[ULAMA SEPAKAT WAJIBNYA KHILAFAH]
AL-QADHI ‘IYADH AL-MALIKI (W. 544 H)
KEWAJIPAN KHILAFAH TIDAK AKAN DISIA-SIAKAN OLEH ALLAH عز وجل
Dalam kitab beliau Ikmâl al-Mu’lim bi-Fawâ`id Muslim (Syarh Shahîh Muslim) menyebutkan:
وقوله《 إن الله لا يضيع دينه ولا خلافته 》حجة لما وقع عليه إجماع المسلمين من إقامة خلافة لهم. وسيأتي الكلام على هذا في كتاب الإمارة إن شاء الله.
“Perkataan beliau (khalifah Umar -penj.): ‘Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan agamaNya dan tidak pula khilafahNya’ merupakan hujjah bagi perkara yang telah disepakati oleh umat Islam, iaitu berupa syariat mengangkat seorang khalifah bagi mereka. Akan datang pembahasannya dalam bab al-imârah, in syâAllâh.”¹
Di bahagian lain sebagaimana ditunjukkan, beliau berkata:
وفيه أنه لابد من إقامة خليفة. وهذا أيضا مما أجمع المسلمون عليه بعد النبي صلى الله عليه وسلم وفي سائر الأعصار. خلافا للأصم. حتى ذهب بعض الناس إلى أن ذلك واجب عقلا، إذ صلاح الناس في رجوع أمرهم إلى واحد يقيم أمورهم. وأن في تركهم فوضى مختلفي الآراء فساد دينهم ودنياهم لاختلاف الآراء وتضاد المقاصد، وهذا خطأ إذ لا يوجب العقل شيئا ولا يحسنه ولا يقبحه إلا بحكم العادة لا بالأمر القطعي.
“Hadis tersebut (hadis Ibnu ‘Umar tentang istikhlaf -penj.) merupakan dalil bahawa hendaklah diwujudkan/dilantik seorang khalifah. Hal ini juga merupakan perkara yang telah disepakati oleh umat Islam sepeninggal Nabi -shallallahu ‘alaihi wa sallam- dan berlanjutan di setiap masa. Berbeza dengan Al-Asham. Hingga sebahagian orang berpendapat bahawa itu hanya wajib secara akal semata, sebab kemaslahatan umat itu ketika ada seorang pemelihara atas urusan mereka yang menjadi rujukan, dan bahawa membiarkan umat tanpa pemimpin sedangkan pandangan mereka berbeza-beza akan menyebabkan kerosakan agama dan dunia sekaligus akibat silang pendapat dan kepentingan. Ini adalah pendapat keliru, kerana akal tidak dapat menentukan hukum wajibnya sesuatu, juga tidak dapat menghukumi baik-buruknya sesuatu tersebut kecuali sebatas berdasarkan tradisi, bukan berdasarkan kepastian.”²
_________
¹Abu al-Fadhal, ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh. 1998. Ikmâl al-Mu’lim bi-Fawâ`id Muslim (Syarh Shahîh Muslim). (Mesir: Dar al-Wafa’) vol 2 hlm 501
²Ibid. vol 6 hlm 220
_________
Fawaid:
- Mengangkat Khalifah adalah ajaran Islam yang telah disepakati umat Islam terdahulu.
- Perjuangan menegakkan khilafah adalah aktiviti mulia kerana bertujuan menegakkan syariat Allah, sehingga tidak akan disia-siakan olehNya.
- Wajibnya khilafah tidak sekadar berdasarkan akal melainkan berdasarkan syarak, sehingga akan memberi kesan pada pahala dan dosa di akhirat.
- Standard perbuatan manusia adalah hukum syarak, demikian pula penentu baik dan buruk. Maka walaupun sama-sama mewajibkan, namun jika dasarnya akal, maka tidak dapat dibenarkan.
(Ustaz Azizi Fathoni)

