[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-IMAM AL-QADHI ABU YA’LA AL-FARRA’ AL-HANBALI (W. 458 H)
ﻧﺼﺒﺔ اﻹﻣﺎﻡ ﻭاﺟﺒﺔ ﻭﻗﺪ ﻗﺎﻝ ﺃﺣﻤﺪ – ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ – ﻓﻲ ﺭﻭاﻳﺔ ﻣﺤﻤﺪ ﺑﻦ ﻋﻮﻑ ﺑﻦ ﺳﻔﻴﺎﻥ اﻟﺤﻤﺼﻲ: اﻟﻔﺘﻨﺔ ﺇﺫا ﻟﻢ ﺗﻜﻦ ﻳﻘﻮﻡ ﺑﺄﻣﺮ اﻟﻨﺎﺱ. ﻭاﻟﻮﺟﻪ ﻓﻴﻪ: ﺃﻥ اﻟﺼﺤﺎﺑﺔ ﻟﻤﺎ اﺧﺘﻠﻔﻮا ﻓﻲ اﻟﺴﻘﻴﻔﺔ، ﻓﻘﺎﻟﺖ اﻷﻧﺼﺎﺭ: ﻣﻨﺎ ﺃﻣﻴﺮ ﻭﻣﻨﻜﻢ ﺃﻣﻴﺮ، ﻭﺩﻓﻌﻬﻢ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻭﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ، ﻭﻗﺎﻟﻮا: ” ﺇﻥ اﻟﻌﺮﺏ ﻻ ﺗﺪﻳﻦ ﺇﻻ ﻟﻬﺬا اﻟﺤﻲ ﻣﻦ ﻗﺮﻳﺶ ” ﻭﺭﻭﻭا ﻓﻲ ﺫﻟﻚ ﺃﺧﺒﺎﺭا، ﻓﻠﻮﻻ ﺃﻥ اﻹﻣﺎﻡﺓ ﻭاﺟﺒﺔ ﻟﻤﺎ ﺳﺎﻏﺖ ﺗﻠﻚ اﻟﻤﺤﺎﻭﺭﺓ ﻭاﻟﻤﻨﺎﻇﺮﺓ ﻋﻠﻴﻬﺎ، ﻭﻟﻘﺎﻝ ﻗﺎﺋﻞ: ﻟﻴﺴﺖ ﺑﻮاﺟﺒﺔ ﻻ ﻓﻲ ﻗﺮﻳﺶ ﻭﻻ ﻓﻲ ﻏﻴﺮﻫﻢ. ﻭﻃﺮﻳﻖ ﻭﺟﻮﺑﻬﺎ اﻟﺴﻤﻊ ﻻ اﻟﻌﻘﻞ، ﻟﻤﺎ ﺫﻛﺮﻧﺎﻩ ﻓﻲ ﻏﻴﺮ ﻫﺬا اﻟﻤﻮﺿﻊ، ﻭﺃﻥ اﻟﻌﻘﻞ ﻻ ﻳﻌﻠﻢ ﺑﻪ ﻓﺮﺽ ﺷﻲء ﻭﻻ ﺇﺑﺎﺣﺘﻪ، ﻭﻻ ﺗﺤﻠﻴﻞ ﺷﻲء ﻭﻻ ﺗﺤﺮﻳﻤﻪ. ﻭﻫﻲ ﻓﺮﺽ ﻋﻠﻰ اﻟﻜﻔﺎﻳﺔ، ﻣﺨﺎﻃﺐ ﺑﻬﺎ ﻃﺎﺋﻔﺘﺎﻥ ﻣﻦ اﻟﻨﺎﺱ. ﺇﺣﺪاﻫﻤﺎ: ﺃﻫﻞ اﻻﺟﺘﻬﺎﺩ ﺣﺘﻰ ﻳﺨﺘﺎﺭﻭا. ﻭاﻟﺜﺎﻧﻴﺔ: ﻣﻦ ﻳﻮﺟﺪ ﻓﻴﻪ ﺷﺮاﺋﻂ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﺣﺘﻰ ﻳﻨﺘﺼﺐ ﺃﺣﺪﻫﻢ ﻟﻹﻣﺎﻣﺔ.
“Mengangkat seorang imam/khalifah hukumnya wajib. Telah berkata al-Imam Ahmad bin Hambal -radhiyallahu ‘anhu- dalam riwayat Muhammad bin Auf bin Sufyan Al-Himshi: ‘Merupakan musibah (fitnah) bila tidak ada seorang imam/khalifah yang memelihara urusan kaum muslim’.
Dasarnya adalah: bahawa para sahabat tatkala berbeza pendapat di Saqifah, kaum Ansar berkata: ‘Bagi kami (kaum Ansar) pemimpin dari kami sendiri, dan bagi kalian (kaum Muhajirin) pemimpin dari kalian sendiri.’ Abu Bakar serta Umar bin Khattab -radhiyallahu ‘anhuma- lantas mencegah mereka, dan berkata: ‘Bangsa Arab tidak akan tunduk kecuali kepada kaum Quraisy’, seraya meriwayatkan sejumlah hadis tentang hal itu. Jika memang imamah/khilafah tidak wajib, nescaya perbincangan dan perdebatan ke atasnya itu tidak sepatutnya ada, dan nescaya juga akan ada yang berkata: ‘Imamah/khilafah itu tidak wajib, baik pemimpinnya dari suku Quraisy mahupun bukan.’
Sumber kewajipan tersebut adalah syarak bukan akal. Sebagaimana sudah kami sebutkan di tempat lain. Dan bahawa akal tidak dapat mengetahui wajib atau mubahnya sesuatu, tidak pula halal atau haramnya sesuatu.
Dan imamah/khilafah itu fardhu kifayah, dibebankan (dalam pelaksanaannya) atas dua golongan manusia. Pertama, ahlul ijtihad hingga mereka memilih (imam/khalifah); Kedua, siapa-siapa yang memenuhi syarat sebagai imam/khalifah hingga terpilih salah seorang di antara mereka.”
Al-Farra’, Abu Ya’la Muhammad bin al-Husain bin Muhammad. 2000. Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah. (Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah) hlm 19
—————
Fawaid:
• Ketiadaan khalifah akan menyebabkan timbulnya fitnah (ketempangan, karut marut, huru hara) di tengah-tengah umat.
• Dasar kewajipannya adalah syarak bukan akal, sehingga berakibat terhadap pahala dan dosa.
• Penyelenggaraannya menjadi tanggung jawab ahlul ijtihad (ahlul halli wal ‘aqdi) dan siapa-siapa yang memenuhi syarat menjadi khalifah. Sementara institusinya belum ada, maka mewujudkannya menjadi tanggung jawab umat seluruhnya.
(Ustaz Azizi Fathoni)

