[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] BAI’AT PADA KHALIFAH PEMIMPIN YANG HAQ
Telah bercerita kepadaku Muhammad bin Basyar, telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja’far telah bercerita kepada kami Syu’bah daripada Furat al-Qazaz berkata, aku mendengar Abu Hazim berkata; “Aku hidup mendampingi Abu Hurairah ra selama lima tahun dan aku mendengar dia bercerita daripada Nabi SAW yang bersabda: “Bani Israil, kehidupan mereka selalu didampingi oleh para Nabi, apabila seorang Nabi meninggal dunia, akan dibangkitkan Nabi setelahnya. Sungguh tidak ada Nabi sepeninggalan aku dan akan ada para Khalifah yang banyak jumlahnya”. Para sahabat bertanya; “Apa yang engkau perintahkan kepada kami?”. Beliau SAW menjawab: “Penuhilah bai’at kepada Khalifah yang pertama (lebih dahulu diangkat), berikanlah hak mereka kerana Allah SWT akan bertanya kepada mereka tentang pemerintahan mereka”. [HR Bukhari No. 3196]
#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1hadis #100TahunKejatuhanKhilafah
[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN HADIS] BAI’AT PADA KHALIFAH PEMIMPIN YANG HAQ

