[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH ALI ‘IMRAN AYAT 110 – UMAT ISLAM ADALAH KHAIRU UMMAH
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۗ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ ٱلْكِتَٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ ٱلْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (TMQ Ali `Imran [3]: 110)
————–
UMAT ISLAM ADALAH KHAIRU UMMAH
Adapun definisi khairu ummah di dalam surat Ali Imran ayat 110 menurut Tafsir Ibn Abbas:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ } أنتم خير أمة { أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ } كانت للناس ثم بين خيرهم فقال { تَأْمُرُونَ بالمعروف } بالتوحيد واتباع محمد { وَتَنْهَوْنَ عَنِ المنكر } عن الكفر والشرك ومخالفة الرسول { وَتُؤْمِنُونَ بالله }
“(Kamu adalah umat yang terbaik) Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia (yaitu untuk manusia), kemudian menjelaskan sebaik-baik mereka, maka Allah berfirman (menyuruh kepada yang makruf), dengan meng-Esa-kan (mentauhidkan) Allah dan mengikuti Nabi Muhammad, (dan mencegah dari yang munkar) dari kekufuran dan syirik dan menyalahi Rasulullah, (dan beriman kepada Allah).”
Usaha menuju khairu ummah mestilah diwujudkan dengan menerapkan Islam secara kaffah dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum. Merubah seluruh tatanan kehidupan berdasarkan syariat Islam secara kaffah.
Oleh kerana itu, umat Islam mestilah menguatkan posisinya dengan menunjukkan karakter hakiki seorang Muslim yang berideologi Islam.
(Ustazah Dewi Srimurtiningsih)
#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1ayat #100TahunKejatuhanKhilafah

