tidak mudah. Namun, kita semua hendaklah yakin bahawa dengan Maha Rahim-Nya, Allah SWT senantiasa memberikan pertolongan-Nya untuk kita kerana pertolongan-Nya bagi hamba-hamba-Nya itu sesungguhnya dekat.

Firman-Nya, “Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sungguh, Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia ridai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan, menjadi aman sentosa.” (TMQ An-Nur: 55).

Selain itu, kaum muslim juga dapat merasakan khabar gembira dari Rasulullah SAW akan kembalinya Khilafah Rasyidah (kedua). Allah SWT menghubungkan pertolongan bagi para rasul-Nya dengan pertolongan bagi kaum mukmin, baik di dunia dan akhirat.

Firman-Nya, “Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).” (TMQ Ghafir: 51).

Dengan demikian, umat Islam, terutama para pengemban dakwah, perlu senantiasa optimis dan penuh kesungguhan dalam memperjuangkan Islam, juga menempuh sebab-sebab yang akan membawa kepada tujuan mulia itu. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk meneladan segala yang Rasulullah SAW contohkan, termasuk metod dakwahnya.

Firman-Nya, “Apa saja yang Rasul bawa, ambillah. Apa saja yang ia larang, tinggalkanlah. Bertakwalah kalian kepada Allah. Sungguh, Allah amat keras hukumannya.” (TMQ Al-Hasyr: 7).

Dakwah Rasulullah, Dakwah Berjamaah

Rasulullah SAW melakukan dakwah secara berjamaah, bukan individual. Beliau SAW mengajak para sahabat untuk menyampaikan pemahaman Islam ke tengah manusia dengan bimbingan wahyu. Beliau SAW memulakan dakwahnya dengan menyeru manusia untuk menerima Islam, membinanya, selanjutnya bergerak di tengah umat.

Rasulullah lalu menghimpun mereka untuk bersama-sama melakukan dakwah berkelompok yang terorganisasi dengan baik. Sejak turunnya surah Al-Hijr ayat 94, mulailah tahapan dakwah Nabi SAW beralih dari tahapan yang bersifat rahasia menuju tahapan menyeru umat secara terang-terangan dengan menampakkan keberadaan jamaah dakwah Rasulullah.

Bersamaan dengan tahapan menyeru ini, aktiviti pembinaan kader tetap berlanjut. Pada tahapan ini, Rasulullah SAW memainkan peranan sebagai pemimpin kelompok dakwah. Mula-mula Rasulullah SAW menampakkan keberadaan kutlah yang beliau kader (rekrut) selama ini ke tengah masyarakat. Untuk strategi ini, Nabi SAW mengorganisasikan para sahabat dalam dua kelompok, menampakkan diri dengan berbaris menuju Kaabah, lalu tawaf bersama-sama.

Sungguh, tidak boleh lepas dari perhatian kita walaupun sekejap bahawa yang menjadi tujuan kita adalah melanjutkan kehidupan Islam (isti’naaful hayatii islamiyyah), dan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia. Agenda yang perlu dilakukan adalah bergaul dengan masyarakat dan terus-menerus melakukan kontak dinamik dengan tokoh masyarakat untuk menyampaikan berbagai pemikiran (afkar), pendapat (araa’), dan standard (maqayis) kepada mereka. Lalu mereka mengadopsi dan memeliharanya untuk menjadikannya sebagai dasar dalam menyelesaikan berbagai permasalahan yang menimpa umat, serta melakukan pergolakan pemikiran melawan pemikiran ataupun kebijakan penguasa yang bertentangan dengan Islam.

Oleh kerana itu, tidak ada aktiviti lain bagi para kader dakwah, kecuali bergerak melangkah untuk melakukan aktiviti ke tengah umat. Juga terus-menerus melakukan kontak dengan umat hingga terealisasinya peleburan umat dalam wadah jamaah dakwah.

Hal ini agar mereka memahami semua pemikirannya, mengadopsinya, menjaga jamaah tersebut, kemudian muncul kesediaan berkorban dalam diri umat di jalan dakwah untuk menyebarkan pemikiran, melindungi dan menjaganya, serta melakukan aktiviti berdasarkan pemikiran-pemikran tersebut.

Demikian penting dan utamanya amanah memikul dakwah mulia ini. Oleh kerana itu, aktiviti ini tidak boleh dilakukan secara individual, melainkan perlu dipikul secara jamaah oleh orang-orang yang terbina dengan Islam, kader-kader dakwah yang memiliki pola fikir dan pola sikap yang kompeten. Tugas ini tidak boleh dipikul oleh orang-orang sembarangan.

Selain itu, sesebuah jamaah mempunyai peraturan yang boleh mengikat ahlinya agar tidak terpesong dari langkah dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lakukan agar makin mendekati kepada tujuan.

