Site icon MuslimahHTM News

HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL-GHAZALI ASY-SYAFI’I (W. 505 H)

[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]

HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL-GHAZALI ASY-SYAFI’I (W. 505 H)

 

Beliau menjelaskan wajibnya imamah/khilafah di dalam dua kitab beliau berjudul:

  1. Al-Iqtishâd fî Al-I’tiqâd
  2. Al-Wajîz fî Fiqh Al-Imam Asy-Syâfi’i

 

Di kitab yang pertama beliau mengatakan:

 

اﻟﻄﺮﻑ اﻷﻭﻝ: ﻓﻲ ﺑﻴﺎﻥ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ.

ﻭﻻ ﻳﻨﺒﻐﻲ ﺃﻥ ﺗﻈﻦ ﺃﻥ ﻭﺟﻮﺏ ﺫﻟﻚ ﻣﺄﺧﻮﺫ ﻣﻦ اﻟﻌﻘﻞ، ﻓﺈﻧﺎ ﺑﻴﻨﺎ ﺃﻥ اﻟﻮﺟﻮﺏ ﻳﺆﺧﺬ ﻣﻦ اﻟﺸﺮﻉ ﺇﻻ ﺃﻥ ﻳﻔﺴﺮ اﻟﻮاﺟﺐ ﺑﺎﻟﻔﻌﻞ اﻟﺬﻱ ﻓﻴﻪ ﻓﺎﺋﺪﺓ ﻭﻓﻲ ﺗﺮﻛﻪ ﺃﺩﻧﻰ ﻣﻀﺮﺓ، ﻭﻋﻨﺪ ﺫﻟﻚ ﻻ ﻳﻨﻜﺮ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻟﻤﺎ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ اﻟﻔﻮاﺋﺪ ﻭﺩﻓﻊ اﻟﻤﻀﺎﺭ ﻓﻲ اﻟﺪﻧﻴﺎ، ﻭﻟﻜﻨﺎ ﻧﻘﻴﻢ اﻟﺒﺮﻫﺎﻥ اﻟﻘﻄﻌﻲ اﻟﺸﺮﻋﻲ ﻋﻠﻰ ﻭﺟﻮﺑﻪ ﻭﻟﺴﻨﺎ ﻧﻜﺘﻔﻲ ﺑﻤﺎ ﻓﻴﻪ ﻣﻦ ﺇﺟﻤﺎﻉ اﻷﻣﺔ، ﺑﻞ ﻧﻨﺒﻪ ﻋﻠﻰ ﻣﺴﺘﻨﺪ اﻹﺟﻤﺎﻉ ﻭﻧﻘﻮﻝ: ﻧﻈﺎﻡ ﺃﻣﺮ اﻟﺪﻳﻦ ﻣﻘﺼﻮﺩ ﻟﺼﺎﺣﺐ اﻟﺸﺮﻉ ﻋﻠﻴﻪ اﻟﺴﻼﻡ ﻗﻄﻌﺎ، ﻭﻫﺬﻩ ﻣﻘﺪﻣﺔ ﻗﻄﻌﻴﺔ ﻻ ﻳﺘﺼﻮﺭ اﻟﻨﺰاﻉ ﻓﻴﻬﺎ، ﻭﻧﻀﻴﻒ ﺇﻟﻴﻬﺎ ﻣﻘﺪﻣﺔ ﺃﺧﺮﻯ ﻭﻫﻮ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺤﺼﻞ ﻧﻈﺎﻡ اﻟﺪﻳﻦ ﺇﻻ ﺑﺈﻣﺎﻡ ﻣﻄﺎﻉ ﻓﻴﺤﺼﻞ ﻣﻦ اﻟﻤﻘﺪﻣﺘﻴﻦ ﺻﺤﺔ اﻟﺪﻋﻮﻯ ﻭﻫﻮ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ.

 

“Bagian Pertama: penjelasan tentang wajibnya mengangkat imam/khalifah.

