[Ath-Thariq] Syarat-Syarat Kesahihan Sebuah Asas Pemikiran (Bahagian 1/5)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Kami katakan dalam fasal terdahulu bahawa yang menjadikan sesuatu sebagai asas pemikiran atau akidah aqliah, semata kerana ia merupakan fikrah kuliyah (pemikiran yang menyeluruh) tentang alam semesta, manusia, dan kehidupan sehingga mampu menjawab seluruh persoalan manusia dan memecahkan segenap permasalahan kehidupannya, bukan sebahagian saja. Kerana mungkin saja sebuah fikrah dapat memecahkan sebuah masalah padahal ia merupakan pemikiran cabang (fikrah far’iyah), atau hanya memecahkan sebahagian permasalah saja sehingga tidak mampu memecahkan segenap permasalahan dan menjadi pemikiran umum (fikrah ‘amah).
Bagaimanapun juga, sebuah pemikiran cabang atau umum, keduanya tidak layak menjadi asas pemikiran, kerana asas pemikiran (al-asas al-fikriy) merupakan pemikiran menyeluruh, tetapi sifat menyeluruhnya itu tidaklah menentukan kebenaran fikrah tersebut, tetapi hanya memberikan makna bahawa ia merupakan asas pemikiran.
Adapun syarat kesahihan asas ini, yakni yang menjadikan asas tersebut sebagai asas yang sahih, layak untuk perubahan dan kebangkitan yang benar, maka sebagai berikut:
- Memuaskan akal.
- Selaras dengan fitrah.
- Asas pemikiran mesti memuaskan akal.
Maksud dari syarat ini adalah bahawasanya solusi yang dianjurkan oleh sebuah asas pemikiran memecahkan al-uqdat al-kubra merupakan solusi yang dibangun di atas al-‘aql (rasio atau pemikiran), yakni solusi tersebut dicapai melalui sebuah metode rasional (thariqah akliah) sehingga memungkinkan akal yang normal dapat memastikan dan meyakini kebenarannya bila pun hal itu dilakukan, tiada lain dengan memahami realitinya serta mengindera madlul (arah dan maksudnya)-nya.
Jika syarat ini terpenuhi, maka solusi tersebut boleh memuaskan akal, sehingga ia memenuhi sebuah syarat lagi yakni selaras dengan fitrah. Jika tidak, ia merupakan solusi yang batil. Sebuah solusi atau penghurai yang ditegakkan di atas akal, bagaikan sebuah asas konkrit bangunan yang kukuh dan kuat serta berakar, yang di dalamnya tidak ada ruang sedikit pun.
Jika sebuah solusi tidak seperti itu (dibangun di atas akal), keadaannya bagaikan sebuah asas bangunan yang diserap air sehingga menyebabkan bangunannya lemah, kerana tidak ada kekuatan untuk tetap berdiri teguh. Begitu pula sebuah solusi yang memecahkan al-uqdat al-kubra (simpul besar persoalan manusia)—asas pemikiran dan akidah aqliah—perlu dipastikan tidak memiliki ruang sedikit pun. Kerana satu ruang atau celah saja yang ada didalamnya—dalam jangka panjang—menjadi penjamin runtuhnya solusi tersebut sehingga menafikan keberadaannya sebagai suatu solusi yang dibangun di atas akal.
Misalnya, ketika menjawab salah satu pertanyaan yang terkandung dalam al-uqdat al-kubra yang mempertanyakan masalah pencipta. Seandainya kita tetapkan bahawa sungai menjadi al-khaliq yang telah menciptakan alam semesta, manusia, dan kehidupan, maka jawapan seperti ini tidak dapat memuaskan akal yang normal.
Tiada lain kerana bukti yang terindera menunjukkan bahawasanya manusia mampu mengubah realiti sungai tersebut dengan mengubah jalur mengalirnya sungai, atau menambah dan mengurangi volume airnya, atau menghilangkan sama sekali kewujudannya. Adakah sungai tersebut masih menjadi al-khaliq sedangkan ia bersifat lemah walau hanya untuk mempertahankan dirinya sendiri?
