Solusi Dua Negara yang Berbahaya ala AS Hanya Mengabsahkan dan Melestarikan Kejahatan Zionis terhadap Rakyat Palestin
Berita:
Seiring dengan terus berkobarnya genosid di Gaza, terdapat seruan yang semakin intensif dari Amerika dan negara-negara Barat lainnya serta Kesatuan Eropah, PBB, dan para penguasa di negara-negara Muslim untuk meningkatkan usaha demi mewujudkan solusi dua negara bagi Palestin. Pada hari Sabtu, 6 Januari, ketika berkunjung ke Beirut, ketua dasar luar negeri Kesatuan Eropah menyatakan bahawa ia bertujuan untuk memulakan suatu inisiatif Eropah-Arab untuk menghidupkan kembali proses perdamaian yang akan menghasilkan solusi dua negara bagi konflik ‘Israel’-Palestin. Dia berkata: “Sudah waktunya untuk mewujudkan gagasan kita tentang solusi dua negara, jika tidak, siklus keganasan akan terus berlanjutan dari generasi ke generasi, pengebumian demi pengebumian, kerana anda tidak boleh membunuh sebuah idea”. Selama kunjungan Menteri Luar Negeri AS Antony Blinken ke Timur Tengah baru-baru ini, dia bertemu dengan Menteri Luar Negeri Jordan Ayman Safadi yang membahas sebuah senario masa depan yang akan menyatukan Tebing Barat dan Gaza sebagai dasar untuk solusi dua negara bagi orang-orang ‘Israel’ dan rakyat Palestin.
Komentar:
Solusi dua negara untuk Palestin telah dipintal selama puluhan tahun oleh pemerintahan Barat dan rejim-rejim boneka mereka di negeri-negeri Muslim, sebagai satu-satunya jalan untuk menjamin perdamaian, keamanan, dan keadilan bagi semua orang di negeri tersebut. Kenyataannya, hal ini hanya berfungsi sebagai sarana untuk melanjutkan dan memperkuat eksistensi dan dominasi pendudukan Zionis.
Robert F. Kennedy Junior, calon Presiden AS tahun 2024, menyatakan dalam sebuah wawancara, “Israel adalah benteng bagi kita… Hampir seperti memiliki sebuah kapal induk di Timur Tengah. Israel adalah sekutu tertua kita. Jika ‘Israel’ hilang, Rusia, China, dan negara-negara BRICS+ akan menguasai 90% minyak dunia dan hal ini akan menjadi bencana besar bagi keamanan nasional AS”.
Jelas bahawa entiti Zionis adalah anjing penjaga yang setia bagi kolonialisme AS di negeri-negeri Muslim. Oleh kerana itu, solusi apa pun yang dipromosikan oleh pemerintah Amerika bagi wilayah Muslim hanya akan menguntungkan kepentingannya dan Zionis pengawal terdepannya, serta tidak akan membawa kebaikan bagi umat Muslim Palestin.
Lebih lebih lagi, seberapa adilkah solusi dua negara yang mengajukan agar sebuah negara Palestin dibangun berdasarkan sempadan tahun 1967, yang pada dasarnya memberikan sekitar 80% tanah bersejarah Palestin kepada entiti Zionis, sementara hanya menyisakan seperlima tanah bagi rakyat Palestin? Seberapa adilkah sebuah rencana yang mengizinkan sang pencuri untuk tetap mendapatkan hasil curiannya dan yang mengabsahkan serta mensucikan perampasan tanah, penghancuran rumah-rumah dengan jentolak-jentolak, pembantaian besar-besaran, pembersihan etnik para penduduk dari tanah air mereka, dan segunung kejahatan lain dari pendudukan keji itu, yang telah mewujudkan eksistensinya dan menyebarkan dominasinya atas Tanah Suci? Bukankah hal ini menjadi hadiah bagi keagresifan, genosid, dan terorisme yang dilakukan oleh entiti penjenayah Zionis dan penaklukannya yang terus menerus atas rakyat Palestin? Seperti yang digambarkan oleh seorang jurnalis, negara-negara Barat liberal menggunakan ungkapan solusi ‘dua negara’ untuk menutupi kenyataan yang buruk.
