Site icon MuslimahHTM News

AL-IMAM ABU AL-MAHASIN AR-RUYANI ASY-SYAFI’I (W. 502 H)

[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]

AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR PALING EFEKTIF DENGAN KHILAFAH

 

AL-IMAM ABU AL-MAHASIN AR-RUYANI ASY-SYAFI’I (W. 502 H)

 

Dalam kitab beliau, Bahr al-Madzhab fî Furû’ al-Madzhab asy-Syâfi’i, menyatakan:

 

وأيضا فإن نصب الإمام إذا كان واجبا كان نصب القاضي واجبا ولا فرق بينهما؛ لأنه من الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وذلك فرض على الكفاية بالإجماع، فكذلك القضاء.

 

“Dan juga bahawa mengangkat seorang imam/khalifah apabila itu wajib maka mengangkat seorang qadhi (hakim syarie) juga merupakan kewajipan, tanpa ada perbezaan di antara keduanya. Kerana hal itu (mengangkat imam/khalifah) adalah bahagian dari amar ma’ruf nahi munkar dan itu hukumnya fardhu kifayah berdasarkan ijma’ (konsensus), demikian pula dengan al-qadha’ (peradilan syarie).”

 

Ar-Ruyani, Abu al-Mahasin ‘Abdul Wahid bin Isma’il. 2009. Bahr al-Madzhab fî Furû’ al-Madzhab asy-Syâfi’i. (Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah). vol. 11 hlm. 42

 

Fawaid:

 

 

ﺇﻥ اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ليزع ﺑﺎﻟﺴﻠﻄﺎﻥ ﻣﺎﻻ ﻳﺰﻉ ﺑﺎﻟﻘﺮﺁﻥ

“Sesungguhnya Allah ta’ala dapat mencegah dengan kekuasaan apa yang tidak dapat dicegah dengan ayat Al Quran”

 

Iaitu lebih dapat merealisasikan bahagian pertama dalam Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

 

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya (kekuasaannya). jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” (Shahih_Muslim: 70)

 

Tapi bukan sembarangan kekuasaan. Hanya kekuasaan yang berdasarkan Islam dan menerapkan Islam dalam seluruh aspeknya yang memandang perkara makruf sebagai kemakrufan dan perkara munkar sebagai kemungkaran, itulah Khilafah Islamiyah.

 

 

(Ustaz Azizi Fathoni)

 

Exit mobile version