[Kaffah] WAJIB MEMBEBASKAN AL-AQSA DARI CENGKAMAN ZIONIS!
Salah satu peristiwa penting yang terjadi pada bulan Rejab adalah Israk Mikraj. Momentum itu memiliki banyak erti dan hikmah bagi kaum Muslim. Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya. Allah SWT memperjalankan Nabi Muhammad saw. dari Masjid al-Haram menuju Masjid al-Aqsa kurang dari semalam. Allah SWT juga mempertemukan Rasulullah saw. dengan para nabi dan rasul lainnya. Beliau bahkan menjadi imam bagi mereka dalam solat berjemaah. Seterusnya beliau diangkat ke langit hingga ke Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat.
Iman Tanpa Ragu
Perjalanan Israk Mikraj adalah salah satu mukjizat yang Allah SWT berikan kepada Rasulullah saw. Dalam peristiwa tersebut Rasulullah saw. menempuh perjalanan dengan ruh dan jasad beliau secara utuh. Bukan semata ruh beliau atau hanya penglihatan beliau dalam mimpi, seperti dugaan sebahagian orang. Allah SWT berfirman:
سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلًا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا…
Maha Suci Allah Yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa… (TMQ al-Israk [17]: 1).
Dalam ayat di atas Allah SWT menggunakan frasa “bi ’abdihi”. Maknanya adalah ruh dan jasad Nabi Muhammad saw. Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahulLâh mengatakan, “Sungguh Israk Mikraj terjadi dalam semalam. Nabi Muhammad saw., mengalami peristiwa ini dalam keadaan terjaga; dengan jasad dan ruh beliau. Peristiwa ini terjadi setelah beliau diutus menjadi rasul. Inilah pendapat majoriti ulama ahli hadis, ahli fiqh dan ahli kalam. Pendapat ini didukung oleh hadis-hadis yang sahih…” (Ibnu Hajar, Fath al-Bâri, 7/197, Maktabah Syamilah).
Bagi Allah SWT tidak ada yang mustahil. Allah SWT berkuasa untuk memberikan mukjizat dalam bentuk apapun kepada para nabi dan rasul-Nya. Allah SWT berkuasa untuk menjadikan tongkat Nabi Musa as. mampu membelah lautan. Allah SWT berkuasa untuk menjadikan sejuk api yang marak yang membakar Nabi Ibrahim as. Dengan itu beliau selamat. Tidak hangus terbakar. Allah SWT juga berkuasa untuk memperjalankan Rasulullah saw. dari Masjid al-Haram menuju Masjid al-Aqsa hingga mengangkat beliau ke Sidratul Muntaha hanya dalam waktu kurang dari semalam. Oleh kerana itu setiap Muslim wajib mengimani Peristiwa Israk Mikraj ini sebagai bahagian dari kebesaran Allah SWT dan salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw.
Kemuliaan Masjid al-Aqsa
Bagi kaum Muslim, Masjid al-Aqsa memiliki banyak erti. Pertama: Masjid al-Aqsa pernah menjadi kiblat pertama kaum Muslim dalam menunaikan solat selama 16 bulan. Kemudian Allah SWT mengubah kiblat mereka ke arah Mekah (Lihat: QS al-Baqarah [2]: 144).
Kedua: Masjid al-Aqsa dan Syam (Palestin) adalah wilayah yang Allah SWT berkahi, sebagaimana firman-Nya:
سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلًا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنۡ ءَايَٰتِنَآۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ
“Maha Suci Allah Yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepada dia sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (TMQ al-Israk [17]: 1).
Syaikh Wahbah az-Zuhaili dalam At-Tafsîr Al-Munîr menyebutkan: “Syam (Palestin) adalah Tanah Suci yang telah Allah berkahi dengan banyaknya nabi yang diutus ke sana. Syariah yang mereka bawa telah menyebar ke seluruh dunia. Tanah ini dikurniai kesuburan, pepohonan dan sungai-sungai yang melimpah. Dengan itu kebaikan dunia dan akhirat seolah-olah ada di dalamnya.” (Az-Zuhaili, At-Tafsîr Al-Munîr, 17/88)
Rasulullah saw. juga mendorong kaum Muslim untuk beribadah di Masjid al-Aqsa kerana besarnya keutamaan yang Allah SWT limpahkan:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلاَّ إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَ
“Janganlah mengencangkan pelana (untuk melakukan suatu perjalanan) kecuali menuju tiga Masjid iaitu: Masjid al-Haram (di Mekah), Masjidku (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin)”. (HR al-Bukhari dan Muslim).
Kemuliaan dan keberkahan yang Allah limpahkan tersebut berlaku hingga Hari Kiamat. Sayangnya, hari ini Masjid al-Aqsa berada dalam penjajahan kaum zionis Yahudi. Mereka telah sering mengotori dan menistakan Masjid al-Aqsa. Mereka juga telah melakukan berbagai kekejaman dan kekejian terhadap kaum Muslim di sekitar Masjid al-Aqsa dan Palestin secara umum selama berpuluh tahun lamanya. Semua kejahatan dan kezaliman mereka lakukan dengan didukung oleh pengkhianatan para pemimpin Muslim, khususnya di Timur Tengah, dan dukungan negara-negara Barat kafir.
