[Ath-Thariq] Syarat-Syarat Kesahihan Sebuah Asas Pemikiran (Bahagian 3/5)
Penulis: Syekh Ahmad Athiyat
Selaras dengan Fitrah
Maksud dari syarat ini adalah bahawasanya solusi yang dianjurkan asas pemikiran untuk menghuraikan simpulan besar permasalahan manusia merupakan solusi yang selaras dengan fitrah manusia, yakni harus mengakui adanya kelemahan, kekurangan, dan ketergantungan dalam realiti manusia dan menetapkan berbagai aturan atau sistem yang sesuai untuk memuaskannya.
Sebelumnya kita perlu mengetahui apa yang dimaksud dengan fitrah? Fitrah merupakan beberapa khasiat (sifat dan ciri khas) pada manusia yang ada dalam dirinya, sesuai dengan bentuk dan komposisi yang dimilikinya.
Sepotong besi jika ditempa dengan cara tertentu akan menjadi sebilah pisau yang salah satu khasiatnya adalah memotong. Begitu pula seorang manusia kerana keberadaannya disusun dengan bentuk seperti ini, maka ia memiliki beberapa khasiat tertentu.
Dapat juga kita mendefinisikan fitrah sebagai potensi kehidupan yang mendorong manusia untuk melakukan berbagai aktiviti yang beragam, misalnya ketika seseorang perlu makan, maka dari dalam dirinya ada kekuatan atau pendorong yang mendorongnya untuk melakukan berbagai aktiviti tertentu sehingga dengan aktiviti tersebut pada akhirnya dapat diperoleh keringanan atau dorongan kekuatan tersebut dan dalam keadaan perlukan makanan dapat terlaksana dengan diperolehnya makanan.
Beberapa potensi ini berdasarkan pengaruh dan bentuk penampakannya ada dua jenis,
a. Keperluan Jasmani
Keperluan jasmani merupakan kehidupan yang menuntut pemenuhan yang pasti sehingga bila tidak dipenuhi, maka manusia boleh mati. Seperti keperluan untuk makan, minum, buang air kecil, dan buang air besar. Keperluan untuk memenuhi beberapa keadaan tertentu seperti tidur dan istirehat, maka keperluan dan keadaan seperti ini jika tidak terpenuhi pada diri seseorang dalam jangka waktu tertentu, dapat membawa pada kebinasaannya, sedangkan pendorong yang menuntut terpenuhinya keperluan jasmani dan beberapa keadaan tertentu biasanya berasal dari dalam diri manusia.
Keperluan jasmani dinamakan seperti ini kerana setiap keperluan atau keadaan jasmani merupakan kemestian bagi satu anggota tubuh/jasmani atau lebih. Sebagaimana hal ini telah jelas adanya, kami menarik kesimpulan bahawa adanya keperluan tersebut dapat diketahui dari gejalanya, seperti lapar merupakan gejala dari keperluan terhadap makanan, rasa haus merupakan gejala dari keperluan terhadap air minum, dan mengantuk merupakan gejala dari keperluan untuk tidur, dan sebagainya.
b. Naluri
Naluri ini juga merupakan potensi kehidupan yang mendorong manusia untuk melakukan beberapa aktiviti tertentu dalam rangka memenuhi keinginan yang ada di dalam dirinya, tetapi naluri ini berbeza dengan keperluan atau keadaan jasmani ditinjau dari beberapa segi:
1. Perangsang.
Bahawasanya perangsang munculnya naluri itu selalu berasal dari luar, sedangkan perangsang keperluan jasmani biasanya berasal dari dalam diri manusia. Seorang lelaki tidak akan merasakan munculnya kecenderungan seksual yang menjadi bahagian dari garizah al-nau’ (naluri melestarikan jenis) kecuali bila ada perangsang dari luar, seperti melihat perempuan atau fotonya, terkenang-kenang gambarnya, atau menyaksikan sebuah adegan sensual dengan cara membayangkannya.
