Site icon MuslimahHTM News

Larangan dan Boikot Hanya Akan Menjadikan Pengemban Dakwah Lebih Kuat!

Larangan dan Boikot Hanya Akan Menjadikan Pengemban Dakwah Lebih Kuat!

 

Pemerintah Britian telah menguatkuasakan larangan yang telah lama mereka tunggu-tunggu, yakni terhadap aktiviti para pengemban dakwah (dawah carriers). Tindakan ini lahir dari kebangkrupan intelektual dan mentaliti negara yang gagal, kerana dunia tahu bahawa  Khilafah sudah dekat.

 

Ada sejumlah pelajaran penting yang perlu diambil oleh umat Islam dan para pengemban dakwah dari keadaan yang baru ini. Hal pertama yang perlu dilakukan adalah memahami dengan tepat apa yang mereka harapkan dari tindakan ini dan bagaimana kita tidak boleh jatuh ke dalam perangkap yang telah dipasang untuk kita.

 

Pertama, musuh-musuh Islam ingin menanamkan rasa takut di hati orang-orang yang beriman, dan idea mereka adalah dengan memaksa umat Islam untuk mendahulukan masalah dunia di atas status mereka di Akhirat.  Hal ini disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Anfaal 8:2.

 

﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ﴾ “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal;”.

 

Taktik kekerasan dan ancaman terhadap umat Islam untuk meningkatkan rasa takut bukanlah hal yang baru. Dalam sejarah Islam, 6 tahun usaha kaum musyrikin untuk mengalihkan dakwah dan seruan kepada Islam, telah gagal secara total. Musuh-musuh pada masa lalu berusaha menggunakan segala macam senjata untuk melawan umat Islam, mulai dari godaan dan keuntungan duniawi hingga mengancam mereka dengan menghapuskan ikatan kekeluargaan. Sedangkan prinsip dasar dalam Islam adalah kita tidak boleh berbuat syirik dan menyekutukan Allah (swt).

 

Pada masa Nabi (saw), penghinaan dan opini negatif masyarakat yang mengejek umat Islam adalah praktik yang popular.

 

﴿وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيِقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُواْ مِنكُمْ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾ “Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” [TMQ. At-Taubah 9:61].

 

Penyeksaan dan penganiayaan di khalayak umum terdokumentasikan dengan baik, seperti yang kita ketahui dari kisah-kisah Sirah. Hari ini pun demikian; kewajipan dan tugas kita untuk mengikuti jalan Nabi (saw) mestilah didahulukan sebelum segala aspek dari makhluk (ciptaan-Nya) dan tuntutannya. Kita sama teguhnya dengan para Sahabat ketika mereka dihadapkan dengan ancaman dan hukuman kaum Quraisy dan para pendukungnya yang menentang Islam, sebagaimana kita diingatkan akan pahala besar yang dijanjikan kepada orang-orang yang sabar.

 

﴿وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴾ “Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa  bagi mereka disediakan syurga -syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga syurga itu, mereka mengatakan: “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu”. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.” [TMQ. Al-Baqarah 2:25]

 

Hal ini mengarah pada tujuan yang kedua dari larangan terhadap tsaqafah, pengucilan, yang dirancang untuk melemahkan ( para pengemban dakwah). Kuatnya keimanan umat Islam saat ini dan sepanjang sejarah merupakan hal yang selalu ingin diperangi oleh kaum kafir. Saat ini mereka menggunakan nasionalisme, dan semua penguasa Muslim adalah hambanya yang bekerja melawan umat Islam dan memecah belah mereka. Dahulu, mereka mengetahui bahawa  Abu Thalib adalah penghalang bagi dominasi (kaum musyrikin) kerana dia mendukung Nabi (saw). Mereka berharap dapat memujuk Abu Thalib agar melepaskan dukungan dan perlindungannya terhadap anak saudaranya  dan Islam. Mereka ingin mengucilkan Muhammad dari keluarganya (Bani Hasyim) untuk menghilangkan kemampuannya mendapatkan opini umum dan berkembang maju dalam seruan kekuasaan Islam.

