Perubahan Opini Dunia Menentang Entiti Yahudi
Penulis: Prof. Hasan Hamdan
Opini umum merupakan sikap majoriti manusia terkait suatu perkara. Boleh juga diertikan sebagai perkara dengan makna tertentu yang dipegang oleh sekelompok masyarakat. Opini umum termasuk sebagai salah satu faktor paling penting, paling menonjol, bahkan dapat terlibat langsung dalam proses pengambilan keputusan. Opini umum adalah kekuatan berpengaruh dalam pengambilan keputusan dan sangat diambil kira dengan seribu pertimbangan.
Tidak ada satu pun negara yang ingin mengambil risiko dengan menentang opini umum. Justeru, mereka berusaha mendakwa bahawa opini mereka selaras dan tidak bertentangan dengan opini umum. Contohnya, jika sesebuah negara ingin mengambil keputusan politik yang bertentangan dengan opini umum, negara akan berusaha mengubah opini umum terlebih dahulu, menyamarkannya, atau menciptakan pembenaran baginya.
Bagi rejim politik, menentang opini umum sama saja bertaruh, mengambil risiko, dan akan menimbulkan keretakan besar antara rejim dan masyarakat. Oleh kerana itu, semua rejim akan mengikuti opini umum dan tidak melanggarnya. Jika tidak, berlaku perselisihan atau pergeseran antara rejim dan umat, atau rejim memilih untuk tidak menghiraukan berbagai pemberontakan masyarakat terhadap keputusan rejim atau dalang di sebalik semua itu.
Al-Quran dan As-Sunnah menjelaskan tentang kepentingan opini umum, pengaruh, dan risikonya. Dalam Kitabullah—misalnya—dipaparkan kisah Firaun yang telah mencapai titik kekufuran paling tinggi, iaitu ketika dia menganggap dirinya adalah Tuhan. Akan tetapi, saat dia ingin mengambil keputusan politik untuk membunuh Nabi Musa as., dia menyedari bahaya dan konsekuensi masalah ini tanpa memperhitungkan opini masyarakat. Sebab itu, dia meminta pendapat mereka dan berupaya menciptakan sebuah pendapat yang sesuai dengannya.
“Dan Firaun berkata (kepada pembesar-pembesarnya), ‘Biar aku yang membunuh Musa dan suruh dia memohon kepada Tuhannya. Sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di bumi.’” [TMQ Ghafir (40): 26].
Dalam sebuah tafsir disebutkan, “Firaun berkata kepada pembesar-pembesar umatnya, ‘Biarkan aku membunuh Musa, dan biarkan Musa berdoa kepada Tuhan—yang dia dakwa sebagai Tuhan yang telah mengutusnya kepada kita—agar Tuhannya mencegah niatku membunuhnya. Aku khuatir dia akan mengubah agama kalian atau menimbulkan kerosakan di muka bumi.’ Dia menjelaskan kepada masyarakat alasan keputusannya untuk membunuh Musa dan cuba meyakinkan mereka. Firaun adalah orang zalim yang ditunjukkan Allah Yang Maha Esa, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, ‘Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari pengikut-pengikut Firaun; mereka menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih, dan menyembelih anak-anakmu yang lelaki, dan membiarkan anak-anak perempuanmu hidup; pada yang demikian itu suatu ujian yang besar dari Tuhanmu.’”
Dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa dahulu, orang-orang munafik yang hidup dalam naungan Daulah Islam melakukan perbuatan keji, atau boleh disebut sebagai “pengkhianatan besar” dalam undang-undang negara. Sudah pasti hukuman mati wajib dijatuhkan pada siapa pun yang melakukan tindakan tersebut. Sebahagian sahabat menuntut dilaksanakan keputusan tegas tersebut (menghukum mati orang munafik, ed.), kecuali Rasulullah (saw.). Beliau saw. menjawabnya sebagaimana dalam hadis sahih, “Aku benci kalau ada yang menyatakan bahawa Muhammad membunuh sahabatnya.”
Konteks pembicaraan di sini adalah terkait opini umum, baik lokal mahupun global. Ini kerana opini umum global lebih berbahaya bagi entiti politik di mata dunia. Dahulu, kaum Quraisy berusaha memburukkan Daulah Islam dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad berperang pada bulan-bulan Haram.¹ Sedangkan sekembali dari Perang Badar, Nabi Muhammad saw. mengutus Abdullah bin Jahsy sebagai ketua pasukan ke pusat Nakhla untuk menyampaikan khabar tentang kafilah Quraisy yang dipimpin oleh Amr bin Al-Hadrami.
