Site icon MuslimahHTM News

AL-IMAM ABU AL-HUSAIN AL-‘IMRANI ASY-SYAFI’I (W. 558 H)

[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]

 

AL-IMAM ABU AL-HUSAIN AL-‘IMRANI ASY-SYAFI’I (W. 558 H)

 

KHILAFAH TETAP WAJIB WALAUPUN KEADAAN SUDAH DIANGGAP “KONDUSIF”

 

Beliau menjelaskan wajibnya khilafah dalam dua kitab beliau;

  1. Al-Bayân fî Madzhab Al-Imâm Asy-Syâfi’î
  2. Al-Intishâr fî Ar-Radd ‘alâ Al-Mu’tazilah Al-Qadariyah Al-Asyrâr

 

Dalam kitab pertama beliau menyatakan:

 

ﻳﺠﺐ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ. ﻭﻗﺎﻝ ﺑﻌﺾ اﻟﻤﺘﻜﻠﻤﻴﻦ: ﻟﻮ ﺗﻜﺎﻑ اﻟﻨﺎﺱ ﻋﻦ اﻟﻈﻠﻢ.. ﻟﻢ ﻳﺠﺐ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ. ﻭﻫﺬا ﺧﻄﺄ؛ ﻷﻥ اﻟﺼﺤﺎﺑﺔ – ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ – ﻭﺃﺭﺿﺎﻫﻢ اﺟﺘﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ. ﻭﻷﻥ اﻟﻈﻠﻢ ﻣﻦ ﻃﺒﻊ اﻟﺨﻠﻖ، ﻭﺇﻧﻤﺎ ﺗﻈﻬﺮﻩ اﻟﻘﺪﺭﺓ ﻭﻳﺨﻔﻴﻪ اﻟﻌﺠﺰ.

 

“Wajib hukumnya mengangkat seorang imam/khalifah.

Sebahagian ahli kalam berpendapat: ‘Apabila umat sudah tidak berperilaku zalim maka mengangkat imam/khalifah menjadi tidak wajib’, dan ini adalah pendapat yang keliru. Kerana para sahabat -radhiyallahu ‘anhum- telah ber-ijma’ (berkonsensus) atas wajibnya mengangkat imam/khalifah. Dan kerana perbuatan zalim itu sudah menjadi tabiat manusia yang timbul dan tenggelam bergantung ada-tidaknya kuasa untuk melakukannya.”

 

ﻭﻷﻧﻬﻢ ﻭﺇﻥ ﺗﻜﺎﻓﻮا ﻋﻦ اﻟﻈﻠﻢ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﻔﺘﻘﺮ ﺇﻟﻴﻪ ﻟﺘﺠﻬﻴﺰ اﻟﺠﻴﻮﺵ ﻓﻲ ﺟﻬﺎﺩ اﻟﻜﻔﺎﺭ، ﻭﺃﺧﺬ اﻟﺠﺰﻳﺔ ﻭاﻟﺼﺪﻗﺔ ﻭﻭﺿﻌﻬﺎ ﻓﻲ ﻣﻮاﺿﻌﻬﺎ.

“Dan juga bahawa sekalipun umat sudah tidak berbuat zalim, keberadaan imam/khalifah masih diperlukan demi menyiapkan pasukan untuk jihad melawan kaum kafir, memungut jizyah dan zakat serta menyalurkannya sesuai ketentuan.”¹

 

Tidak jauh berbeza dalam kitab kedua beliau menuturkan:

 

ﻭاﻟﻜﻼﻡ ﻓﻲ اﻹﻣﺎﻣﺔ ﻣﻦ ﻓﺮﻭﻉ اﻟﺪﻳﻦ والمسائل اﻟﻔﻘﻬﻴﺔ اﻟﺘﻲ ﺗﻜﻠﻢ ﺑﻬﺎ ﺃﻫﻞ اﻟﻌﻠﻢ، ﻭﻣﺬﻫﺐ ﺃﺻﺤﺎﺏ اﻟﺤﺪﻳﺚ ﻭﺃﻛﺜﺮ ﺃﻫﻞ اﻟﻌﻠﻢ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ ﻭاﺟﺐ.

“Syarah tentang imam/khilafah termasuk cabang agama dan permasalahan fiqih yang telah dibicarakan oleh para ulama. Dan pendapat para ahli hadis dan ulama umumnya adalah bahawa mengangkat imam/khalifah itu hukumnya wajib.”

 

ﻭﻗﺎﻝ ﺑﻌﺾ اﻟﻤﺘﻜﻠﻤﻴﻦ ﻟﻮ ﺗﻜﺎﻑ اﻟﻨﺎﺱ ﻋﻦ اﻟﻈﻠﻢ ﻟﻢ ﻳﺠﺐ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ، ﻭﻫﺬا ﺧﻄﺄ ﻷﻥ اﻟﺼﺤﺎﺑﺔ – ﺭﺿﻲ اﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻢ – ﺃﺟﻤﻌﻮا ﻋﻠﻰ ﻧﺼﺐ اﻹﻣﺎﻡ، ﻭﻷﻥ ﺗﻜﺎﻑ اﻟﻨﺎﺱ ﻋﻦ اﻟﻤﻈﺎﻟﻢ ﻣﺴﺘﺤﻴﻞ، ﻷﻥ اﻟﻈﻠﻢ ﻣﻦ ﺷﻴﻢ اﻟﻨﻔﻮﺱ ﻭﺇﻧﻤﺎ ﻳﻈﻬﺮﻩ اﻟﻘﺪﺭﺓ ويخفيه اﻟﻌﺠﺰ.

“Sebahagian ahli kalam berpendapat jika umat sudah tidak berbuat zalim maka mengangkat imam/khalifah menjadi tidak wajib. Ini pendapat yang salah. Kerana para sahabat -radhiyallahu ‘anhum- telah ber-ijmak (berkonsensus) untuk mengangkat imam/khalifah, dan kerana ketiadaan perilaku zalim adalah perkara yang mustahil. Sebab perilaku zalim termasuk sifat manusia yang boleh timbul dan tenggelam bergantung ada-tidaknya kuasa untuk melakukannya.”²

 

________

¹Al-‘Imrani, Abu al-Husain Yahya bin Abu al-Khair. 2000. Al-Bayân fî Madzhab Al-Imâm Asy-Syâfi’î. (Beirut: Dar al-Minhaj) vol. 12 hlm. 7-8

²__. 1999. Al-Intishâr fî Ar-Radd ‘alâ Al-Mu’tazilah Al-Qadariyah Al-Asyrâr. (Riyadh: Adhwa as-Salam) vol. 3 hlm 815-816

 

________

 

Fawaid:

 

 

 

(Ustaz Azizi Fathoni)

Exit mobile version