Dalil Kewajipan Bergabung dengan Jamaah Dakwah Islam

Kita hendaklah meneladan perjalanan dakwah Rasulullah SAW dalam menapaki jalan dakwah saat ini, iaitu melakukan dakwah secara berjamaah, membina umat untuk melahirkan kader-kader baru yang menjadi mutiara-mutiara umat, melakukan pergolakan pemikiran dan membongkar pemikiran yang me rosak, mengungkap rencana busuk musuh-musuh Islam, tetap bertumpu pada dakwah pemikiran dan menghindari aktiviti fizikal, juga melakukan kontak kepada para tokoh umat yang dapat memperkuat, bahkan melindungi dakwah.

Allah SWT telah mewajibkan kita untuk bergabung dalam jamaah dakwah. Firman-Nya, “Dan hendaklah (wajib ada) di antara kamu ada segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” (TMQ Ali Imran: 104).

Setidaknya ada empat pelajaran yang boleh kita ambil dari ayat ini:

Pertama, ayat ini menjadi dalil wajibnya keberadaan jamaah atau parti politik Islam, dapat disimpulkan dari adanya laamul ‘amr di awal ayat pada kata waltakun. Sedangkan perkara yang diperintahkan adalah membentuk suatu umat atau jamaah dari kalangan mereka. Umat yang diperintahkan itu boleh berbentuk kelompok, organisasi, atau parti, sebab semua itu termasuk dalam cakupan kata al-ummah. Hanya saja, perlu berdasarkan Islam dan konsekuensinya. Idea-idea, hukum, dan pemecahan masalah yang diadopsi perlu berdasarkan Islam.

Kedua, ayat ini menyebutkan dua aktiviti yang wajib dijalankan oleh jamaah tersebut, yakni dakwah kepada al-khayr (Islam) dan amar makruf nahi mungkar. Berkaitan dengan dakwah kepada Islam, masih boleh dilakukan oleh semua jenis jamaah. Namun, ini berbeza dengan aktiviti amar makruf nahi mungkar, termasuk kepada penguasa.

Akibatnya, aktiviti ini hanya dapat dijalankan dengan sempurna oleh jamaah politik, baik organisasi politik mahupun parti politik. Dari Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utamanya jihad adalah ucapan yang haq di hadapan penguasa yang fasik atau amir (pemimpin) yang fasik.” (HR Ahmad, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah).

Ketiga, keberadaan organisasi politik atau parti politik adalah fardhu kifayah, fardhu yang ditujukan kepada seluruh kaum muslim. Namun, jika sebahagian orang telah melakukannya dan tujuannya telah tercapai, fardhu tersebut gugur dari yang lainnya. Jika belum tercapai, fardhu ini berlaku bagi seluruh kaum muslim, baik lelaki dan perempuan.

Bentuk perintah untuk membentuk jamaah dalam ayat ini menunjukkan adanya thalab (seruan), dengan qarînah (indikasi) yang pasti (jazm), menunjukkan bahawa seruan itu adalah fardhu.

Keempat, ayat ini juga menegaskan kewajipan-kewajipan yang terkandung di dalamnya, yaitu menyeru kepada Islam dan amar makruf nahi mungkar, serta bergabung dalam jamaah atau parti Islam, baik lelaki mahupun perempuan, muslim mahupun muslimah. Ini kerana sesungguhnya lafaz ”ummah” menunjukkan bahawa perintah tersebut berlaku umum bagi lelaki mahupun perempuan. Disebabkan keumuman nas dan ketiadaan sebarang petunjuk (qarinah) yang mengkhususkannya, ia tetap dengan keumumannya.

Kelompok Dakwah Rasul, Rujukan Kaum Muslim

Sirah Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita metode dakwah yang sangat jelas dalam rangka menegakkan Islam. Metode itulah yang perlu ditempuh sebagai kewajipan dari Allah SWT, dimulai dengan menyeru manusia secara individu untuk menerima Islam dan turut berdakwah, setelah itu mereka dihimpun dalam jamaah, melakukan dakwah berkelompok yang terorganisasi dengan baik.

Nabi Muhammad SAW merupakan sel pertama, mengajak isteri tercintanya (Khadijah ra.) untuk memeluk Islam dan menjadi sel kedua. Lalu beliau mengajak sahabatnya (Abu Bakar ra.) untuk memeluk Islam, hingga sel-sel berkembang, lalu menghimpunnya ke dalam sebuah halaqah (halqah).

Melalui Abu Bakar ra., beberapa orang Quraisy masuk Islam. Terbentuklah halaqah kedua, ketiga, dan seterusnya. Mereka dibina intensif oleh Nabi saw, mengimani beliau, mentaatinya, dan berdakwah bersamanya.