Tanpa ini semua, naluri yang ada dalam diri seorang lelaki tidak akan terangsang dan dia tidak akan merasakan adanya kecenderungan seksual (al-mail al-jinsiy) atau keinginan pada lawan jenis. Begitulah keadaan semua naluri sehingga berdasarkan pada pemahaman ini, segenap solusi dan pemecahan yang berkaitan dengan naluri perlu ditetapkan dan diatur sedemikian rupa.
2. Pemenuhan.
Pemenuhan keperluan jasmani merupakan sebuah kepastian, kerana tanpa memenuhinya akan mengantar pada kebinasaan manusia, sedangkan pemenuhan naluri tidak akan menyebabkan apa pun kecuali hanya kesempitan dan kegelisahan. Bagaimanapun juga, tidak terpenuhinya tuntutan naluri tidak akan membawa pada kematian secara langsung.
3. Letak timbulnya keperluan.
Ketika ada kemungkinan untuk menentukan anggota tubuh yang minta dipenuhi keperluan jasmaninya dalam sebahagian kesempatan, seperti rasa lapar timbul pada perut, udara pada paru-paru, dan sebagainya, maka sebaliknya bila dikaitkan dengan naluri. Tidak mungkin untuk mengatakan bahawa keinginan untuk berkuasa atau untuk memiliki atau kecenderungan seksual itu khusus untuk satu bahagian anggota tubuh ini atau ini dan seterusnya.
Naluri—keadaannya sebagaimana keperluan jasmani—tidak dapat terindera secara langsung, tetapi kita dapat mengindera dan mengetahui keberadaan naluri tersebut melalui gejalanya sahaja. Naluri merupakan bahagian dari esensi manusia, kerana naluri ini—sebagaimana dijelaskan tadi—mengakibatkan sebuah struktur/komposisi manusia dengan bentuk/penampilan yang ada padanya, yang seorang manusia tersusun dalam bentuk yang secara pasti menjadikan naluri-naluri tersebut ada di dalam dirinya.
Adapun berkaitan dengan gejala atau penampakan naluri, maka ini bukanlah potensi yang asli (al-thaqah al-ahliyah), tetapi hanya sebatas cabang darinya sebagaimana sesuatu disebut sebatang pokok sebagai ungkapan atas akar dan dahan sehingga menghilangkan beberapa dahan atau menggantinya dengan dahan yang lain menjadi sebuah kemungkinan. Adapun berkaitan dengan akar, maka mengubah akar itu adalah suatu yang musthail kerana hal ini bererti akan membinasakan pokok tersebut. Begitu juga dengan naluri, sesungguhnya naluri itu merupakan akar, sedangkan gejalanya merupakan dahan.
Ada naluri melestarikan jenis (garizah al-nau’) yang salah satu gejala atau penampakannya adalah adanya kecenderungan terhadap lawan jenis. Jika dalam kecenderungan terhadap wanita ada gejala berupa syahwat, maka itu pada isteri, dan kecenderungan pada wanita yang gejalanya kasih sayang maka itu pada anak perempuan atau saudara perempuan, ada kecenderungan pada wanita yang gejalanya rasa hormat dan cinta, maka itu pada ibu.
Berdasarkan hal ini, ada kemungkinan untuk mengganti sebuah penampakan atau gejala dengan gejala yang lain, dan mengubati sebuah gejala dengan gejala yang lain pada satu naluri itu sendiri. Oleh kerana itu, banyak orang yang begitu mengasihi ibu, dia berpaling dari isteri, atau disebebkan seseorang lelaki itu mencintai isterinya, dia memalingkannya dari mengasihi ibu.
Adapun menghapuskan naluri atau mengubati atau membendungnya, maka ini merupakan sebuah kemustahilan. Ini kerana walaupun ada perbezaan tahap kekuatan naluri di antara manusia secara zahir, tetapi tidak ada seorang pun manusia yang sanggup kehilangan salah satu naluri ini secara mutlak.
Bersambung ke bahagian 4/5
Sumber: Syekh Ahmad Athiyat, Ath-Thariq (Jalan Baru Islam)
#fikrulislam #kebangkitanpemikiran #pemikiranislam