 

Tidak boleh dihindari bahawa  setiap usaha untuk mengucilkan Bani Hasyim akan menyebabkan polarisasi kelompok di Mekah. Setiap orang di Mekah perlu menyatakan dirinya mendukung atau menentang Bani Hasyim. Perpecahan seperti inilah yang ingin dilakukan oleh kaum kafir di tengah komuniti Muslim. Entah anda bersama pemerintah Barat, atau anda adalah musuh fundamentalis negara yang perlu dimusnahkan dan benar-benar dibuang ke luar struktur sosial sepenuhnya. Itulah sebabnya kita tahu bahawa  semua perundangan moden mengenai tindakan kemanusiaan tidak berlaku bagi umat Islam. Gaza adalah contoh yang terang benderang dari trend yang terjadi di negara-negara Muslim lainnya. Anda akan sendirian dalam kematian dan kehancuran  tanpa ada entiti duniawi yang menolong anda.

 

Kita ingat kisah-kisah kaum Muslimin ketika mereka diasingkan di padang pasir dan ditinggalkan tanpa keperluan asas sehinggakan putri tercinta Rasulullah (saw) kelaparan dan mengalami kecacatan kekal akibat pengalaman itu.

 

Ketiga, mungkin akan ada godaan untuk mengurangkan ekspresi identiti keislaman seseorang dengan merasa malu kerana dikaitkan dengan sesuatu yang secara terbuka tidak didukung oleh sistem. Tekanan untuk tunduk pada opini umum dan menjadi lebih “terintegrasi” ke dalam budaya non-Islam adalah jalan berbahaya yang dirancang secara strategik agar mempunyai impak bergenerasi. Hadis dan dalil-dalil syarak jelas melarang hal ini: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Daud)

 

Pemerintahan yang non-Muslim tahu bahawa  kaum Muslimin memiliki identiti yang jelas yang ingin mereka wariskan kepada anak-anak mereka sebagai jawapan kepada  dalil-dalil syarak Islam. (Dan boleh difahami bahawa  kaum Muslimin tidak tertarik pada langkah-langkah keluarga berencana untuk mengurangkan jumlah anak). Misalkan mereka dapat menangkap generasi orang tua yang berada pada masa kelemahan ideologis.  Dalam hal ini, kebiasaan mengecilkan identiti keislaman agar sesuai (dengan masyarakat non-Muslim) akan diwariskan kepada keturunannya. Indoktrinasi yang berpotensi menimbulkan bencana ini tidak akan pernah boleh dipatahkan tanpa intervensi radikal dalam garis keturunan dan pelatihan. Tentu saja, kaum perempuan adalah pendidik penting bagi anak-anak, dan jika kaum perempuan dapat dipujuk untuk mengkompromikan identiti mereka, hal ini akan menjadi kemenangan bagi puluhan orang, bukan hanya satu orang.

 

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا﴾

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” [TMQ. At-Tahrîm: 6].

 

Kesimpulannya, para pengemban dakwah hendaklah mengambil pelajaran dari contoh masa lalu Nabi (saw) dan dalil-dalil dalam Al-Quran dan Sunnah, dan memahami bahawa  kita tidak berbeza dalam merespon boikot dan larangan. Para pengemban dakwah Muslim yang berjuang di daerah Majal, tempat Khilafah akan ditegakkan, selalu berjuang di tengah larangan-larangan dan boikot dengan penyeksaan, penangkapan, dan pengucilan sebagai rutin sehari-hari dalam perjuangan mereka. Namun, atas kehendak Allah (swt), mereka tidak pernah merasa takut dan tetap teguh dengan sumpahnya kepada Allah (swt). Seorang Muslim mengetahui bahawa  janji Allah (swt) adalah benar, dan sebaik-baik Mukmin menantikan perjumpaan dengan Rabb dan menukar amalan mereka demi keberuntungan terbesar, yakni memasuki Jannah untuk bersama Nabi (saw) dan  para Sahabat (ra).

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh

Imrana Mohammad

Exit mobile version