Penistaan al-Aqsa oleh Zionis Yahudi
Palestin dan kawasan Masjid al-Aqsa telah dicengkam oleh zionis Yahudi lebih dari 76 tahun. Entiti Yahudi telah mengusir lebih dari 1.8 juta jiwa warga Palestin. Sejak tercetus perang pada tanggal 7 Oktober tahun lalu, tentera zionis telah membunuh lebih dari 25 ribu warga Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak. Dilaporkan sejak Disember tahun lalu setiap hari 160 kanak-kanak Palestin terbunuh akibat serangan kejam entiti Yahudi.
Masjid al-Aqsa juga dinista dan dirosak entiti Yahudi. Mereka membuat terowong di bawah bangunan Masjid al-Aqsa dengan alasan mencari sisa tinggalan kuil Sulaiman. Terowong ini sudah tentu membahayakan struktur bangunan di atasnya. Tentera zionis juga telah menyerang ke dalam Al-Aqsa berkali-kali untuk menangkap dan membunuhi jemaah yang berada di dalamnya. Keganasan itu juga sering dilakukan pada bulan suci Ramadhan saat umat Muslim sedang menunaikan ibadah di dalamnya.
Perampasan dan penistaan terhadap Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah hasil kejahatan negara-negara kafir Barat, terutamanya Brtiain, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1917, Menteri Luar Negeri Britain, Lord James Balfour mengeluarkan Deklarasi Balfour. Isinya adalah dukungan kepada zionis Yahudi untuk menguasai tanah Palestin. Deklarasi Balfour disokong oleh Sekutu dan Liga Bangsa-Bangsa (organisasi sebelum PBB) pada Julai 1922.
Namun demikian, perampasan dan penistaan terhadap Masjid al-Aqsa tidak akan terjadi jika para pemimpin Dunia Islam tidak berkhianat dengan mendiamkan penjajahan ini. Setiap kali berlaku keganasan dan serangan tentera Yahudi terhadap warga Palestin dan Al-Aqsa, mereka hanya mengecam. Bahkan sudah ada enam negeri Muslim yang secara terang-terangan menjalin hubungan akrab dengan negara zionis Yahudi; Turki, Jordan, Bahrain, Mesir, UAE, Moroko dan Sudan. Padahal Allah SWT telah mengancam:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil kaum Yahudi dan Nasrani menjadi wali (sahabat, teman. pelindung). Sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Siapa saja di antara kalian yang mengambil mereka menjadi wali, sungguh dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (TMQ al-Maidah [5]: 51).
Wajib Membebaskan Al-Aqsa
Membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah fardhu atas kaum Muslim. Akan tetapi, kaum Muslim haram meminta bantuan kepada negara-negara Barat dan badan-badan internasional untuk menunaikan kewajipan tersebut. Negara-negara Barat adalah bidan yang membantu kelahiran negara zionis di tanah Palestin.
Di sisi lain mustahil PBB atau Mahkamah Internasional (International Court of Justice/ICJ) dapat menyeret entiti Yahudi ke pengadilan. Mustahil kedua lembaga ini akan menghukum dan meminta zionis Yahudi agar mengangkat kaki dari tanah Palestin. Mereka hanya memainkan drama. Tujuannya sekadar untuk menyenangkan pihak-pihak yang mengecam aksi terorisme kaum zionis Yahudi agar mereka tidak dipandang sebagai pihak yang berdiam diri atau menyokong zionis Yahudi. Padahal tangan mereka berlumuran darah rakyat Palestin.
Satu-satunya jalan yang sesuai syariah untuk membebaskan dan melindungi Masjid al-Aqsa adalah dengan jihad fî sabîlillâh, yakni dengan memerangi entiti Yahudi hingga tak ada satu jengkal pun tanah Palestin yang mereka injak lagi. Allah SWT berfirman:
وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ
“Perangilah mereka di mana saja kalian menjumpai mereka dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kalian.” (TMQ al-Baqarah [2]: 191).
Oleh sebab itu, semestinya para pemimpin Dunia Islam meninggalkan retorika kosong dan berhenti meminta bantuan kepada badan-badan internasional manapun. Kaum Muslim di mana pun, khususnya para perwira dan prajurit Muslim, wajib bergerak menyambut panggilan jihad dari mana pun, termasuk dari bumi Palestin. Tak sepantasnya mereka berdiam diri dan berpangku tangan.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيكُمۡۖ
“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul jika dia menyeru kalian pada suatu yang memberikan kehidupan kepada kalian.” (TMQ al-Anfal [8]: 24).
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb. []
—*—
Hikmah:
Rasulullah saw. bersabda:
لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلَهُمُ الْمُسْلِمُونَ، حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءَ الْحَجَرِ، وَالشَّجَرَةِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ، أَوِ الشَّجَرَةُ: يَا مُسْلِمُ، يَا عَبْدَ اللهِ، هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي، فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
“Tidak akan tiba Hari Kiamat hingga kaum Muslim memerangi kaum Yahudi. Lalu kaum Muslim membunuh mereka hingga seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, kemudian batu dan pohon berkata, “Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Orang Yahudi ini ada di belakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia!” Kecuali gharqad kerana ia adalah pohon orang Yahudi.” (HR Ahmad).
#ArmiesToAqsa #FreePalestine #FreePalestineWithJihadAndKhilafah