Merupakan perkara yang pasti kebenarannya bahawa faqid al-syai la yu’thihi (orang yang tidak memiliki tidak dapat memberi), maka sungai yang tidak mampu mempertahankan dirinya—dengan alasan yang lebih kuat—akan lebih tidak mampu lagi mewujudkan dan menciptakan yang lain dari ketiadaannya—dan ini menjadi sifat hakiki al-khaliq—sehingga runtuhlah asas seperti ini. Kegagalannya terbukti kerana gagalnya solusi yang dianjurkan asas ini dalam memecahkan masalah tadi.
Begitu juga ratusan pemikiran dan akidah seumpamanya yang lain telah runtuh juga dengan realiti ini, seperti keyakinan tentang keilahian laut, sungai, bintang, patung, dan semesta (alam). Oleh kerana itu, agar sebuah solusi dijamin kesahihannya, maka mesti dibangun di atas asas berfikir yang mustanir (cemerlang), yakni menggunakan metode berfikir yang cemerlang dalam memperoleh jawapan atas persoalan-persoalan dalam al-uqdat al-kubra.
Agar sampai pada penghurai simpul besar dengan menggunakan pemikiran cemerlang, maka terlebih dahulu kita mesti mengetahui apa yang dimaksud dengan pemikiran cemerlang, maka pertanyaan ini mengantarkan kita untuk mengetahui realiti akal atau pemikiran (al-tafkir). Kemudian tahap-tahap berfikir yang di antaranya terdapat tahap pemikiran cemerlang. Sesungguhnya pemikiran atau akal merupakan proses daya fikir yang dapat menghukumi realiti segala sesuatu, dengan cara mengaitkan realiti sesuatu tersebut dengan informasi awal tentang sesuatu itu.
Dalam pemikiran hanya ada satu metode sahaja, iaitu metode berfikir (thariqah aqliyah) yang tegak di atas empat asas yang tidak mungkin terlaksana proses menghukumi realiti sesuatu, kecuali dengan terpenuhinya semua asas tersebut. Ketiadaan satu asas sahaja akan mengakibatkan ketidakmungkinan terjadinya proses berfikir dan ketidakmampuan untuk sampai pada hukum realiti tersebut. Empat asas tersebut adalah: realiti (al-waqi’), informasi awal (alma’lumat al-sabiqah) tentang realiti, penginderaan (al-ihsas) terhadap realiti, dan otak (al-dimagh) yang layak untuk mengaitkan informasi dengan realiti.
Berdasarkan hal ini, maka definisi thariqah aqliayh (metode berfikir) adalah, “Sebuah metode tertentu dalam penelitian atau pembahasan yang terjadi dalam rangka mengetahui hakikat sesuatu yang ditelitinya, dengan cara memindahkan penginderaan sebuah realiti melalui alat indera ke dalam otak dengan adanya informasi awal yang digunakan untuk menjelaskan realiti sehingga dapat ditetapkan status hukum realiti tersebut, otak mengeluarkan status hukum atas realiti itu, dan status hukum inilah yang disebut dengan pemikiran”. Oleh kerana itu, maka pemikiran merupakan status hukum atas suatu realiti.
Metode aqliyah ini digunakan dalam membahas materi yang terindera seperti bahan galian, cahaya, dan panas, juga boleh digunakan dalam membahas pemikiran (idea) akidah dan legislasi. Metode aqliyah ini menjadi metode semulajadi untuk mencapai pemahaman (al-idrak) itu sendiri dan dengan perantaraan metode aqliyah inilah proses berfikir tentang sesuatu dapat terlaksana.
Walaupun begitu, dalam pemikiran tersebut ada beberapa tahap atau taraf. Ada tahap berfikir rendah, mendalam, atau cemerlang. Kami akan berusaha untuk memberikan sedikit pencerahan tetang tiga tahap berfikir ini.
Bersambung ke bahagian 2/5
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#fikrulislam #tahapberfikir #pemikirancemerlang #kebangkitanberfikir

