Site icon MuslimahHTM News

AL-IMAM IBNU RUSYD AL-MALIKI (W. 520 H)

[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]

KEBERADAAN KHILAFAH ADALAH KEBAIKAN DUNIA-AKHIRAT

 

AL-IMAM IBNU RUSYD AL-MALIKI (W. 520 H)

 

Dalam kitabnya Al-Bayân wa At-Tahshil mengatakan:

 

“Tentang apa yang dapat dicegah oleh imam/khalifah daripada umat

 

Al-Imam Malik bin Anas berkata: telah sampai kepadaku bahawa khalifah ‘Utsman bin ‘Affan berkata: apa yang dapat dicegah oleh imam/khalifah (terkait pelanggaran) dari umat itu adalah lebih banyak daripada apa yang dapat dicegah oleh al-Quran, beliau (Al Imam Malik) berkata: ‘yaza’uhum‘ ertinya ‘menghentikan mereka’.

 

Muhammad bin Rusyd berkata: Erti dari perkataan tersebut adalah bahawa manusia yang berhenti dari larangan Allah lantaran takut penguasa (yang menerapkan syariat Islam, -penj.) jumlahnya lebih banyak daripada mereka yang berhenti darinya lantaran sebatas perintah Allah (baca: kesedaran). Maka keberadaan seorang imam/khalifah merupakan kebaikan dunia-akhirat. Dan tidak ada perbezaan di antara umat Islam akan wajibnya imamah/khilafah serta kemestian mentaati imam/khalifah.”¹

 

Hampir senada di bahagian lain beliau mengatakan:

 

“Tentang apa yang dapat dicegah oleh Allah dengan adanya imam/khalifah

 

Muhammad bin Rusyd berkata: Al-Imam Malik bin Anas berkata: Seorang hamba soleh ‘Utsman bin ‘Affan berkata: Apa yang dapat dicegah imam/khalifah itu lebih banyak dari apa yang dapat dicegah oleh al-Quran, ertinya apa yang ia hentikan dengan hudud (hukum-hukum Allah).

 

Muhammad bin Rusyd berkata: Penafsiran al-Imam Malik ini benar, iaitu bahawasanya manusia yang berhenti dari larangan Allah lantaran takut penguasa (yang menerapkan hukum-hukum Allah, -penj.) itu jumlahnya lebih banyak daripada mereka yang berhenti lantaran sebatas perintah Allah azza wa jalla (baca: dengan kesedaran). Maka keberadaan seorang imam/khalifah merupakan kebaikan dunia-akhirat. Dan tidak ada seorangpun ulama yang berbeza akan wajibnya Khilafah dan kemestian dalam mentaati Khalifah. Hal ini telah disentuh sebelumnya ketika menjelaskan erti ‘nadzar sunnah’ dari hasil mendengar (riwayat) Ibnu al-Qasim. Semoga Allah memberi hidayah taufiq.”²

 

___________

¹Ibnu Rusyd, Muhammad bin Ahmad al-Qurthubi. 1988. Al-Bayân wa at-Tahshil. (Beirut: Dar al-Gharab al-Islami) vol 17 hlm 59

²Ibid. vol 18 hlm 495-496

 

____________

Fawaid:

 

 

 

(Ustaz Azizi Fathoni)

 

Exit mobile version