Site icon MuslimahHTM News

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH AL-AHZAB AYAT 21 – RASULULLAH SEBAIK-BAIK PEMIMPIN UNTUK KITA TELADANI

[1 HARI 1 AYAT – KUMPULAN AYAT PILIHAN] SURAH AL-AHZAB AYAT 21 – RASULULLAH SEBAIK-BAIK PEMIMPIN UNTUK KITA TELADANI

 

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (TMQ Al-Ahzab [33]: 21)

————–

RASULULLAH SEBAIK-BAIK PEMIMPIN UNTUK KITA TELADANI

 

Ayat ini sekaligus mengajarkan kepada semua manusia untuk meneladani Rasulullah saw. dalam keadaan lapang, sempit, ketika terjadi peperangan, menghadapi para pemberani dan pertempuran para pahlawan.

 

Dikatakan juga oleh Asy-Syaukani, al-Qinnauji dan lain-lain bahawa Rasulullah saw. adalah uswah hasanah bagi kalian kerana beliau mengorbankan jiwanya untak perang dan keluar ke Khandaq untuk menolong agama Allah SWT.

 

Penjelasan menarik tentang hal ini disampaikan oleh Sayyid Thanthawi. Intinya, siapa pun yang membaca Sîrah Nabawiyyah yang mulia akan mendapati bahawa pada Perang Ahzab tersebut terdapat sifat khusus; sementara pada keadaan lainnya bersifat umum sebagai uswah hasanah dalam semua perkataan, perbuatan dan berbagai keadaan lainnya. Dalam perang tersebut, sungguh Rasulullah saw. bersama-sama dengan para Sahabat turut ambil bahagian dalam menggali parit, memecahkan batu dengan kapak, membawa tanah. Beliau pun bersama mereka ikut menyenandungkan nyanyian dan nasyid. Beliau juga melakukan pekerjaan yang berat dan melelahkan. Beliau juga bersama dengan mereka merasakan kelaparan yang hebat dan berjaga malam. Bahkan beliau juga menjadi pemimpin yang tegas lagi kasih sayang. Selain itu, beliau juga menjadi tempat berlindung bagi para Sahabat mereka yang tidak mampu menghilangkan rintangan yang mereka temui selama penggalian parit.

 

Maknanya: Rasulullah saw. adalah teladan yang baik bagi kalian ketika beliau keluar untuk berperang ke Khandaq untuk menolong agama Allah SWT. Kesabaran, keteguhan dan kesungguhan beliau dalam menghadapi musuh merupakan teladan yang baik bagi kaum Mukmin.

 

Seperti yang ditegaskan oleh Ash-Syaukani, al-Qinuji, al-Harari, dan lain-lain, walaupun alasannya khusus, ayat ini bersifat umum. Oleh itu, umat Islam diperintahkan untuk meneladani Rasulullah saw. secara umum termasuklah kesabaran dan keteguhan hati dalam memperjuangkan Islam.

 

Ibnu Katsir berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan dalil pokok yang paling besar dalam meneladani Rasulullah saw. dalam semua perkataan, perbuatan dan berbagai hal lainnya. Sebab itulah Allah SWT memerintahkan kepada kaum Mukmin agar meneladani Nabi saw dalam peristiwa Perang Ahzab terkait kesabaran, keteguhan hati, kesediaan dan perjuangan beliau serta tetap menanti jalan keluar dari Tuhannya.”

 

(KH Rokhmat S. Labib, M.E.I.)

 

#kempenrejab #rejabbulanmulia #1hari1ayat #100TahunKejatuhanKhilafah

Exit mobile version