Ibnu Katsir berkata, “Ketika pasukan Abdullah bin Jahsy bertemu Amr bin Al-Hadrami dan membunuhnya, mereka tidak mengetahui adakah saat itu Rejab atau Jamadil Akhir. Mereka pun membawa kafilah dan tawanan ke hadapan Rasulullah (saw.). Kemudian kaum Quraisy datang untuk memprotes Rasulullah saw. dengan mengatakan, ‘Muhammad menghalalkan bulan haram! Bulan di mana orang-orang yang takut mencari keamanan dan orang-orang berlarian ke tempat (tinggal) mereka.’ Tentu saja Islam tidak membiarkan mereka menyebarkan opini itu tanpa bukti. Oleh kerananya, Yang Maha Kuasa menjawab mereka, ‘Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah, ‘Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh’ [TMQ Al Baqarah (2): 217].”
———–
Agar tidak terlalu jauh menjelaskan dan fokus pada tajuk artikel di atas, kami katakan—semoga Allah memberi taufik— bahawa sesungguhnya untuk pertama kali kita semua menyaksikan revolusi opini umum dunia untuk menentang Yahudi. Entiti Yahudi hidup dengan opini ini sejak kafir Barat mendirikan negaranya di atas tanah Islam.”
Seluruh aktiviti mereka dibenarkan, bahkan Yahudi diberikan hak dan propaganda dalam melakukan apa pun yang mereka inginkan. Mereka (entiti Yahudi, ed.) mendakwa bahawa merekalah mangsa yang berusaha melindungi dirinya. Lalu media Barat “memperindah” dakwaan-dakwaan tersebut dan menyebarkan apa pun yang Barat inginkan. Simpati di peringkat antarabngsa juga berpihak kepada mereka. Ini kerana Yahudi berhadapan dengan umat yang tidak mempercayai akan kewujudan Yahudi itu sendiri, bahkan berusaha melenyapkan mereka.
Media Barat memburuk-burukkan kaum muslim dengan berbagai macam cara. Namun, hari ini, kita sedang menyaksikan perubahan hakiki dalam opini umum dunia, bahkan perubahan revolusioner opini umum, hingga pengakuan dari orang-orang Yahudi sendiri.
Lior Ben Dor, Jurucakap Kementerian Luar Negeri Yahudi, mengatakan negaranya akan memberikan perhatian yang “kurang” terhadap opini umum dunia terhadap perang di Gaza dibandingkan sebelumnya. Beliau menambah, “Tel Aviv akan meneruskan perang melawan Hamas di Jalur Gaza hingga tujuannya tercapai sepenuhnya, sekalipun memerlukan waktu yang panjang.”
Menteri Luar Negeri Yahudi, Eli Cohen, pernah menyatakan, “Tekanan eksternal terhadap (Israel) makin meningkat.” Naftali Bennett juga mengatakan, “Opini dunia tidak menjadi kepentingan kami saat ini.”
Surat khabar British Financial Times menyatakan telah mengamati adanya perubahan opini umum Barat—khususnya Amerika Syarikat—mengenai Israel dan Palestin pasca tercetusnya perang Gaza pada 7 Oktober lalu. Jika hal ini terbukti, adakah dampak dari entiti Yahudi terhadap perubahan ini?
Tidak diragukan lagi, opini umum memiliki kedudukan penting dan bahaya seperti yang telah dipaparkan sebelumnya. Bahkan, kami katakan bahawa tirani terbesar pun sedar betapa pentingnya masalah ini. Jadi, mengapa orang-orang Yahudi mendakwa mereka tidak menghiraukan opini dunia dan tidak memperhatikannya?
Jawapannya adalah semua dakwaan mereka menunjukkan hilangnya mentaliti politik di kalangan Yahudi, hilangnya para ahli politik, serta wujudnya kebodohan dan keangkuhan ekstrem dari mereka yang berkuasa. Hal ini mendorong suatu entiti (bukan hanya Yahudi) ke dalam kehancuran, jurang maut, dan nasib yang tidak dapat dielakkan. Ini merupakan anugerah Allah kepada kita bahawa entiti Yahudi telah kehilangan mentaliti politiknya, juga kehilangan simpati dan opini dunia.
Ternyata perang Gaza menyebabkan makin besarnya keretakan internal entiti Yahudi sehingga memperparah kelemahan mereka. Hingga nantinya Kekhalifahan kedua akan mendapati dirinya di atas kelemahan dan penghinaan entiti yang terpecah belah dengan lemahnya sokongan global. Entiti ini akan segera jatuh saat perang diumumkan.
Wajah-wajah suci akan memasuki Masjidil Aqsa sambil menyeru, “Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.” [TMQ Al-Isra’ (17): 7].
¹Disebut bulan haram kerana pada bulan-bulan ini, orang Arab dilarang keras untuk saling membunuh dan berperang. Jika seseorang menumpahkan darah pada bulan-bulan tersebut, perbuatannya dianggap sebagai satu kesalahan besar.
#FreePalestin #ArmiesToAqsa #OpiniUmum #FreePalestineWithJihadAndKhilafah
Perubahan Opini Dunia Menentang Entiti Yahudi