Ketika tsaqafah para sahabat sudah matang dan keperibadian Islam sudah terbentuk, dalam kurun tiga tahun, Rasulullah SAW merasa tenang. Ketika itulah Allah Taala memerintahkannya untuk menampakkan dakwah Islam dengan terang-terangan melalui turunnya surah Al-Hijr: 94.

Sejak saat itu, mulailah tahapan dakwah Nabi SAW beralih dari tahapan yang bersifat rahasia menuju tahapan menyeru umat secara terang-terangan. Rasulullah SAW berperanan sebagai pemimpin kelompok dakwah. Mula-mula Rasulullah SAW menampakkan keberadaan kutlah yang beliau kader ke tengah masyarakat.

Untuk strategi ini, Nabi mengorganisasikan sahabat dalam dua kelompok, yakni pimpinan Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar bin Khattab. Kedua kelompok ini menampakkan diri dengan berbaris berjalan menuju Kaabah, lalu tawaf bersama-sama. (An-Nabhani, Ad-Daulah al-Islamiyyah, 2009).

Menyaksikan keberadaan jamaah dakwah Nabi, pimpinan Quraisy mula merasakan adanya ancaman. Lebih-lebih lagi setelah jamaah dakwah ini melakukan pertarungan pemikiran ke tengah masyarakat jahiliah, membongkar kepalsuan ajaran nenek moyangnya beserta sistem hidup mereka, bahkan Allah menurunkan wahyu untuk menunjukkan kesesatan mereka.

“Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah umpan Jahanam, kamu pasti masuk ke dalamnya.” (TMQ Al-Anbiya: 98).

Jamaah dakwah juga menyampaikan kebenaran ajaran Islam beserta sistemnya yang layak menjadi aturan hidup manusia. Bukan hanya itu, Nabi SAW pun Allah perintahkan untuk membongkar topeng para pemimpin jahiliah melalui turunnya TMQ Al-Lahab: 1—5.

Sebagai reaksi atas pertarungan pemikiran yang dilancarkan oleh Nabi SAW bersama jamaah dakwahnya, Arab Quraisy pun mulai melakukan penghinaan, pelecehan, serangan fizikal, bahkan pembunuhan. Mereka memberikan imej buruk kepada jamaah dakwah dan membunuh karakter peribadi Nabi (saw.). Namun, makin keras penentangan kaum Quraisy, Rasulullah SAW tidak pernah melakukan aktiviti perlawanan fizikal. Sampai akhirnya kaum Quraisy memberlakukan sekatan terhadap jamaah dakwah sekitar tiga tahun lamanya.

Menyedari tekanan yang makin keras, Nabi SAW kemudian melakukan strategi perjuangan politik untuk mendapatkan dukungan dari pihak-pihak yang memiliki kekuatan sebenar, agar mahu membela dakwah dan menjadi penolong tegaknya kekuasaan Islam yang akan dibangun. Beliau SAW mendatangi beberapa kepala kabilah yang kuat di Mekah.

Sampai musim haji, Nabi SAW mendatangi kabilah haji dari Yatsrib yang berjumlah 12 orang. Mereka menerima ajakan memeluk Islam, bahkan bersedia menyebarkan Islam ke daerah mereka. Untuk itulah, Nabi SAW mengutus Mush’ab bin Umair untuk berdakwah di Yatsrib.

Dengan bantuan Saad bin Zurarah, akhirnya dukungan politik pun dapat diraih, ditandai dengan datangnya 75 orang, di antaranya dua perempuan dari dua suku besar Khazraj dan Aus ke Mekah untuk membaiat Rasulullah SAW di Bukit Aqabah. Ini menandakan terjadinya penyerahan kekuasaan dari pimpinan mereka kepada Rasulullah. Selanjutnya, Rasulullah SAW bersama para sahabat berhijrah ke Yatsrib atau Madinah, kemudian mendirikan Negara Islam di sana.

Khatimah

Demikianlah, dakwah berjamaah merupakan kemestian demi teraihnya tujuan mulia, iaitu tegaknya syariat Islam dalam naungan Khilafah, tegaknya Islam di muka bumi. Semoga kita selalu ada dalam keistiqamahan dan terus bergandingan tangan dalam meraih tujuan mulia tersebut.

Menjadi pengingat kita, Rasulullah SAW bersabda, “Kalian hendaklah berpegang pada jamaah dan menjauhi perpecahan. Ini kerana sesungguhnya syaitan bersama dengan orang sendirian, dan berada lebih jauh dari orang yang berdua. Siapa saja yang menghendaki syurga, berpegang teguhlah pada jamaah. Siapa saja yang merasa senang dengan kebaikannya dan merasa buruk dengan kesalahannya, maka ia adalah mukmin.” (HR At-Tirmidzi dan An-Nasa’i).

Sumber: Mnews

Exit mobile version