Site icon MuslimahHTM News

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] WAJIB MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH DAN KHULAFAUR RASYIDIN DALAM PEMERINTAHAN

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS]
WAJIB MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH DAN KHULAFAUR RASYIDIN DALAM PEMERINTAHAN

Abu Najih al-Irbadh bin Sariah ra. berkata: Rasulullah saw. memberi kami nasihat yang membuat hati kami bergetar dan air mata kami bercucuran. Kami berkata, “Ya Rasulullah, seakan-akan ini merupakan nasihat perpisahan. Kerana itu  berilah kami wasiat.” Rasulullah saw. lalu bersabda:

`Saya mewasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah SWT., tunduk dan patuh kepada pemimpin kalian meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Sebabnya, di antara kalian ada yang hidup (setelah ini) akan menyaksikan banyaknya perselisihan. Hendaklah kalian berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham. Hendaklah kalian menghindari bid’ah, kerana semua perkara bid’ah adalah sesat.” (HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi).

 

——————–

 

Hadis di atas adalah hadis politik yang sangat penting dan agung. Rasulullah saw. berwasiat beberapa hal: (1) bertakwa kepada Allah; (2) patuh dan taat kepada pemimpin dalam pemerintahan Islam, bagaimanapun keadaannya; (3) setelah zaman kenabian akan ada banyak perselisihan; (4) perintah mengikuti Sunnah Nabi Muhammad saw. dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk (dalam hal penyelenggaraan pemerintahan); (5) perintah berpegang teguh pada sunnah seperti menggigit sesuatu dengan gigi geraham; dan (6) larangan melakukan bid’ah kerana bid’ah adalah kesesatan.

Rasulullah saw memerintahkan umat Islam untuk mentaati para pemimpin (khalifah) kerana di dalamnya terdapat maslahat yang besar. Selanjutnya adalah agar kita mengikuti Sunnah Khulafaur Rasyidin. Kata al-khulafâ’ adalah jamak dari kata khalîfah (khalifah). Istilah khalifah itu sendiri jelas identik dengan “kepemimpinan politik”, sedangkan istilah sunnah adalah “metode/manhaj”. Ini menunjukkan adanya sunnah (manhaj) para khalifah (di kalangan Sahabat) berkaitan dengan kepemimpinan.

Pada hadis tersebut, Rasulullah juga berpesan agar berpegang pada Sunnah. Hal itu digambarkan dalam bentuk kalimat yang bernilai balaghah, yakni al-isti’ârah at-tamtsîliyyah. Rasulullah Saw.  meminjam ungkapan “’adhdhu ‘alayha bi al-nawajidz” (gigitlah dengan gigi geraham yang kuat). Ini untuk menggambarkan keteguhan dalam berpegang pada Sunnah, yakni jalan hidup Rasulullah saw. dan Khulafaur Rasyidin. Justeru, wajib mengikuti Sunnah Khulafaur Rasyidin dalam pemerintahan sebagaimana Rasulullah saw. juga berwasiat bahawa sistem pemerintahan yang mesti diikuti hendaklah merujuk pada Sunnah Rasulullah saw. dan Khulafaur Rasyidin.

(Ustaz Yuana Ryan Tresna)

Exit mobile version