Site icon MuslimahHTM News

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH ALI ‘IMRAN AYAT 103 – PENTINGNYA UMMAH BERSATU ATAS DASAR ISLAM

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH ALI ‘IMRAN AYAT 103 – PENTINGNYA UMMAH BERSATU ATAS DASAR ISLAM

 

وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (TMQ Ali `Imran [3]: 103)

 

————–

PENTINGNYA UMMAH BERSATU ATAS DASAR ISLAM

 

Menurut keterangan dari Al-Zamakhsyari (467-538 H) dalam Tafsir Al-Kasysyaf (1998: Vol. 1, 601), ayat ini adalah sebuah larangan untuk bercerai-berai sebagaimana yang terjadi pada masa jahiliah, iaitu saling bermusuhan satu sama lain hingga terjadi peperangan di antara mereka.

 

Ayat ini juga adalah larangan untuk mengucapkan kata-kata yang menyebabkan perpecahan. Dalam sejarah Arab, sebagaimana disebutkan dalam Tafsir Al-Baidhawi, disebutkan bahawa suku Aus dan Khazraj adalah dua saudara, tetapi anak keturunannya mengalami pemusuhan hingga terjadi peperangan antara keduanya selama 120 tahun sampai Allah memadamkan api peperangan dan kebencian di antara mereka dengan perantara agama Islam (Al-Qaujawi: 1999, Vol, 3, 136).

 

Muslim itu bersaudara dan ikatan yang mengikat mereka adalah akidah Islam. Apa pun organisasinya, jemaahnya, atau mazhabnya harus tetap berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunah.

 

Menurut Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam Tafsir Al-Munîr (IV/32), salah satu bentuk berpegang teguh kepada din Allah dalam QS Ali Imran ayat 103 ditunjukkan oleh ayat selanjutnya (QS Ali Imrân: 104), yakni mendakwahkan din Islam dan melakukan amar makruf nahi mungkar. Keteguhan memperjuangkan kebenaran seperti inilah yang menjadi syarat turunnya pertolongan Allah. Allah pun berjanji meneguhkan kedudukan mereka yang menolong din-Nya (QS Muhammad: 7) dan menganugerahkan mereka kekhalifahan (QS An-Nur: 55).

 

Jadi, berpegang teguh pada agama Allah mestilah memperjuangkan penerapan Islam secara kaffah dalam naungan negara Khilafah Islamyiah. Kerana dengan Khilafah, Al-Quran dan As-Sunnah diterapkan dalam seluruh aspek kehidupan. Dengan Khilafah, kesatuan kaum muslim akan terjaga di bawah satu kepemimpinan seorang khalifah.

 

(Ustazah Kartinah Taheer)

 

#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1ayat #100TahunKejatuhanKhilafah

Exit mobile version