Tidak semestinya anda mengira bahawa kewajipan mengangkat imam/khalifah itu bersumber dari akal. Sungguh kami telah menjelaskan bahawa kewajipan tersebut bersumber dari syarak. Hanya saja hal itu boleh diertikan bahawa perbuatan itu wajib kerana di dalamnya ada manfaat dan meninggalkannya akan menyebabkan mudharat. Pada yang demikian itu tidak diingkari akan wajibnya mengangkat imam/khalifah, kerana di dalamnya memang ada manfaat dan mencegah mudharat di dunia. Akan tetapi kami hendak menegaskan dalil syarak yang qath’i (pasti) atas kewajipan tersebut, tanpa mencukupkan diri dengan ijma’ umat. Bahkan kami mengingatkan bagi siapa saja yang bersandar pada ijma’. Kami katakan: terselenggaranya sistem Islam secara pasti merupakan tujuan daripada diutusnya Rasulullah (shâhibusy syar’i), ini adalah bahagian (proportion) yang kebenarannya pasti yang tidak mungkin ada perbezaan di dalamnya. Lalu kita tambahkan padanya bahagian lainnya, iaitu bahawasannya sistem Islam tidak akan dapat direalisasi kecuali dengan keberadaan seorang imam/khalifah yang ditaati. Maka dengan dua bahagian tersebut dihasilkan kebenaran dakwaan, iaitu wajibnya mengangkat seorang imam/khalifah.”¹

 

Dalam bahagian berikutnya di kitab tersebut beliau katakan:

 

ﻓﺒﺎﻥ ﺃﻥ اﻟﺴﻠﻄﺎﻥ ﺿﺮﻭﺭﻱ ﻓﻲ ﻧﻈﺎﻡ اﻟﺪﻧﻴﺎ، ﻭﻧﺎﻡ اﻟﺪﻧﻴﺎ ﺿﺮﻭﺭﻱ ﻓﻲ ﻧﻈﺎﻡ اﻟﺪﻳﻦ، ﻭﻧﻈﺎﻡ اﻟﺪﻳﻦ ﺿﺮﻭﺭﻱ ﻓﻲ اﻟﻔﻮﺯ ﺑﺴﻌﺎﺩﺓ اﻵﺧﺮﺓ ﻭﻫﻮ ﻣﻘﺼﻮﺩ اﻷﻧﺒﻴﺎء ﻗﻄﻌﺎ، ﻓﻜﺎﻥ ﻭﺟﻮﺏ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻣﻦ ﺿﺮﻭﺭﻳﺎﺕ اﻟﺸﺮﻉ اﻟﺬﻱ ﻻ ﺳﺒﻴﻞ ﺇﻟﻰ ﺗﺮﻛﻪ.

 

“Maka jelaslah bahawa kekuasaan itu sangat penting (dharûrî) demi terselenggaranya sistem dunia, dan sistem dunia itu sangat penting (dharûrî) demi pelaksanaan sistem Islam, dan sistem Islam itu sangat penting (dharûrî) demi kemenangan berupa kebahagiaan di akhirat, dan itulah tujuan pasti diutusnya para nabi. Maka kewajipan mengangkat seorang imam/khalifah ini termasuk perkara syarak yang sangat penting (dharûriyât asy-syar’) yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali.”²

 

Sedangkan di kitab yang ke dua beliau menyebutkan:

أن القضاء والإمامة فرض على الكفاية، لما فيه من مصالح العباد.

“Bahawasannya peradilan syarie (al-qadha’) dan imamah/khilafah hukumnya fardhu kifayah, sebab di dalamnya terdapat banyak sekali kemaslahatan bagi umat.”³

 

________

¹Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 2019. Al-Iqtishâd fi al-I’tiqâd. Cet. II (Jeddah: Dar al-Minhaj) hlm. 392

²Ibid. hlm 394-395

³Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. 1997. Al-Wajîz fî Fiqh Al-Imam Asy-Syâfi’i (Beirut: Dar Al-Arqam) vol 2 hlm 237

________

 

Fawaid:

 

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Setiap apa yang menunjang terlaksananya kewajipan dengan sempurna maka dia wajib hukumnya.

 

 

(Ustaz Azizi Fathoni)

 

Exit mobile version