Site icon MuslimahHTM News

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH AL-BAQARAH : 30 – ALLAH MENJADIKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH AL-BAQARAH : 30 – ALLAH MENJADIKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

 

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (TMQ Al Baqarah [2]: 30)

 

———————

ALLAH MENJADIKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI

 

• Dalam Allah SWT ini memberitahukan bahawa Dia telah berfirman kepada para Malaikat, bahwasanya Dia akan menciptakan manusia untuk ditempatkan di muka bumi secara silih berganti. Tugas utama mereka adalah memakmurkan bumi atas dasar ketaatan kepada Allah. (Tafsir Al-Mukhtashar / Markaz Tafsir Riyadh)

 

• Ulama Aswaja dari empat mazhab juga menyatakan bahawa ayat di atas adalah dalil asal kewajipan mengangkat seorang khalifah. Imam al-Qurthubi menyatakan:

هَذِهِ اْلآيَةُ أَصْلٌ فِي نَصْبِ إِمَامٍ وَ خَلِيْفَةٍ يُسْمَعُ لَهُ وَيُطَاعُ، لِتُجْتَمَعَ بِهِ الْكَلِمَةُ، وَتُنَفَّذَ بِهِ أَحْكَامُ الْخَلِيْفَةِ. وَلاَ خِلاَفَ فِي وُجُوْبِ ذَلِكَ بَيْنَ اْلاُمَّةِ وَلاَ بَيْنَ اْلاَئِمَّةِ إِلاَّ مَا رُوِيَ عَنِ اْلاَصَمِ.

Ayat ini (QS al-Baqarah [2]: 30) adalah dalil asal atas kewajipan mengangkat seorang imam atau khalifah yang didengar dan ditaati, yang dengan itulah kalimat (persatuan umat) disatukan dan hukum-hukum khalifah diterapkan. Tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan ini, baik di kalangan umat maupun kalangan para ulama, kecuali yang diriwayatkan dari Al-Asham (Al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 1/264-265).

 

#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1ayat #100TahunKejatuhanKhilafah

Exit mobile version