Selain itu, seberapa layakkah negara yang disebut sebagai negara Palestin ini? Negara ini akan menjalani demiliterisasi, dengan seluruh gerakan perlawanan dilucutkan senjata mereka, sehingga negara tersebut rentan dan tidak mampu melindungi diri dari serangan Zionis di masa depan yang bertujuan untuk merebut lebih banyak wilayahnya lagi. Dalam sebuah wawancara pada bulan Februari tahun lalu, pemimpin entiti Zionis, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa negara Palestin pada masa depan perlu menyerahkan kawalan keamanan kepada ‘Israel’, dan mengakui bahawa hal ini bukanlah kedaulatan yang sempurna. Kenyataannya, negara ini adalah negara yang TIDAK mempunyai kedaulatan tidak mempunyai kawalan atas sempadan, wilayah udara, militer, atau ekonominya; sebuah negara tanpa sumber daya nyata yang bergantung pada entiti Zionis untuk kelangsungan hidupnya. Negara macam apakah itu?!!
Selain itu, terdapat lebih dari 600 000 pemukim Yahudi dan puluhan pemukiman Yahudi di Tebing Barat, beberapa di antaranya setara dengan kota-kota besar yang memiliki sekolah, hospital, dan universiti sendiri, sehingga tujuan untuk mendirikan negara Palestin di wilayah tersebut menjadi mustahil. Inilah sebabnya mengapa mantan Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Craig Mokhiber menggambarkan solusi dua negara untuk Palestin sebagai sebuah jenaka terbuka di koridor PBB…, baik kerana kemustahilannya mahupun kerana kegagalan totalnya dalam mempertimbangkan hak asasi manusia Palestin yang tidak dapat dicabut.
Dan yang terakhir, berdirinya sebuah negara Palestin di atas tanah Palestin sangat bertentangan dengan filosofi Zionisme yang meyakini akan penguasaan seluruh tanah Palestin untuk membangun apa yang disebut sebagai ‘tanah air Yahudi’. Harry Truman, Presiden AS pada tahun 1940-an dan 50-an menyatakan dalam sebuah video pada saat itu, “Zionis menentang apa pun yang perlu dilakukan jika mereka tidak dapat menguasai seluruh Palestin…. Itu tidak dapat dilakukan. Kita mesti melakukannya dalam dos-dos kecil…”. Menteri komunikasi pendudukan, Shlomo Kahri mengatakan pada bulan Disember, “Tidak akan ada negara Palestin di sini. Kami tidak akan pernah membiarkan negara lain didirikan antara Jordan dan Laut [Mediterranean], yang sejalan dengan kata-kata Piagam Likud. Dan dalam pidatonya di Perhimpunan Agung PBB September lalu, Netanyahu menunjukkan sebuah peta Timur Tengah yang menunjukkan ‘Israel’ terdiri dari seluruh wilayah Palestin, mulai dari sungai hingga laut. Jelas bahawa entiti Zionis tidak akan menerima apa pun selain kawalan penuh atas seluruh tanah Palestin.
Apa yang disebut sebagai solusi dua negara hanya akan menjadi penghinaan bagi umat Islam di Palestin. Mereka akan pasrah untuk hidup di masa depan di bawah dominasi entiti penjenayah Zionis dan tunduk pada keinginannya, termasuk dibersihkan secara etnik dari wilayah Palestin lainnya. Lebih jauh lagi, ini adalah pengkhianatan terhadap Allah (swt), Rasul-Nya (saw), dan orang-orang mukmin, kerana seluruh tanah Palestin disucikan oleh Allah (swt) dan berada di bawah kekuasaan Islam pada masa Khilafah Rasyidin dan tetap demikian selama berabad-abad.
Oleh kerana itu, menurut syariah, seluruh Tanah Suci Palestin adalah milik umat Islam sampai hari kiamat. Tidak satu inci pun darinya boleh diberikan! Sebaliknya, kekuasaan Islam mesti ditegakkan atasnya melalui pembebasan seluruh tanah ini oleh tentera Islam dan penerapan pemerintahan Islam di bawah naungan negara Khilafah yang berdasarkan metode Kenabian. Menerima apa pun yang kurang dari ini hanya akan membiarkan pembantaian dan kejahatan lain dari pendudukan brutal dan kejam ini terus berlanjutan!
Allah (swt) berfirman:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ﴾
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” [TMQ Al-Anfal: 27]
Oleh:
Dr. Nazreen Nawaz

